Umno Blogger Directory

Selangor

Kini Perlantikan MB Selangor Terletak Ditangan Sultan – Redhakah Anwar?

Mengamati kenyataan akhbar Istana Selangor yang boleh dibaca SINI, terdapat 2 perkara yang diberikan penekanan oleh pihak istana, iaitu;

  • Kuasa budi bicara mutlak Sultan dalam perlantikan MB Selangor yang selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959; dan
  • Amalan perlantikan yang sejajar dengan convention terdahulu.
Mengimbas kembali perlantikan-perlantikan terdahulu, berlaku 2 keadaan bila mana cadangan MB Selangor disaring begitu ketat oleh istana.
Pertama, ialah ketika mencari pengganti berikutan perletakan jawatan oleh TS Muhamad Mohd Taib dan yang kedua ialah pengganti kepada TS Abu Hasan Omar.
Apabila Muhamad meletakkan jawatan pada Ogos 1997, perlantikan adalah tidak serta merta. Abu Hasan bukanlah calon yang disebut-sebut sebagai MB kerana beliau mempunyai jawatan dalam kabinet. Telah menjadi cerita umum pada masa itu, pihak istana telah tidak memperkenankan calon-calon yang dikemukakan. 
Selangor tidak mempunyai MB hampir 2 bulan kerana perlantikan Abu Hasan terpaksa melalui PRK kawasan DUN Permatang, bagi membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan. Abu Hasan hanya mengangkat sumpah pada Jun 1997.
Sekali lagi berlaku situasi yang sama, apabila Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB dari Abu Hasan pada Ogos 2000. Khir dikatakan bukanlah pilihan utama, malah adalah paling junior setelah calon-calon terawal gagal melepasi saringan mengikut kehendak pihak istana.
Meskipun perlantikan-perlantikan tersebut bukan dibuat oleh Sultan Idris, namun baginda telah pun menzahirkan pendiriannya untuk mengikut convention terdahulu.
Tentunya pendirian baginda itu adalah untuk kepentingan Selangor dan seluruh rakya jelatanya.

DAULAT TUANKU!

AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PAS SELANGOR ISHTIHAR KELUAR PAKATAN ???

Pemuda PAS Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal propembangkang untuk memperburuk-buruk imej Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan apabila The Malaysian Insider (TMI) telah meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

“Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

“Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

“Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama,”katanya.

Kenyataan penuh :

Pemuda Pas Selangor Pertahan Presiden Dari Fitnah

Saya tidak hairan melihat TMI berhari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.

Yang menariknya serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan TKSI disingkirkan ketika ini.

Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian Pas Selangor berhubung dengan beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak TKSI.

Ketika ini, sepatutnya Pas Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.TSKI perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.

Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.

Ia juga adalah rentetan “projek langgar Hadi” yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru ; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI.

Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasan TGHH yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Memang dalam sirah Rasulullah SAW pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.

Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai ‘sumber dalaman’.

Saya mencabar media yang menyatakan ‘sumber dalaman’ itu utk menyatakan siapa gerangan ‘sumber dalaman’ dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.

Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka grand design ini. Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama. Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini.

Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini.

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
21 Jun 2014

 

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin Umum Keluar PKR

SHAH ALAM, 11 Ogos – Bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.

Faekah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini, menyifatkan parti yang didukungnya sejak tahun 1999 itu juga dilihat lari daripada landasan asal penubuhannya.

Katanya, prinsip parti yang diperjuangkan pucuk pimpinan selama ini gagal dipatuhi terutamanya dalam menangani isu berbangkit dan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor mengikut tatacara yang betul.

“Perjuangan parti ini telah lari dari landasan asal akibat nafsu pemimpin yang gagal mematuhi adab dan adat dalam memimpin sebuah kerajaan.

“Oleh itu, adalah lebih baik bagi saya meninggalkan parti kerana tiada apa-apa lagi yang boleh saya harapkan darinya,” katanya dalam SMS tersebut.

Faekah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menghantar surat keluar parti itu kepada Ibu Pejabat PKR.

Menurut surat berkenaan, Faekah menganggap tindakan yang diambil pemimpin parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan PKR.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????

SHAH ALAM – PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya mengejut negeri jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.

“Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

“Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil…kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik,” katanya.

Beliau berkata, persefahaman mengenai hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dalam kalangan pimpinan PR.

“Situasi ini sama. PKR juga pernah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri dan persefahaman ini wajib dipatuhi.

“Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan segelintir pimpinan kecil PR yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas dan mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tetap yakin, isu Menteri Besar Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik sesuai dengan semangat PR.

“(Isu ini) sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya atau pilihan raya.

