Umno Blogger Directory

Sembang Haji

256 jemaah haji program 1MDB berlepas ke Madinah

Sebanyak 256 bakal jemaah program khas haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB berlepas ke Madinah pagi ini dengan penerbangan kedua (KT 2) menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8000 ke Tanah Suci.

Mereka merupakan kumpulan pertama program khas yang kemudian akan diikuti dengan penerbangan dua lagi kumpulan iaitu pada 1.30 pagi esok dan 1.30 pagi hari Jumaat.

Para jemaah terlibat dijangka tiba ke Madinah kira-kira pukul 12.50 tengah hari (5 petang waktu Malaysia)

Sebanyak 1,000 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menyertai program tersebut pada tahun ini.

 

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kaunter pengeluaran wang Tabung Haji mula beroperasi di maktab penginapan jemaah

ac9cab5b-ed8e-46b3-8626-a07c593948f7_400

Semua kaunter pengeluaran wang Tabung Haji mula beroperasi hari ini di maktab-maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Al-Haram dan Hotel Anwar Madinah Movenpick di sini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Patuhi nasihat petugas Tabung Haji

Bakal jemaah haji di daerah ini diminta mematuhi segala arahan dan nasihat daripada petugas Tabung Haji (TH) terutama yang berhubung kait dengan aspek kesihatan ketika berada di tanah suci kelak.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, apatah lagi ketika ini masyarakat dunia dikejutkan dengan ancaman penularan beberapa wabak khususnya Ebola dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) .

Bagaimanapun katanya, para jemaah diingatkan supaya tidak terlalu bimbang kerana perkara itu boleh ditangani oleh pihak-pihak terlibat terutama TH yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan haji.

“Apa yang penting adalah memahami dan mengikut segala panduan penjagaan kesihatan daripada pakar perubatan negara ini yang berkhidmat di bawah TH.

“Saya yakin dengan persiapan yang cukup menerusi saringan perubatan, suntikan vaksin serta mematuhi arahan petugas TH sudah tentu tidak akan timbul perkara yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dari Parlimen Lipis di sini kelmarin.

Bantuan itu disampaikan sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Lipis.

Yang hadir sama Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Mustapa Long; Bendahari UMNO Lipis, Datuk Suhaimi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan.

Sempena majlis berkenaan, Abdul Rahman turut memberi sumbangan termasuk wang tunai dan pakaian kepada seramai 50 bakal jemaah haji tahun ini.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan Malaysia, Arab Saudi dan negara Islam yang lain sudah mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan demi keselesaan jemaah haji kelak.

“Tidak perlu risau dengan ancaman wabak berkenaan jika kita telah cukup bersedia dari segi kesihatan dan psikologi untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis meminta bakal jemaah haji menjaga adab semasa di tanah suci dengan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat bagi memelihara imej jemaah haji negara yang diakui tidak menimbulkan masalah.

“Bakal jemaah haji di sini juga tidak perlu membicarakan isu-isu di negara ini sehingga mengganggu keselesaan rakan lain untuk beribadah sebaliknya fokuslah kepada matlamat iaitu mengerjakan haji,” katanya.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Banyak bersabar tunai haji – Raja Perlis

Jemaah haji perlu banyak bersabar untuk menghadapi pelbagai ujian sewaktu menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sentiasa mengingati Allah SWT.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, ini kerana dugaan tersebut akan datang dalam pelbagai bentuk atau keadaan dengan kehadiran ramai jemaah dari seluruh dunia di Mekah.

“Apa sahaja dugaan, hadapilah dengan tabah supaya kita (jemaah) dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Kursus Haji Peringkat Negeri Perlis 2014 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Ulu Pauh, di sini kelmarin.

Berkenan berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Pelaburan Tabung Haji (TH), Abdul Kadir Sahlan; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Khairi Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Hamdan Bahari dan Pengarah TH Perlis, Mohamad Khairi Dasemin.

TH menanggung subsidi berjumlah RM130 juta untuk jemaah haji negara ini menunaikan ibadah tersebut selain perbelanjaan RM4 juta bagi penganjuran kursus haji.

