Umno Blogger Directory

Daily Archives: September 7, 2014

Negeri boleh luluskan permohonan jadi ahli

TR03_230414_SHAFIE_UMNO

Marang: Semua Badan Perhubungan UMNO negeri diberi kuasa untuk meluluskan permohonan keahlian UMNO baharu dengan syarat setiap permohonan disertakan resit pengesahan sebagai pemilih berdaftar yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Majlis Tertinggi (MT) memberi kuasa kepada UMNO negeri untuk meluluskan pendaftaran ahli baharu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu berikutan kaedah lama iaitu borang permohonan keahlian dihantar ke Ibu Pejabat UMNO untuk kelulusan menimbulkan pelbagai masalah terutama keciciran nama.

Patuhi syarat

“UMNO negeri perlu mematuhi syarat iaitu setiap permohonan keahlian baharu perlu mengemukakan bukti sudah mendaftar sebagai pemilih.

“Jika gagal mengemukakan bukti itu, maka tidak layak menjadi ahli UMNO kerana mereka (mungkin) mempunyai agenda lain dan perjuangan tidak ikhlas,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata MT setuju untuk menguatkuasakan syarat itu disebabkan kira-kira 460,000 ahli UMNO di seluruh negara tidak layak mengundi kerana tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, kajian mendapati punca utama mereka hanya berdaftar sebagai ahli UMNO kerana ingin mengambil peluang kemudahan disediakan oleh kerajaan.

“Mereka ini tidak ikhlas dalam perjuangan UMNO dan menjadi ahli kerana ingin merebut peluang dan kemudahan disediakan kerajaan.

“MT juga sudah menghantar senarai nama ahli UMNO yang tidak berdaftar sebagai pemilih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri untuk memudahkan semakan status terkini dilakukan,” katanya.

Cari pengundi baharu

Di Gurun, Mohd Shafie menyarankan semua sayap parti di 191 bahagian di seluruh negara supaya menjejak dan mencari pengundi baharu daripada enam juta pengundi yang diumumkan oleh SPR, baru-baru ini untuk diserapkan sebagai ahli UMNO.

Katanya, mereka hanya perlu mendaftar sekurang-kurangnya seorang bagi setiap sayap parti untuk setiap bulan dan ia akan membantu memperbesarkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ketua Menteri paling merosakkan ekonomi negeri dan rakyat dalam sejarah Pulau Pinang:


http://www.therakyatpost.com/business/2014/09/03/penang-sells-land-aspen-mall

Terus-terusan menutup kelemahannya mentadbir dengan defisit empat (4) tahun berturut-turut sejak 2011 dengan JUALAN TANAH BESAR-BESARAN untuk menyusahkan rakyat-rakyat yang bakal tidak mampu memiliki rumah sendiri yang elok, terutamanya di Pulau Pinang — bakal halau secara ekonomi besar-besaran, puluhan ribu penduduk Melayu kebanyakannya dari tanah selatan pulau – Batu Maung, Teluk Kumbar dan Balik Pulau ke pelusuk Batu Kawan!!

Apabila pembangunan siap di Bayan Mutiara (di mana lebih 100 ekar djual pada 2011) dalam masa kurang 10 tahun, orang miskin di daerah Timur Laut akan terus terhimpit, dan apabila Batu Kawan (di mana hampir 250 ekar dijual pada 2014) pula dimajukan sepenuhnya (bermula dengan kempen 12,000 unit unit kos rendah), orang kebanyakan daerah Seberang Perai Selatan pula akan terhalau dengan sendirinya ke Kedah, Perak atau Seberang Perai Utara…. Oh, jangan lupa rancangan terowong untuk hubungkan George Town dan Kepala Batas (SPU) – halau orang PP di KB dan Tasek Gelugor juga ke Sungai Petani dan Kulim….

Dan jangan lupa, si Malaun dari Melaka ini juga telah jual aset Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang pada 2011 lalu, dan tarif air dah melonjak dan akan naik lebih deras dalam masa terdekat, ditambah surcaj penggunaan pula!

Samaada Guan Eng sememangnya ketua menteri yang paling bodoh ekonomi, atau warga asing LGE ini motifnya nak perkaya orang luar Pulau Pinang, termasuk bukan negara, dan himpit warga asal & anak-anak kelahiran Pulau Pinang sampai bakal terpaksa mengalah dan berhijrah ke luar….
Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.