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

El Nino: Bersediakah Rakyat Selangor?

angat-dam-depleted-raffy-lerma1

angat-dam-depleted-raffy-lerma1

El Nino; cuaca panas melampau dijangka bakal melanda negara tidak lama ini. Mengikut kajian, kebarangkalian ianya melanda Asia Tenggara ialah 70%, dan Malaysia termasuk ke dalam ruang lingkup itu.

Apa yang menakutkan, ia dijangka berlarutan selama 6 bulan dengan keadaan panas melampau yang dikhuatiri membawa kepada kesan-kesan pada tahap kesihatan rakyat.

Selangor baru sahaja selesai menghadapi karenah politik  dan ketidakupayaan urustadbir yang menyusahkan sekelian rakyat di Lembah Klang apabila terpaksa mengharungi detik-detik tanpa air dalam meniti kehidupan seharian.

Sejauh mana kerajaan negeri berkebajikan mampu untuk mengharungi gejala El Nino nanti? Yang pasti, penggunaan air diperlukan lebih dari biasa berikutan cuaca panas ini. Lebih dari apa yang diperlukan sewaktu pesta catu air di Selangor tempoh hari.

Imbas kembali pengalaman kita sewaktu 1998, yang penulis percaya masih lagi berlegar-legar di minda semua. Rungutan dari segenap lapisan masyarakat.

Panas dan terik memerlukan kita meningkatan pengambilan air minuman, serta keperluan untuk mandi atau membersihkan tubuh badan adalah lebih kerap dari biasa.

Persekitaran yang kering  juga boleh mengakibatkan kebakaran hutan, yang akhirnya membawa kepada jerebu. Maka, kerap-keraplah membasuh muka dan meminum air yang banyak untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Lagi air yang diperlukan.

Air juga merupakan agen terpenting yang bakal digunakan sekiranya ada hutan-hutan yang terbakar kelak.

Ketika keperluan terhadap air meningkat, fenomena El Nino ini membawa kepada situasi di mana sejatan air berlaku di kawasan tadahan air. Empangan-empangan bakal dilanda penurunan kadar simpanan air, satu situasi yang telah dijadikan alasan oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan mereka dipersalahkan dek permainan politik tanpa sempadan baru-baru ini.

Apa plan kerajaan negeri untuk menghadapi El Nino nanti? Penulis difahamkan bahawa beberapa kawasan lombong telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk membekal air kepada pengguna.

Bukankah air lombong mempunyai kadar logam berat yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna? Siapa yang boleh memastikan ianya selamat? Kali terakhir penulis percaya dengan kenyataan Menteri Besar adalah sewaktu “konsultan” mereka membuat kajian bahawa kononnya krisis air Selangor hanya akan berlaku pada 2019!

Di bawah ini adalah contoh bekas lombong yang dahulunya bersih dan dijadikan tempat rekreasi di Puchong, kini dipenuhi sampah sarap. Kalau ini pun tidak mampu dijaga oleh kerajaan negeri, apa jaminan bahawa bekas lombong lain mampu dijaga tahap kandungan airnya?

taman rekreasi lombong buaya

Sebagai tambahan, cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria.  Serangan penyakit vektor ini bukanlah sesuatu yang asing di Selangor.

denggi1

 

Kritikalnya sumber air bersih tidak boleh dipertikaikan lagi. Apatah lagi pada saat keperluan meningkat, dalam keadaan keupayaan menyediakannya menurun, tentu sahaja bakal membawa pelbagai musibah.

Tiba-tiba penulis teringat beberapa bulan yang lalu apabila seorang sahabat dari United Kingdom berkata “I am very confused as to why Selangor could face this crisis.” “You should not have that kind of crisis since your country receives a heavy rain throughout the year”.

Malu siooottt…

MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PAS Selangor Sokong Kelantan Laksana Hudud

KUALA LUMPUR – PAS Selangor menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat. Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut. [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Terimalah Hakikat, Allah Taala Sedang Menurunkan Bala Bencana Di Selangor, Bukan Ujian Lagi!

Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menyedapkan hatinya sendiri menyatakan krisis air yang sedang berlaku di Selangor sekarang, adalah ujian bagi orang-orang yang bertaqwa. Justeru, kata mereka, rakyat dan penduduk di Selangor perlu pasrah, berserah, dan bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah Taala ke atas negeri Selangor. Kata mereka lagi, selepas ujian ini, Selangor, penduduk dan rakyatnya pasti akan bertambah maju kerana redha dengan ujian Allah Taala.