Seramai 340 penduduk di negeri ini terpilih menunaikan fardu haji tahun ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut menasihatkan jemaah haji supaya menjaga kesihatan selain meminum air dengan banyak untuk menghadapi cuaca panas sewaktu di Mekah.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

5,000 tan makanan dibuang tiga hari berpuasa

Makkah – Masalah pemba­ziran makanan sekali lagi meng­hantui Maj­lis Perbandaran Mekah pada Ramadan kali ini, apabila hampir 5,000 tan sisa makanan dibuang dalam tempoh masa tiga hari berpuasa sahaja.

Laman web Arab News mela­porkan, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sebanyak 20 bilion Riyal (RM16.99 bilion) pada bulan Ramadan untuk menyediakan makanan, berbanding 6 bilion Riyal (RM5.1 bilion) pada bulan-bulan lain.

Seorang pegawai perbandaran, Osama Al-Zaituny berkata, pihaknya menempatkan 45 pemampat sisa makanan di tengah bandar raya ini berhampiran Masjidilharam selain mengupah 8,000 tukang cuci pada bulan ini.

Sebelum ini, Kementerian Per­da­gangan dan Industri pernah meluahkan kebimbangan apabila hampir 45 peratus sisa buangan pada bulan Ramadan merupakan bahan makanan, dengan 80 peratus makanan yang disediakan tidak berkhasiat.

Menurut satu kajian yang dija­lankan oleh Universiti Raja Saud, setiap hari 4,500 tan sisa makanan dibuang di Arab Saudi.

Kajian itu turut menunjukkan 30 peratus daripada empat juta makanan yang disediakan ketika Ramadan melibatkan peruntukan sebanyak 1.2 bilion Riyal Saudi (RM1.02 bilion) dibuang dan saintis sosial menyifatkannya sebagai ‘satu tabiat yang tidak boleh diterima’.

Ekoran masalah berkenaan, pegawai Kementerian Hal Ehwal Islam menggesa supaya penduduk memasak dalam kuantiti yang sedikit untuk berbuka puasa.

Menurut laporan, Majlis Per­ban­daran Qassim merancang un­tuk membina sebuah kilang baja organik yang diperbuat daripada sisa makanan di Buraidah.

Pakar kesihatan berkata, orang ramai cenderung untuk membeli lebih banyak makanan pada bulan Ramadan dan mereka lebih gemar memasak makanan baharu untuk berbuka puasa.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pantau agensi umrah elak jemaah tertipu

KEBELAKANGAN ini dilaporkan berlaku banyak kes penipuan terhadap jemaah umrah di negara kita.

Terbaru lebih 100 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas agensi terlibat gagal menyediakan penerbangan yang dijanjikan.

Akibatnya kebanyakan jemaah yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang terpaksa pulang hampa apabila agensi yang menguruskannya yang beribu pejabat di Alor Setar itu gagal menunaikan janji mereka.

Ironinya, ini bukanlah kes pertama seumpama ini yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini, kes seperti itu sering dilaporkan oleh media, namun ternyata ia belum menemui titik noktah apabila masih ada agensi yang sanggup menipu demi meraih keuntungan wang ringgit tanpa belas kasihan.

Misalnya, Oktober lalu, sebuah agensi pelancongan didakwa memperdaya kira-kira 1,200 jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah hampir RM4.8 juta.

Penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan jemaah juga gagal menuntut kembali wang mereka.

Oleh kerana kes seperti ini dilihat terus berlaku, kita berharap pihak berkuasa campur tangan dan bantu mengatasi masalah ini agar tidak ada lagi bakal jemaah umrah diperdaya oleh agensi yang tidak bertanggungjawab.

Dalam hal ini, agensi yang berkaitan seperti Lembaga Tabung Haji, Kementerian Pelancongan dan polis perlu bergabung tenaga mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Pastikan semua agensi berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

Semua agensi yang menyediakan perkhidmatan ini perlu dipantau secara berkala dan konsisten.

Pihak berkuasa perlu memastikan operasi mereka berada di landasan yang betul dan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan.

Walaupun bukan semua agensi melakukan penipuan, namun kita tidak mahu tindak-tanduk segelintir agensi yang tidak bertanggungjawab ini merobek kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

Umpama pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Agensi yang didapati menyeleweng mahupun menipu perlu dikenakan hukuman setimpal termasuk disenaraihitamkan supaya kes bakal jemaah umrah diperdaya tidak berulang.

