Umno Blogger Directory

Saman

ANWAR ANGIN SELURUH BADAN BILA PAPA GOMO HANYA MAMPU BAYAR RM100 SEBULAN SAMAN ANWAR TERHADAPNYA….HUHUHUHU!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

ANGIN…dah tentu angin si Nuar tu. Apa tidaknya. Berangan-angan untuk dapat RM100 juta samannya terhadap blogger Papa Gomo, tapi di hadiahkan oleh Mahkamah RM800 ribu sahaja. Tapi, khabar yang tidak berpihak kepadanya apabila Papa Gomo akan merayu di Mahkamah untuk membayar saman Anwar tersebut sebanyak RM100 sebulan. Alasan, kerana beliau hanyalah seorang nelayan buat masa ini. jadi, mana mungkin beliau dapat bayar RM800 ratus ribu sekali gus. Alahai Nuar, ko dah banyak duit. Apa le dengan RM800 ratus ribu tu, betul tak? :

PENGENDALI blog Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini memberitahu mahkamah beliau kini seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai pampasan setelah di sabit kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Azri untuk mendapatkan persetujuan Anwar sendiri terhadap bayaran pampasan RM800,000 itu.“Saya cuba mohon dengan Mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata Wan Muhammad Azri kepada pemberita di luar Mahkamah. Beliau dalam pada itu turut memaklumkan beliau sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

 IMBAS KEMBALI
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri. Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan. Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan. Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Mengikut Papa Gomo, kononnya ada lagi video yang membabitkan si Nuar Brahim tu. Nak dedah jugak ke? Lantak ko Papa Gomo asalkan ko bahagia dan Nuar Brahim masuk ke Sg Buloh. Aman Malaysia ni. Wasallam ~ IBM

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah

Bebal betul Majlis Peguam …layak dipanggil BEBAL COUNCIL

Ini mesti kes dah terlalu banyak alcohol dalam badan. Maklumlah mereka ini majlis bar yang jual arak. Langsung otak pun tak berapa jelas berfikir.
Anwar tak ditegur nak saman media dari tanya soalan saja tapi Najib ditegur sebab saman pemfitnah. Hmmm … baca Cucu Tok Selampit berikut:

Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.

“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong. – Sumber: Malaysiakini.

Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat ‘bias’ dan bersikap ‘double standard’ ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.

Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?

Kalau macam begini otak Majlis Peguam, ia bermakna pembangkang boleh menipu tapi tak boleh disaman. Kerajaan boleh difitnah tapi tak boleh betulkan diri sendiri.

Kata hak asasi manusia tapi PM tak ada ke hak asasi?

Apa punya gila lojik Majlis Peguam? Mereka ni terlalu lama di Bar hingga hilang akal ke?

theunspinners.blogspot.com

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Isu Saman : Patutkah Presiden Pas Dibiar Terkontang Kanting?

KUALA LUMPUR 3 April – Pimpinan Pas hari ini patut dipersoalkan apabila seperti tidak berdaya untuk melakukan sesuatu bagi mempertahankan presiden mereka berhubung isu saman RM2 juta yang gagal mencapai kompromi meskipun membabitkan rakan pakatan mereka.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Mohd Azmir Youzaimi Mohd Yunos isu saman RM2 juta ini sepatutnya mampu diselesaikan terutama jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Pembangkang sendiri kononnya boleh memujuk bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin untuk menarik balik saman tersebut.

Tegas beliau lagi pimpinan Pas sepatutnya membuat satu desakan kuat untuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR untuk mengarahkan ahli parti itu menghormati Presiden Pas

“Jika kita melihat dan memperhalusi isu ini secara mendalam, macam ada sesuatu yang tidak kena antara mereka di kalangan pimpinan pembangkang tersebut.

“Secara logiknya amat mustahil perkara berkenaan tidak dapat diselesaikan sesama sendiri. Yang saman ahli PKR… apakah Anwar selaku Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR begitu lemah untuk menasihatkan ahlinya menarik balik saman. Seperkara lagi mana suara panglima-panglima Pas hingga presiden mereka terkontang kanting berdepan isu ini “, katanya kepada UMNO-online, di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.

Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.

Ustaz Azmir yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO seterusnya percaya isu berkenaan akan menjadi kudis kepada hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

“Mana Presiden Pas nak letak muka…mana penyokong serta pendokong mereka nak letak muka.Perkara ini menjadi bualan sesama mereka.. tak mungkin mereka tiada perasaan langsung,” soalnya.

Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

BICARA KES SAMAN ANWAR – KHAIRY DITETAPKAN 9 – 11 JUN DEPAN

ISNIN, 03 MARCH 2014

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 9 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan J. Leela mewakili Anwar, dan peguam Jeffery John mewakili Khairy. Mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun untuk perbicaraan manakala 27 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.
Pada 25 November tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Khairy bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan)terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober tahun lepas, yang menolak permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pembelaannya dalam kes saman tersebut. - BERNAMA
P/S ~ Tak habis-habis kes saman si ‘sesumpah’ ni. Dah tak ada duit le tu. Selesai kes saman Papagomo, menang le sikit, kini saman KJ pulak. Boleh menang ke? KJ, jangan give-up. Lawan tetap lawan. Hehehehe…bagi semangat kat KJ. Insyallah, terlungkup sesumpah ni. Wasallam ~ IBM
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kes Saman Terhadap Hadi Awang Tidak Jejas Imej PAS

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menganggap saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu. Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Isu Saman RM2 Juta Bakal Ubah Skrip Pas Di Kajang

KUALA LUMPUR 27 Feb – Sudahlah bakal melepas jawatan Menteri Besar Selangor, kini Presiden Pas pula dikenakan saman RM2 juta… inilah yang dikatakan nasib Lebai Malang dan inilah juga nilai sebenar Pas di sisi pakatan pembangkang.