Sekali dengar, sekali baca, seimbas lalu, memang kelihatan betul sangatlah kenyataan tersebut. Sememangnya umat Islam diwajibkan bersangka baik kepada Allah Taala. Malah dalam pembelajaran tasauf, sabar menduduki antara 9 maqam hati tertinggi selain tawakal dan tawaduk.

Malangnya mereka terlupa satu perkara. Ujian yang Allah Taala berikan sebagai satu peringatan, kemudiannya disusuli dengan bencana seperti yang berlaku kepada umat-umat terdahulu. Memang hak Allah Taala untuk memberikan seberapa banyak ujian kepada hamba-hamba-Nya tetapi Allah Taala juga telah berjanji bahawa setiap ujian yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya berada dalam keupayaan hamba-hamba-Nya untuk mengatasi ujian tersebut dengan jalan sabar dan bertawakal kepada-Nya.

Mungkin ramai yang sudah lupa krisis bekalan air pada tahun 1998 yang menjangkau tempoh dua bulan. Pada ketika yang sama, krisis kepimpinan sedang berlaku. Anwar Ibrahim sedang bergelut untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dan merampas jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan dia dibicarakan di bawah tuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat.

Selama dua bulan menyaksikan sebuah negara Khatulistiwa seperti Malaysia, mengalami musim kemarau yang agak teruk. Paras air di semua empangan menurun secara drastik. Catuan bekalan air terpaksa dibuat secara besar-besaran di seluruh negara. Paling teruk terjejas adalah Kelantan yang pada waktu itu permohonan pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan bagi menaiktarafkan sistem penyaluran air, telah ditolak mentah-mentah oleh Menteri Kewangan. Apatah lagi, perjudian pentadbiran Nik Aziz yang menyerahkan pengurusan air kepada syarikat dari Eropah, akhirnya bukan sahaja tidak menambahkan mutu perkhidmatan dan pembekalan, bahkan Kerajaan Negeri Kelantan pula telah disaman dan terpaksa membayar gantirugi bernilai ratusan juta ringgit kepada syarikat asing itu.

Bayangkanlah, hujan turun dengan lebat, tetapi paras air di empangan tetap tidak meningkat, bahkan terus menurun. Catuan memang memeritkan apatah lagi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa. Mereka terpaksa mengangkut air dari bawah sama ada mendaki anak tangga mahupun menaiki lif.

‘Ujian’ krisis bekalan air pada penghujung tahun 1990-an itu berakhir apabila Anwar Ibrahim disumbatkan ke dalam penjara. Mungkin secara kebetulan, tetapi mungkin juga bencana krisis air pada waktu itu memang ada kena-mengena dengan Anwar Ibrahim, keadaan terus pulih apabila Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 14 tahun secara berasingan bagi dua kesalahan iaitu rasuah salah guna kuasa dan liwat.

air

Sepanjang Anwar Ibrahim berada dalam penjara dari tahun 1999 sehinggalah 2005, tiada sebarang krisis air di Malaysia. Namun sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dikeluarkan dari penjara, krisis air kembali berlaku. 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak (sehingga Februari 2009) dan Kelantan, sudah ada tanda-tanda krisis air akan berulang. Ingatan keras telah diberikan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor bahawa Selangor berpotensi dan berhadapan dengan risiko bekalan air yang sangat serius. Rezab simpanan air di Selangor tidak mampu menampung permintaan sehingga penghujung tahun 2014. Justeru, projek Loji Rawatan Langat II yang dihentikan oleh Pakatan Rakyat kerana berebutkan kontrak, perlu disambung semula dengan seberapa segera.

Namun para pemimpin Pakatan Rakyat bercakap pandai. Pelbagai dalih dan alasan yang mereka berikan termasuklah projek berkenaan adalah untuk kroni dan untuk UMNO mengumpul dana pilihanraya di samping mengkayakan segelintir individu.

Bulan kedua 2014, krisis air sudah mula berlaku. Selangor menjadi negeri pertama yang mencatu bekalan air bersih ke atas penduduk dan rakyatnya. Sekaligus akan menyebabkan komuniti industri beransur-ansur keluar dari Selangor dan menarik semula pelaburan mereka kerana asas terpenting iaitu air, tidak stabil.

Ujiankah ini? Atau sebenarnya ini merupakan bencana daripada Allah Taala setelah Allah Taala memperingatkan dengan pelbagai cara tentang risiko kehilangan bekalan air di negeri ini? Dan ingatan tersebut bukannya sekali, bahkan berkali-kali.