Dalam pada itu, orang ramai juga perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih agensi yang menyediakan perkhidmatan itu.

Jangan mudah termakan pujuk rayu dan janji manis yang disogok oleh pihak agensi terbabit.

Sepatutnya masyarakat mengambil iktibar dengan segala pendedahan yang dilakukan media dan pihak berkuasa sebelum ini berkaitan penipuan seumpama itu.

Ringkasnya, jangan terlalu mudah mempercayai orang lain apatah lagi ia melibatkan jumlah wang yang besar.

Pilihlah agensi yang terbukti tiada sebarang masalah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

Apapun kita juga berharap sangat agar semua agensi dan syarikat yang ada agar lebih sensitif dan bertanggungjawab dalam hal ini.

Ini soal ibadah, jadi janganlah mudah gelap mata dan utamakan keuntungan semata-mata.

Biarlah kita mencari rezeki berkat hasil usaha yang ikhlas dan beretika.

Justeru, saya berharap pihak berkuasa akan bertindak dengan lebih tegas selepas ini terutama membabitkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan.

Masyarakat perlu menjadikan insiden seperti ini sebagai pengajaran agar tidak lagi terjerat dengan sindiket seperti ini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Penyedia makanan untuk tetamu Allah

PADA peringkat awal kehadirannya di Tanah Suci Mekah hanya sebagai pembantu masakan untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji dan umrah Malaysia yang mengambil pakej dengan Tabung Haji Travel.

Begitulah permulaan bagi Sulaiman Ismail, 34, yang kini serius mengembangkan perniagaan dalam sajian makanan di kota suci itu hasil kerjasama dengan Al-Munief Catering Services (Al-Munief).

Tetapi kata Sulaiman, semua itu tidak datang dengan mudah. Namun, berbekalkan bakat dan hasrat murni untuk menawarkan perkhidmatan kepada tetamu Allah di Tanah Suci Mekah serta Madinah, dia mengorak langkah positif dalam bidang itu di bumi Arab Saudi.

Sulaiman yang berasal dari Banting, Selangor mengembangkan perniagaan di negara itu sejak lebih setahun lalu. Usaha- sama berkenaan memberikan pilihan kepada jemaah umrah untuk menikmati keenakan hidangan cita rasa Malaysia yang ditawarkan Al-Munief menerusi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan dimiliki Sulaiman.

Malah Sulaiman turut menggaji empat tukang masak dari Malaysia untuk menyediakan masakan Melayu cita rasa tempatan kepada jemaah umrah dari Malaysia.

Namun bukan mudah bagi Sulaiman untuk bertapak di bumi penuh keberkatan itu. Apatah lagi syarat kerajaan Arab Saudi yang perlu dipenuhi ialah mesti mendapatkan rakan kongsi tempatan di negara berkenaan.

Sulaiman mula melihat peluang perniagaan dalam bidang sajian makanan di Tanah Suci apabila berkesempatan mengadakan latihan selama tiga bulan bersama Tabung Haji Travel di Mekah pada 1999.

Ketika itu dia merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang masakan atau kulinari di Unitar.

Sulaiman membantu menyediakan masakan Melayu kepada 1,200 jemaah yang mengambil pakej Tabung Haji Travel untuk tiga kali hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

“Saya datang sebagai pembantu tetapi ilmu dalam bidang masakan sudah ada kerana ia turun temurun, pekerjaan keluarga saya adalah tukang masak.

“Sebab itu saya menyambung pengajian dalam bidang kulinari di Unitar untuk mendapatkan lebih banyak ilmu,’’ katanya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.

Menurut Sulaiman, selepas tamat latihan di Tanah Suci, dia kembali ke Malaysia untuk menyempurnakan pengajian peringkat diplomanya di Unitar.

Bakat memasak dimiliki Sulaiman memikat Tabung Haji Travel yang menawarkannya kerja sebagai tukang masak pada musim haji di Tanah Suci.