Merumus keadaan itu Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata Pas jelas dipermainkan sekutunya meskipun mempunyai jumlah kerusi yang besar di Selangor selain jentera parti yang mantap berbanding PKR dan DAP.

Menurut beliau di kalangan pimpinan Pas sendiri termasuklah di akar umbi terutamanya semakin sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang

“Sebab itu kita melihat Pas akan terus berputih mata kerana sikap mereka yang masih kurang cerdik dengan permainan politik rakan pakatan mereka.

“Ada kemungkinan mereka sedar dengan permainan politik rakan pakatan mereka tetapi mereka tidak jumpa jalan untuk melepaskan diri dari jerat yang telah mengikat mereka,” katanya  di sini, hari ini.

Beliau seterusnya percaya Pas sedar mereka dilayan sebagai penumpang di dalam pakatan pembangkang namun mereka masih menyimpan harapan mampu bermain padang yang setakat ini tidak menyebelahi mereka.

“Kita yakin drama Kajang sebagai satu lagi ujian penting buat Pas.  Berdasarkan beberapa kenyataan Pas sebelum ini berhubung Projek Kajang ini kita percaya Pas juga telah mempunyai skrip dan strategi mereka sendiri.  Perlu diingat bahawa Pas berulang kali menyatakan mereka hanya berminat dalam pilihan raya kecil DUN Kajang tetapi sama sekali tidak mahu menyentuh soal jawatan Menteri Besar.

“Isu terbaru saman RM2 juta ini bolehlah kita sifatkan sebagai sebahagian daripada skrip yang akan diambil kira Pas dalam merencanakan gerakan mereka di Kajang. Kita tunggu dan lihat,” ujarnya. 

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Saman Menanti Rafizi Kerana Fitnah Syabas. Padan Muka!!!

JUMAAT, 21 FEBRUARI 2014

KERJANYA tak habis-habis menfitnah orang. Nama je Pengarah Strategik, hasilnya tak nampak apapun, tapi penuh dengan fitnah. Padan mukanya apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengemukakan saman terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai pencemaran “ammonia” di Sungai Langat baru-baru ini. Menurut Syabas, tugas mengawal kadar ammonia di sungai dan empangan Selangor merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Menurut jurucakap dari Syabas segala kenyataan daripada Rafizi itu adalah tidak tepat dan tidak berasaskan. Ekoran dari itu, Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi kerana fitnah terhadap Syabas adalah tidak benar. Sebelum ini, Rafizi menyelar Syabas berikutan gagal menaiktaraf fasiliti dan menyebabkan gangguan bekalan air pada musim panas bulan ini. Tak ada kerja lain ke si mamat PKR seko ni?

Dah le tu berlagak pulak macam seorang pakar air  mendakwa cuaca kering menyebabkan kadar ammonia di dalam air mentah meningkat dan loji rawatan air Syabas tidak mempunyai peralatan secukupnya bagi menangani masalah tersebut. Tambah beliau, ianya mengakibatkan loji Batu 11, Cheras dab Bukit Tampoi, Dengkil, ditutup. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahadzir Khalid telah mengesahkan kedua-dua loji rawatan air itu ditutup sejak 28 Januari lalu.

Kadang-kadang IBM hairan melihat telatah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ni. Kerja yang sepatutnya mereka buat atau selesaikan tidak mereka lakukan. Sebaliknya kerja mereka hanya mencari kesalahan orang. Nak jadi hero le konon. Begitu jugalah dengan Pengarah Strategik PKR ni. Bidang air ni bukan bidangnya. Tanpa selidik atau bertanya perkara sebenarnya, beliau terus membuat statement di dalam akhbar yang mana statmentnya adalah berupa fitnah. Maka, akan menyusulah saman dari Syabas. Padan muka. See you in court Wasallam.
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Dulu Saman Berjuta, Kenapa Sekarang Dikatakan Satira Politik?

Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.

teresa-kok-video-hina-sindir-dap-rasis-pm-kerajaan-onederful-tahun-baru-raya-cina-2014

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire” (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang menariknya isu yang hampir sama ini, pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.

Artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.

Selain daripada itu, dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.

Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah. Semoga dengan tindakan itu, tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

isuhot.com

UMNO Online
Source Blog

Mat Sabu Mahu Saman Zahid, Enggan Komen Tentang Syiah

17 DIS: Walaupun sudah ambil keputusan menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi keenggannya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengiyakan atau menafikan dakwaan beliau berfahaman Syiah terus jadi tanda tanya. Dalam sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa, Mohamad atau Mat Sabu enggan membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu. Sebaliknya anak guam beliau Hanipa Maidin [...]
AIDC
Source Blog

September 2014
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.