Krisis bekalan air di Selangor kali ini, terlalu hampir serupa dengan krisis bekalan air pada tahun 1999. Adakah Anwar Ibrahim sebagai puncanya memandangkan Allah Taala sendiri memberi jaminan bahawa kiamat dipercepatkan dengan tangan (perbuatan) manusia sendiri. Masih adakah lagi yang mahu membela Anwar Ibrahim semata-mata kerana ego dan fahaman politik mereka sedangkan apabila Allah Taala menurunkan bala, ia akan meliputi semua orang termasuklah abid, ulama, cendekiawan, pakar, mahupun marhein dan kafirin. Tiada yang terkecuali daripada bencana tersebut, melainkan mereka yang sentiasa beringat-ingat dan diberikan hidayah untuk keluar dari kawasan bencana itu sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran.

 

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Operasi Curi Pasir Selangor Didalangi Kongsi Gelap Dengan Sokongan Pakatan Pembangkang?

Nampak gaya isu curi pasir  tidak akan berkesudahan selagi pakatan memerintah Selangor? Memang rakyat Selangor sudah sampai ke tahap  “cuak” dengan sandiwara pemantauan  kecurian pasir yang tidak pernah selesai dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Hakikatnya, tidak sampai dua bulan setelah aktiviti curi pasir di satu kawasan di Semenyih didedahkan namun sindiket yang mendalangi aktiviti itu sudah berani kembali beroperasi di tempat sama. Mereka seolah-olah begitu berani. Adakah mereka ini kebal dari tindakan undang-undang? Ataupun mereka tahu bahawa mereka sentiasa dilindungi oleh “pihak tertentu”? Perkara ini perlu disiasat dan didedahkan kepada rakyat Selangor kerana ini melibatkan hak rakyat.

 

Manakala  sindiket yang  sama dari Banting yang telah didedahkan kerana kegiatan curi pasir di tanah kerajaan seluas 50 hektar bersebelahan kuari Sungai Long dan perumahan di Semenyih itu, sudah beberapa kali dikenakan tindakan, tetapi seolah-olah kebal kerana beroperasi semula sejak seminggu lalu.  Adakah tindakan yang dikenakan itu terlalu ringan ataupun tindakan itu hanya sekadar pada nama  yang menyebabkan pihak yang disabitkan “pandang ringan”.

 

Sebelum ini kerajaan pakatan di Selangor telah mendabik dada kononnya berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus kecurian pasir yang berlaku di negeri ini. Kononnya terdapat kira-kira 10 peratus lagi kejadian curi pasir yang masih berlaku. Kononnya  ia mungkin disebabkan mereka menjalankan kegiatan curi itu pada waktu malam. Malam atau siang bukannya  alasan kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu bertindak mengikut keperluan. Atau adakah penjenayah pasir ini “dilindungi” untuk beroperasi pada waktu malam?

 
Kononnya  pihak pakatan telah  mengambil pelbagai langkah dalam menangani kegiatan curi pasir  daripada terus berleluasa seperti bekerjasama dengan Pejabat Tanah bagi mengatasi kejadian curi pasir tersebut. Kononnya mereka merampas pasir yang dicuri serta mesin-mesin digunakan.  Namun persoalannya kejadian curi pasir masih terus berleluasa. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa “orang dalam” bersubahat” dalam aktiviti jenayah ini.

 

Sehingga kini kerajaan pakatan Selangor masih gagal melaksanakan satu pelan tindakan khusus bagi membendung kegiatan mencuri pasir di negeri itu termasuk siasatan terperinci kemungkinan wujudnya penglibatan pakatan dan kongsi gelap dalam aktiviti berkenaan.

 

Rakyat perlu tahu bahawa  kegiatan mencuri pasir merupakan perkara serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberikan kesan kepada perolehan hasil negeri melalui sebuah syarikat yang mengawal perlombongan pasir di Selangor iaitu  Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Sebelum ini juga Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada tahun lalu mengumumkan keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan yang telah dijalankan. Nampak gaya pakatan telah terlalu kerap berbohong sehinggakan ianya mendatangkan masalah kepada parti mereka sendiri.

Pada 15 Jun lalu, akhbar telah menyiarkan pendedahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor sehingga mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari. Keuntungan lumayan itu menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini. Malahan lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.

 

Pakatan pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai tidak telus, korupsi dan lain-lain lagi. Hakikatnya pakatan itu sendiri penuh dengan “najis mughallazah” yang tidak mampu dicuci oleh sesiapapun.  Mungkin “Kekebalan” penjenayah curi pasir merupakan antara bukti ketidak telusan dan korupsi melampau pakatan pembangkang.Sebelum ini kuasa untuk menentukan kutipan pasir ditentukan oleh PTG melalui sistem doket. Ini bermakna, mereka yang diberi kebenaran melombong pasir itu perlu membayar doket terus kepada PTG selaku pihak berkuasa di bawah kerajaan negeri. Namun pakatan mengubah dengan mewujudkan KSSB yang membeli doket daripada PTG. Kemudian KSSB mengeluarkan doket mereka sendiri yang berkemungkinan terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi.