Pemuda itu mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada tahun 2000 untuk tempoh bermusim (tiga bulan setiap musim) dan memasak bagi 1,500 jemaah.

“Secara keseluruhannya saya bekerja dengan Tabung Haji Travel selama enam musim sehingga 2006.

“Di luar musim, saya mengendalikan perniagaan keluarga yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan di Banting,’’ katanya.

Selepas 2006, Sulaiman mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memasak kepada petugas lembaga berkenaan dan orang kenamaan Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci.

Katanya, dia berkhidmat selama empat tahun dengan TH sebelum memutuskan untuk pulang ke Malaysia bagi memberi tumpuan mengendalikan perniagaan sajian makanan keluarganya yang semakin berkembang.

Memandangkan Sulaiman menyimpan hasrat mendalam untuk membuka perkhidmatan sajian makanan Malaysia kepada tetamu Allah di Mekah, dia kembali ke Arab Saudi pada 2012.

Kedatangannya kali ini adalah untuk cuba menjalankan perniagaan sajian makanan sendiri menerusi pengalaman, kebolehan, ilmu dan modal kira-kira RM600,000.

“Cita-cita saya memang hendak menyediakan masakan Melayu dan membawa orang Malaysia sebagai tukang masak berkhidmat di Tanah Suci ini,’’ ujar bapa kepada tiga anak itu.

Cubaan awal Sulaiman berdepan dugaan apabila seorang kenalan warga Arab Saudi yang digunakannya untuk bertapak di negara tersebut tidak menepati aspek sasaran yang dikehendakinya,’’ katanya.

Sulaiman kemudian berpindah kepada Al-Munief pada Disember 2012 dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat berkenaan sehingga sekarang.

“Saya mengenali Al-Munief kerana pernah berkhidmat di dapurnya di Mekah selepas diarahkan TH pada 2003 untuk memasak kepada jemaah Malaysia yang menjadi pelanggan syarikat itu,’’ jelasnya.

Sulaiman memberitahu, dia memulakan perniagaan di Mekah selama setahun sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membuka dapur atau pejabat kedua di Madinah pada Disember tahun lalu.

Katanya, tidak ramai rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di Arab Saudi dan dia adalah anak jati negara ini yang pertama membuka dapur bagi menyediakan perkhidmatan sajian makanan.

“Di Arab Saudi kita tidak boleh menjalankan perniagaan sendirian walaupun ada kepakaran dan pelanggan kerana perlu kerjasama dengan rakyat negara itu.

“Sebab itu saya mengadakan kerjasama dengan Al-Munief tetapi pengurusan saya kendalikan sendiri,’’ ujarnya yang mahu membawa perniagaannya itu ke tahap lebih tinggi.

Menurut Sulaiman, cabaran sedang dihadapinya sekarang ialah masih ramai khususnya ejen pelancongan yang tidak mengetahui bahawa Al-Munief dikendalikan oleh orang Malaysia.

“Sebagai anak jati Malaysia yang datang berniaga di Arab Saudi dengan memberi khidmat kepada tetamu Allah, saya bukannya mahu meminta bantuan wang tetapi mahu sokongan dari negara sendiri,’’ katanya. – Utusan

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

CUEPACS: Wujudkan kuota haji khas untuk penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan menyediakan kuota haji khas bagi memudahkan para penjawat awam menunaikan rukun Islam kelima itu mulai tahun hadapan.

Presidennya, Azih Muda berkata, penyediaan kuota khas itu perlu bagi memastikan penjawat awam tidak terpinggir untuk menunaikan ibadat tersebut selain mengambil kira pendapatan mereka yang rendah.

“Kalau hendak tunggu giliran kuota Tabung Haji mereka terutamanya yang hampir bersara tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah itu. Oleh itu CUEPACS mencadangkan kerajaan menyediakan kuota khas kepada para penjawat awam bermula tahun hadapan.

“Hal ini antara perkara yang ditekankan CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang selain semakan semula kadar semua jenis elaun, pencen dan tangga gaji,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin CUEPACS Sabah dan wakil agensi kerajaan negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.

Tambah Azih, selain kuota haji khas, kerajaan diminta memberi kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk perbelanjaan menunaikan umrah, perubatan atau pendidikan anak-anak.

