Umno Blogger Directory

Daily Archives: September 11, 2014

Permintaan DAP Kepada Sultan – Bubarkan DUN Selangor

DAP menggunakan Ahli Parlimen Melayunua untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ahli Parlimen DAP Ariff Sabri dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, “Lebih banyak saya fikir tentang perkara itu, penyelesaiannya terletak di tangan sultan. Baginda boleh selesaikan perkara itu, dengan membubarkan DUN Selangor.”

Ini mungkin bila mereka mula menghidu peluang untuk meletakkan Adun Melayu mereka sebagai MB Selangor.

Bertolak dari itu, jika berlaku pembubaran oleh Sultan, bukan bermakna baginda dalam keadaan saja-saja untuk berbuat demikian, sebaliknya telah ada permintaan dari kalangan anggota Pakatan Rakyat itu sendiri.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Anak Tempatan Jadi Calon BN #PengkalanKubor

Barisan Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor.

Muhyiddin berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di kawasan DUN itu.

“Beliau anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ustaz Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat di hati rakyat,” katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Muhyiddin berkata keputusan memilih Mat Razi diputuskan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.

“Semua calon yang dikemukakan dibuat tapisan ketat dan dari sudut undang-undang pun layak… sebab itu pengerusi parti memilih Ustaz Mat Razi,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Mat Razi dilakukan secara perundingan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya.

“Ia (calon) mestilah baik budi pekerti dan bukan sahaja itu, calon mestilah juga baik dalam perjawatan,” katanya.

Muhyiddin kemudian meletakkan tengkolok di kepala Mat Razi sebagai simbolik pemilihannya sebagai calon BN sambil disambut sorakan `Gelombang Merah’ oleh ribuan penyokong BN.

Selepas itu, Muhyiddin mengumumkan Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri sebagai pengarah Jentera BN bagi PRK DUN Pengkalan Kubor.

Beliau berkata BN mengutamakan langkah mengatur strategi dengan terperinci bagi memastikan kemenangan BN.

“Masalah tempatan mungkin tidak banyak isu kerana Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menyelesaikan dengan baik malah lebih hebat daripada wakil rakyat pembangkang di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata apa yang dilakukan BN ialah menyambung legasi perjuangan Allahyarham Noor Zahidi di DUN itu.

Muhyiddin juga meminta semua pihak dalam BN supaya memastikan perpaduan yang utuh dalam kalangan anggota di semua peringkat kerana ia penting untuk BN mengekalkan kemenangan di DUN itu.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. – Bernama, 10 September, 2014.

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Anak Tempatan Jadi Calon BN #PengkalanKubor], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.