Umno Blogger Directory

Isu Saman RM2 Juta Bakal Ubah Skrip Pas Di Kajang

KUALA LUMPUR 27 Feb – Sudahlah bakal melepas jawatan Menteri Besar Selangor, kini Presiden Pas pula dikenakan saman RM2 juta… inilah yang dikatakan nasib Lebai Malang dan inilah juga nilai sebenar Pas di sisi pakatan pembangkang.

Merumus keadaan itu Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata Pas jelas dipermainkan sekutunya meskipun mempunyai jumlah kerusi yang besar di Selangor selain jentera parti yang mantap berbanding PKR dan DAP.

Menurut beliau di kalangan pimpinan Pas sendiri termasuklah di akar umbi terutamanya semakin sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang

“Sebab itu kita melihat Pas akan terus berputih mata kerana sikap mereka yang masih kurang cerdik dengan permainan politik rakan pakatan mereka.

“Ada kemungkinan mereka sedar dengan permainan politik rakan pakatan mereka tetapi mereka tidak jumpa jalan untuk melepaskan diri dari jerat yang telah mengikat mereka,” katanya  di sini, hari ini.

Beliau seterusnya percaya Pas sedar mereka dilayan sebagai penumpang di dalam pakatan pembangkang namun mereka masih menyimpan harapan mampu bermain padang yang setakat ini tidak menyebelahi mereka.

“Kita yakin drama Kajang sebagai satu lagi ujian penting buat Pas.  Berdasarkan beberapa kenyataan Pas sebelum ini berhubung Projek Kajang ini kita percaya Pas juga telah mempunyai skrip dan strategi mereka sendiri.  Perlu diingat bahawa Pas berulang kali menyatakan mereka hanya berminat dalam pilihan raya kecil DUN Kajang tetapi sama sekali tidak mahu menyentuh soal jawatan Menteri Besar.

“Isu terbaru saman RM2 juta ini bolehlah kita sifatkan sebagai sebahagian daripada skrip yang akan diambil kira Pas dalam merencanakan gerakan mereka di Kajang. Kita tunggu dan lihat,” ujarnya. 

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.