 
Demi menjaga kesejahteraan rakyat Selangor maka kita semua bertanggungjawab bagi memastikan tampuk pemerintahan Selangor dikembalikan kepada Barisan Nasional.

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Khalid Ibrahim Akui Anwar Perkuda Selangor

bnbbc.my – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan negerinya diperalatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita beliau menduduki kerusi di pejabat perdana menteri di Perdana Putra, Putrajaya dan bukan mensasarkan jawatan yang disandangnya. “Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat [...]
AIDC
Source Blog

Isu Sampah Berulang Semula Di Selangor – Sabotaj Dalam PKR Untuk Jatuhkan Khalid Ibrahim

Awal tahun 2012 masalah pungutan sampah di Selangor adalah begitu serius dan ketika itu kerajaan negeri Selangor membuat tohmahan, kononnya berpunca dari sabotaj kontraktor-kontraktor pungutan sampah pro-UMNO.

Selepas itu, urusan pungutan sampah telah diambilalih oleh PBT Selangor dari pengurus sisa pepejal Alam Flora.

Dengan pengambil-alihan itu, bermakna urusan pungutan sampah diurus keseluruhannya oleh kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negeri telah mengurus pembelian 50 lori sampah (gred rendah yang amat susah dilihat beroperasi yang mungkin kebanyakan telah rosak) dari China, untuk membunuh pemilik-pemilik lori sampah yang dituduh sebagai agen UMNO.

Jika sebelum ini kontraktor dan pemilik lori sampah di’kambing hitam’kan sebagai punca masalah, apakah pula alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri apabila isu ini mula menunjukkan tanda-tanda berulang?

Foto atas adalah yang terbaru di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang yang dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang yang dimaklum telah seminggu tidak dipungut. Disamping itu, beberapa kawasan lain turut mengalami masalah yang serupa, khususnya di kawasan DUN Khalid Ibrahim.

Adakah ini berupa sabotaj oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim? Atau ini adalah petanda perebutan kontrak pungutan sampah dikalangan puak Azmin dengan puak Khalid?
AKAR UMBI
Source Blog

Jangan heret KDN Dalam Isu Rampas Bible Selangor – Junaidi

SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan tidak akan campurtangan dalam isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada Tuhan agama Kristian. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata JAIS akan memulangkan naskah bible berkenaan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) setelah merujuk [...]
AIDC
Source Blog

Masak Khalid Ibrahim Kali Ni – PKR Selangor Dah Mula Mengaruk

PKR Selangor punya sebab untuk mengaruk terhadap MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Betapa tidaknya, Khalid sengaja menarik kuasa yang dimiliki oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Azmin bukan sembarangan ahli lembaga pengarah PKNS, tetapi punya kuasa besar sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja (Exco) PKNS, yang khabarnya boleh buka envelope tender.

Untuk mengetahui sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh Azmin, anda boleh semak di SINI.
Jadi tidak hairanlah maka anak-anak buah Azmin melenting terhadap Khalid, lantas mesyuarat tergempar PKR Selangor telah dipanggil dan berlangsung malam tadi.
Menurut laporan BNBBC, sidang mesyurat tersebut telah menuntut penjelasan Khalid terhadap 3 perkara berikut;
  • Penamatan khidmat Azmin sebagai ahli lembaga PKNS
  • Kenaikan lesen premis perniagaan oleh PBT
  • Kelulusan untuk Projek Empangan Air Langat 2 yang sebelum ini ditentang oleh Pakatan Rakyat Selangor
Cuma yang tidak dibincang ialah isu JAIS yang hangat diperkatakan hari ini. Barangkali PKR bersetuju dengan tindak-tanduk pihak gereja.

AKAR UMBI
Source Blog

MB Selangor Sahkan Sedang Pantau Kes Pemimpin Pakatan Rakyat Mencabul

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang memantau kes melibatkan seorang ahli majlis yang didakwa mencabul seorang pembantu rumah. Bercakap kepada media petang ini, Khalid berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan tersebut, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini telah timbul desas-desus berkenaan pencabulan keatas pembantu rumah warga Kemboja, yang dikaitkan dengan ahli majlis MBPJ, baca SINI.
AKAR UMBI
Source Blog

September 2014
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.