Menurut beliau, pihaknya turut menggesa kerajaan menaikkan ganjaran persaraan kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan berbanding 7.5 peratus ketika ini.

Selain itu, katanya, CEUPACS mencadangkan kerajaan menaikkan Gantian Cuti Rehat (GCR) kakitangan awam kepada 180 hari berbanding 150 hari sekarang selain menimbang kadar pencen bulanan penjawat awam yang bersara kepada 80 peratus daripada jumlah gaji terakhir mereka.

“Kita akan memastikan tangga gaji semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang dibebani mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan mengenai isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam sejak tahun 2011.

Katanya, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenarkan membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun bagi tiga pasang pakaian.

“Bagaimanapun pada 6 September lalu, jabatan tersebut mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar balik baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri dan jika gagal mereka akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kos haji kekal RM9,980

Kos menunaikan ibadat haji tahun ini kekal sebanyak RM9,980 walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kos tersebut dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Khutbah Jumaat diterjemah ke bahasa Melayu

Jemaah solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hari ini berpeluang mendengar khutbah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Urdu dan Perancis.

Imam Besar bagi kedua-dua masjid suci itu, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, beberapa minggu lalu, pihaknya telah memulakan usaha menterjemah khutbah Jumaat di kedua-dua masjid itu ke dalam bahasa Melayu, Urdu dan Inggeris.

Jelas beliau, di Masjidilharam, khidmat penterjemahan itu disediakan berhampiran pintu Raja Fahd, yang ditetapkan untuk jemaah bukan Arab.

Untuk mendengar khutbah dalam bahasa pilihan mereka, jemaah hanya perlu memakai fon kepala dan peranti audio yang disediakan, lapor Arab News.

Peranti tersebut disambung kepada frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab oleh imam bertugas.

Bahasa Melayu digunakan oleh penduduk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, manakala bahasa Perancis digunakan meluas di benua Afrika.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

60 projek bekalan air, sisa kumbahan di Mekah

Syarikat Air Kebangsaan (NWC) akan melaksanakan 60 projek bekalan air dan kumbahan di sini yang menelan belanja sebanyak 5.5 juta riyal (RM4.8 juta) untuk kemudahan penduduk serta jemaah haji dan umrah, menurut kenyataan NWC dalam laman web, arabnews.com, semalam.

Projek tersebut akan melibatkan pembinaan kemudahan tangki simpanan air berkapasiti 1.3 juta meter kubik bernilai 1 bilion riyal (RM878 juta), saluran paip baharu dan kumbahan, penambahbaikan saluran paip sedia ada serta penyambungan bekalan air ke rumah-rumah.

Kawasan saluran air yang terlibat dalam pelaksanaan projek itu antaranya di Bathaa Quraish dan Awali dengan kos sebanyak 127 juta riyal (RM111 juta) dan akan membabitkan pembinaan saluran paip sejauh 200 kilometer serta sambungan kepada 13,000 kediaman.

Selain itu, sejumlah 11,000 saluran air akan disediakan di Faiha dan Buhairat bernilai 198 juta riyal (RM174 juta) dan bekalan air akan disambungkan ke 15,000 penempatan di Sharaie bernilai 110 juta riyal (RM96.6 juta).

“Syarikat juga sedang berusaha untuk menggantikan saluran kumbahan air di Aziziya dengan saluran baharu yang menelan belanja sebanyak 170 juta riyal (RM149 juta),” kata kenyataan itu.

NWC juga sedang dalam pelaksanaan membesarkan loji rawatan air kumbahan di barat Mekah bagi meningkatkan kapasiti harian mencecah 250,000 meter kubik.

Saluran paip air baharu akan turut dibina antara Mekah dan sebuah kompleks pentadbiran kerajaan baharu bernilai 90 juta riyal (RM79 juta), manakala penambahbaikan tandas di Mina, Arafat dan Mudzalifah akan menelan belanja 20 juta riyal (RM17.5 juta).

