Umno Blogger Directory

Negara–

Banglo Exco Yang Pernah Seorang Ahli PKR Ditemui Separuh Bogel Dan Tidak Sedar Diri Ditegur oleh Ketua Audit Negara

Di atas ialah sebahagian dari unit-unit banglo di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Kompleks perumahan berkenaan telah siap dibina dan diduduki oleh anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Namun selepas PR mengambilalih pemerintahan, mereka dengan angkuh tidak mahu anggota exco kerajaan PR menduduki di kompleks perumahan berkenaan.

Sebaliknya, kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan pusat perkaderan PKR, hinggalah tercetusnya kegemparan apabila seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin cawangan PKR ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedar diri, dipercayai terjatuh dari tingkat satu, salah sebuah unit banglo di dalam kompleks perumahan berkenaan. [Laporan baca SINI].

Malahan ada cakap-cakap yang mengatakan ia berpunca dengan pengaruh bahan yang memabukkan.

Berbalik kepada isu kompleks perumahan berkenaan, tindakan dangkal oleh kerajaan PR Selangor yang enggan menduduki di unit-unit banglo berkenaan, akhirnya ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2013.

Penemuan audit yang dibangkitkan oleh laporan berkenaan ialah Kerajaan Selangor tidak mendapat ‘value for money’, ekoran kegagalan memanfaatkan kompleks yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Laporan itu turut mendedah sejumlah RM6.24 juta dibelanjakan oleh kerajaan PR sepanjang 5 tahun pertama pemerintahan mereka, yang akhirnya menyaksikan hasilnya hanyalah penemuan seoarang aktivis PKR ditemui pengsan dan separuh bogel terjatuh dari tingkat satu banglo di kompleks berkenaan!

Laporan KAN 2013 boleh dibaca SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Muafakat Cara Terbaik Bina Negara – Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR: Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

razali-ibrahim-muar-johor-umno-bn

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

“Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

“Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab,” katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.

Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.

“Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class,” katanya.

Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.

Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Dua lawatan dan 2 MOU ditandatangani @IsmailSabri60 #DSIS dengan 2 negara

Walaupun mengikuti rombongan Perdana Menteri atas urusan lain,kesempatan yang ada dimanafaatkan Menteri MOA DS Ismail Sabri Yaakob untuk memertai dua Perjanjian Persafahaman dengan Filipina sebelum ini dan terbaru negara Veitnam dalam hubungan dua hala yang melibatkan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam dan juga Filipina sebelum ini.

Sikap begini haruslah dipuji dan harus dicontohi Menteri Menteri yang lain bila berkesempatan mengikuti rombongan Perdana Menteri walaupun bukan berbentuk lawatan resmi perdagangan.Jangan asyik duk mengekor bontot PM sekadar pergi makan angin dan shopping je…
Dalam lawatan itu juga DS Ismail Sabri sempat menyentuh langkah langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan pengeluaran beras negara mampu mencapai tahap optima saperti yang dilaporkan Bernama dibawah ini :

HANOI – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan optimis sasaran untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa program penanaman padi.

Pada masa ini sebanyak 30 peratus keperluan beras negara masih ditampung menerusi import, dan Vietnam merupakan negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, iaitu sebanyak 658,120 tan metrik beras dengan nilai RM812 juta pada tahun lepas, katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Cao Duc Phat.

Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.

Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran
teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.

Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.

“Walaupun kita ke arah sara diri (mengeluarkan beras untuk kegunaan sendiri sepenuhnya) tetapi dari segi import beras tidak menunjukkan pengurangan, misalnya pada 2012 jumlah import beras kita adalah 983,000 metrik tan tetapi pada 2013 meningkat kepada 1.1 juta metrik tan.

“Ini satu trend yang tidak memberangsangkan kerana sepatutnya jika kita ke arah sara diri kita mesti ada penurunan setiap tahun dari segi import beras ini,” katanya .

Beliau berkata walau bagaimanapun dengan pelaksanaan program berkaitan penanaman padi, selain menggalakkan petani menjalankan penanaman secara efisen diharapkan dapat mengurangkan pengimportan beras dari luar negara.