Di samping itu, saluran kumbahan sejauh 20 kilometer juga akan dibina di selatan Mekah dengan kos sebanyak 160 juta riyal (RM140 juta), jelas kenyataan itu.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Hotel Di Madinah Terbakar ,15 Jemaah Maut

MADINAH 9 Feb – Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah semalam telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain.
Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia, lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA).
Menurut agensi itu, beberapa pegawai yang ditemui berkata, kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.
Laporan sebelum ini berkata, 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.
Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.
“Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan. Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran,” kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.
Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.
Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.
Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.
_72853507_020974560-1 _72853498_72853497 Medina hotel fire kills 15 pilgrims, injures 130

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Hotel Di Madinah

Medina hotel fire kills 15 pilgrims, injures 130

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, kata Kementerian Luar Ahad.

“Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang manakala 130 lagi cedera. – BERNAMA

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

TH CATAT PENDAPATAN RM3.7 BILION UMUM BONUS 6% + 2 %

KUALA LUMPUR, Khamis, 30 Januari 2014 :

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan  Bonus Bagi Tahun Kewangan  2013 kepada para pendeposit  TH dengan kadar sebanyak 6.0% sebagai Bonus  Tahunan dan tambahan  Bonus Haji sebanyak  2.0%.

Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di TH, ianya juga memberi keutamaan 
kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji. 

Dalam kenyataan medianya, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom berkata beliau amat 
bersyukur kerana TH telah mencatatkan prestasi   kewangan yang amat memberangsangkan dan 
pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltizaman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit, terutamanya mereka yang kurang  berkemampuan,  selain daripada pemberian subsidi haji setiap tahun.

TH mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 jutadaripada mereka belum menunaikan haji. Majoriti akaun pendeposit (7.2juta) tersebut mempunyai baki purata minima kurang daripada bayaran haji (RM9,980).

Pemberian Bonus Haji kepada 7.7 juta pendeposit yang belum menunaikan haji ini adalah untuk  meningkatkan tabungan  mereka disamping merealisasikan impian umat Islam untuk menunaikan Fardhu H aji. 

TH mencatatkan prestasi kewangan baik dengan pendapatan melebihi RM3.0 bilion buat julung julung kali.

Pendapatan keseluruhan  TH bagi tahun 2013  berjumlah RM3.7 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM951 juta (34%) berbanding RM2.8 bilion bagi tahun 2012.

TH turut mencatatkan  keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion peningkatan  23% berbanding musim RM2.1 billion bagi tahun 2012. Ini merupakan keuntungan bersih selepas zakat melebihi RM2.0 bilion untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Bayaran Bonus Tahunan  TH berjumlah RM2.4 bilion, iaitu peningkatan 14.3%  berbanding RM2.1 bilion pada tahun 2012. Manakala, bayaran Bonus Haji kepada para pendeposit yang belum pernah menunaikan fardhu haji berjumlah RM223 juta.

Jumlah keseluruhan  pembayaran bagi kedua-dua bonus ini adalah  berjumlah RM2.6 bilion, iaitu peningkatan 6.5% berbanding RM2.4 bilion bagi 2012.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Projek perluasan Masjidil Haram

lu_03.1

 

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sejumlah 5,800 hartanah bernilai 75 bilion riyal (RM65.9 bilion) untuk projek perluasan kawasan Masjidil Haram di Mekah, menurut kenyataan pejabat Datuk Bandar Mekah Osama al-Bar, di sini hari ini.

Peruntukan itu merangkumi kawasan Hotel Dar Al-Tawhid InterContinental serta bangunan bersebelahan yang merupakan Hotel Hilton lama di sebelah barat dan selatan masjid itu.

Fasa pertama projek perluasan itu termasuk pemindahan 1,150 bangunan melibatkan kos sebanyak 33 bilion riyal (RM29 bilion) diikuti fasa kedua turut memindahkan sebanyak 1,150 bangunan.

Pembantu pegawai projek berkenaan, Abbas Qattan berkata, sebanyak 700 pemilik hartanah masih belum mengemukakan tuntutan pampasan, manakala sebanyak 900 hartanah mengalami masalah dalam pemprosesan pemilikan tanah. – AGENSI

:SembangHaji.Com:
Source Blog

#Haji : Terima Kasih Petugas – KRH

KRH

 

Perjalanan operasi Haji pada tahun 2013 bersamaan 1434H berjalan lancar dan kejayaan ini hasil kerjasama semua petugas haji dalam menjalankan tugas diamanahkan dengan sempurna.