Katanya, selain itu kementerian itu telah memperkenalkan benih padi yang lebih bermutu tinggi untuk diusahakan petani, serta mencari kaedah mengurangkan kerugian petani selepas penuaian. – BERNAMA
Aku Peduli Apa @ APA
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

KUALA LUMPUR 8 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa pergerakan itu tidak bersuara mengenai polemik isu klip video sempena Tahun Baharu Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok.

Menurut beliau Pemuda Wilayah Persekutuan antara yang pertama membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sewajarnya polemik tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlarutan.

“Secara peribadi ‘bad comedy’……Sepatutnya beliau tidak merakamkan video seperti itu dan bagi saya tindakan untuk minta supaya dia ditampar dan diberikan tawaran wang ringgit untuk ditampar itu pun keterlaluan juga. Ye betul ramai marah…..dua-dua pun salah. Dalam masa yang sama, Pemuda Wilayah antara yang pertama buat laporan polis. Kalau kata Pemuda tak menyuarakan pun tak betul.

“Ramai yang dah buat laporan polis…kenalah beri penjelasan. Kalau tak benda ini akan berlarutan. Benda ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Bagi jawapan apa hasil siasatan…jelaskan supaya kita tahu. Sampai tahap ada orang nak ‘sepok’ Teresa, saya tidak setuju….tidak mencerminkan agama Islam dan budaya Melayu. Kalau tanya saya, Teresa Kok punya Video pun tak betul, yang nak buat benda tu pun tak betul. Dua-dua tak betul.,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Nasional bertemakan ‘Mengupayakan Generasi Malaysia’ di sini hari ini.

Lebih 700 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara serta para belia lain menyertai simposium berkenaan yang kali kedua diadakan. Kali pertama diadakan pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penamaan calon bagi 119 kerusi Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata 200,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi dan proses pengundian itu akan berlangsung selama seminggu.

“Persidangan pertama PBM dijangka diadakan pada April. Saya harap ramai calon akan bertanding, terutama belia yang tidak pernah terlibat dengan sebarang persatuan. Gunakan medium ini untuk membentuk kepimpinan,” katanya.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

19 Januari: Negara Jepun dikejutkan dengan kehadiran adiwira baru di Lapangan Terbang Narita hari ini. Adiwira tersebut yang terkenal dengan kuasa anti arsenik dan kuasa kebal skandal hanya dikenali dengan nama Ultraman BlakangTaro. Pihak imigresen Jepun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kyusyu terpaksa menafikan kemasukan adiwira baru tersebut dengan DUA alasan iaitu:

1) Jepun sudah pun mempunyai begitu banyak Ultraman, termasuklah dari kelompok adik beradik Taro dan kemasukan Ultraman yang baru ini bakal menjadikan negara pulau tersebut semakin sesak; dan

2) Ultraman BlakangTaro ini dikesan mempunyai Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

Ultraman BlakangTaro telah selamat dihantar pulang semula hari ini – TokyoKini

image

Pisau kata ” depa dah tuduh Jepun subahat dengan umno kekekek”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

Semangat Hijrah Beri Momentum Berganda Kepada Transformasi Negara – Najib

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara Islam, kerajaan sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Nabi Muhammad S.A.W. bagi memberikan momentum berganda untuk terus melakukan transformasi dan islah buat negara.

Perdana Menteri berkata Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah.

“Sasaran menjadi negara Islam maju, progresif dan berpendapatan tinggi ini adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntut kita untuk menjadi satu umat yang wasatiyyah, adil dan terbaik.

“Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan agama hidup berharmoni, mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan bumi bertuah ini untuk kita kecapi bersama dengan sepenuh kesyukuran,” kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata sambutan Maal Hijrah setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kerana dengan melakukan hijrah bersifat semasa, ia mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi.

Perdana Menteri berkata dalam pengertian Hijrah yang lebih luas, kerajaan tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah s.w.t demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Najib berkata selaras dengan semangat Hijrah, Bajet 2014 yang dibentangkan baru-baru ini juga dirangka untuk terus mengislah ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji-janji kepada rakyat.

Beliau berkata melalui pelaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah dilancarkan, negara kini terus berkembang dan mendapat pengiktirafan Bank Dunia apabila Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam berbanding tempat ke-12 tahun lepas.

“Peningkatan ketara ini sekali gus membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan bagi mentransformasikan negara dan ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang telah dilakukan di dalam negara.

“Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh apabila menjadi satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik,” katanya.

Memetik firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”, Najib berkata semangat hijrah akan melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini akan menjadi lebih baik dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya.

“Di kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan agar sambutan Maal Hijrah 1435H bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia, seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

UMNO Online
Source Blog

Allah Gerakkan Hati Saya Untuk Terus Yakin Dan Percaya Dengan Kemampuan BN Memerintah Negara– Adam AF

YAN, 2 Okt – Artis terkenal tanahair, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman secara terbuka mengakui bahawa beliau sememangnya sejak dari dulu menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) di mana bagi beliau, setakat ini BN telah berjaya membuktikan kemampuan untuk membawa kemajuan serta mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.

Menurut beliau ketika ditemui di program santai bersama pengundi di Sungai Dedap, Kedah, dalam memilih untuk menyertai parti politik, ia sebenarnya terpulang kepada pemikiran dan penerimaan masing-masing.

“Alhamdulillah, saya sejak dari dulu hingga sekarang sememangnya menyokong BN. Allah gerakkan hati saya untuk memilih BN sebagai pentadbir di negara ini. Tapi bagi saya tidak ada masalah, jika ada yang berlainan pendapat dengan saya.

“Apa yang membuatkan saya tetap bersama BN adalah kerana kepercayaan dan keyakinan saya terhadap kepimpinan BN dari dulu, hinggalah kini di zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bagi BN berjaya membawa keharmonian dan keamanan dari pelbagai sudut khususnya dari sudut agama yang bagi saya begitu berharga dan sebagai rakyat di negara ini, saya amat beryukur di atas pemberian Allah itu,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau juga tidak bersetuju dengan sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO dan BN tidak islamik dalam menjalankan pemerintahan di negara ini.

“UMNO secara jelas merupakan sebuah parti orang-orang Melayu yang secara puratanya beragama Islam. Apabila ada pihak yang mendakwa UMNO bukan parti Islam, itu sangat saya tidak setuju. Kita tidak boleh menghukum secara pukal sesebuah parti itu tidak Islamik hanya kerana wujud segelintir individu yang dilihat kurang Islamik atau bukan Islam.

“Kita tidak boleh menilai sesuatu yang pemikiran yang taksub. Apabila kita taksub, ia membuatkan penilaian kita jadi tidak rasional serta berat sebelah, dan mula menuduh pihak lain tidak betul dan sebagainya. Bagi saya, Islam itu sangat luas. Ia meliputi segala segi dari sudut ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Kita tidak boleh lihat hanya dari satu sudut saja,” ujarnya.

Sebagai umat Islam katanya lagi, kita mestilah mendoakan kebaikan kepada pemimpin negara dan bukannya bertindak mengeji dan mencerca kepimpinan tertinggi negara sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak hari ini.

“Kita semua sudah sedia maklum ada pihak yang dulunya mendoakan kehancuran BN dan sebagainya, tetapi Alhamdulillah setakat ini BN masih lagi Allah kekalkan sebagai pemerintah di negara ini. Ini semua kerja Allah.

“Bagi saya, kita sesama Islam tidak perlulah mendoakan kehancuran sesama kita.Saya nasihatkan kepada semua khususnya pada diri saya sendiri, agar sentiasa menjaga tutur kata dan sekiranya kita tidak setuju dengan apa juga perkara, janganlah kita memaki hamun dan mendoakan kehancuran sesama kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

“Tetapi sudah tentulah, kerajaan di mana-mana pelusuk dunia sekalipun tidak akan ada kesempurnaan dalam pemerintahan mereka. Tetapi kita sebagai umat Islam, kita perlulah mendoakan pemimpin kita agar sentiasa diberi pentunjuk dan hidayah oleh Allah agar diberikan kebaikan, di mana kebaikan seorang pemimpin itu akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat dan negara,” akhirinya. – MediaUMNO

UMNO Online
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.