 

Ketua Rombongan Haji Malaysia (KRH), Datuk Syed Saleh berkata ” kejayaan operasi tahun ini sangat berjaya dan berjalan lancar kerana mendapat kerjasama baik semua petugas serta mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna”- katanya semasa menyampaikan ucapan terima kasih setelah selesai solat maghrib di surau petugas haji.

 

Dalam pada itu, Datuk Syed juga menyampaikan ucapan terima kasih Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk semua petugas haji kerana kejayaan cemerlang dalam operasi haji pada kali ini.

 

Lebih enam ratus lebih petugas haji yang bertugas sepanjang operasi haji dan kejayaan menguruskan jemaah haji Malaysia wajar diberikan pujian.-Sembanghaji.com

 

 

 

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Jemaah Haji Tidak Dibenarkan Daftar Kali Kedua selama 5 Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Rakyat Malaysia yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji tidak dibenarkan mendaftar untuk menunaikan haji buat kali kedua dalam tempoh lima tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sebaliknya dicadangkan supaya mengerjakan umrah bagi memberi laluan kepada orang lain menunaikan ibadah haji.

“Apabila sudah dibenarkan mendaftar untuk mengerjakan haji selepas lima tahun pun, mereka yang sudah mengerjakan haji, tidak akan diberi keutamaan.

“Namun kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika mengerjakan haji buat pertama kali seperti tidak sempat menunaikan perkara tertentu dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir menjelaskan, pada masa ini terdapat 1.3 juta pendeposit Tabung Haji yang sedang menunggu untuk menunaikan ibadah haji dan daripada jumlah itu 14,000 merupakan warga emas mengikut takrifan Tabung Haji iaitu berusia lebih 75 tahun.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas), beliau berkata, kerajaan Arab Saudi menetapkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak diwajibkan untuk membawa mahram.

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan

JEDDAH 8 Dis. – Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan akan mengurangkan jumlah jemaah umrah pada bulan Ramadan akan datang kepada 500,000 jemaah sahaja sehari, di Mekah dan Madinah.

Menteri Haji, Bandar Hajjar pada masa sama berkata, pengeluaran visa umrah juga akan dihentikan pada pertengahan bulan Ramadan tahun depan.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam berikutan kerja-kerja pembesaran kawasan sedang giat dilakukan.

Katanya, pengumuman awal itu akan membolehkan syarikat perkhidmatan umrah di seluruh dunia membuat perancangan lebih awal berpandukan arahan yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peratusan jemaah yang tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan juga telah menurun kepada 0.1 peratus hasil penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem pengangkutan bas bersepadu bagi jemaah umrah di pejabatnya di Jeddah di sini.

Selain itu katanya, kerajaan akan mewujudkan sistem penalti ke atas syarikat penerbangan yang gagal memastikan perjalanan pergi dan balik para jemaah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kita mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) untuk memastikan penerbangan para jemaah di lapangan terbang mengikut jadual,” katanya.

Sementara itu, pihaknya telah menerima permohonan daripada 48 syarikat pengelola perkhidmatan umrah dan 2,000 agensi pelancongan dari luar negara untuk mendapatkan kebenaran membawa jemaah menunaikan umrah pada Ramadan tahun depan. – AGENSI

:SembangHaji.Com:
Source Blog

16 jemaah haji kita meninggal dunia di tanah suci

Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.

“Petugas Tabung Haji yang berada di Makkah akan memaklumkan kepada saya sekiranya ada jemaah haji kita yang meninggal di sana supaya pihak kita dapat memaklumkan kepada waris si mati,” katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga seorang jemaah yang meninggal dunia di Makkah, di Kampung Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.

Abdul Azeez menziarahi keluarga Allahyarham Jasin Taib, 73, yang meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin lalu akibat sakit tua.

Rombongan Tabung Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52.

Abdul Azeez berkata Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara’ik di Makkah.

Beliau berkata isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 Nov ini.

Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 Nov.

Sementara itu, Ghazali berkata arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana.

“Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak,” katanya.

Bernama

:SembangHaji.Com:
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.