Umno Blogger Directory

UMNO

PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO

“Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,” Nik Aziz (1 Oktober 2010)

Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.
AKAR UMBI
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Wanita UMNO Kudat usul tambah satu kerusi wanita jawatan Naib Presiden

UMNO general assembly 2012

KOTA KINABALU, 25 Ogos: Perwakilan Wanita Umno Kudat mengusulkan satu kerusi tambahan bagi jawatan Naib Presiden Umno dan Naib Ketua Umno Bahagian diberikan kepada anggota sayap itu.

Ketua Wanitanya, Datuk Aminah Ambrose berkata pihaknya merasakan keperluan wakil Wanita di peringkat kepimpinan tertinggi bagi memastikan suara wanita didengar berikutan jumlah pertambahan keanggotaan sayap berkenaan.

“Untuk kita melakukan satu perubahan, transformasi bukan sesuatu yang mudah tetapi kita mencuba. Kita bukan menidakkan hak kaum lelaki, kita cuma meminta sedikit kelebihan untuk kaum wanita,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Wanita Umno Kudat turut mengusulkan bilangan senator dalam kalangan Wanita Umno di Sabah ditambah daripada satu kepada dua selain meminta pertambahan calon wanita dalam pilihan raya umum sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Menurutnya, pergerakan itu berpendapat usul itu sesuai dengan hasrat Wanita Umno untuk membangunkan wanita bagi mencapai 30 peratus golongan itu dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara.

“Ia bersesuaian dengan keanggotaan Wanita Umno yang berjumlah 1.3 juta orang selain pengiktirafan Wanita Umno sebagai tulang belakang parti,” katanya.

 

Sumber – BERNAMA

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Ulang tahun UMNO kukuhkan parti

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pembaharuan tekad dalam kalangan ahli untuk memperkukuh UMNO mengikut peredaran zaman seharusnya menjadi agenda utama parti itu yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-68 pada Ahad ini.

Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan, semua ahli wajar mempertingkatkan semangat dan daya juang mereka ke arah memperkasakan parti terbesar orang Melayu itu terutama dalam mendepani pelbagai cabaran pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin berkata, kualiti ahli merupakan antara aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan UMNO.

“Kita perlu mempunyai ahli yang mampu membuatkan parti ini terus relevan dan sesuai dengan peredaran zaman,” katanya seperti dipetik menerusi wawancara bersama Media UMNO di www.umno-online.my hari ini.ulangtahun UMNO

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peringkat akar umbi UMNO sebagai tunjang kekuatan parti itu perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi cabaran mendatang.

Beliau berkata, komitmen peringkat berkenaan dapat memastikan kekuatan UMNO terus dipertahankan.

“Bersempena hari ulang tahun UMNO, marilah kita bersatu dan bekerja lebih kuat untuk memastikan parti bertuah ini terus diperkasakan,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula menyeru seluruh lapisan parti berkenaan memperbaharui tekad kerana keadaan politik pada masa ini berbeza daripada dahulu.

“Kita mesti mencari jalan berhubung kaedah-kaedah untuk mengukuhkan parti dan yang penting memahami apakah masalah dihadapi sekarang supaya boleh mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Pandangan sama disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyeru kepada seluruh kepimpinan, ahli dan pendokong UMNO supaya menjadikan ulang tahun ke-68 parti itu sebagai medan memperkukuh serta meningkatkan keupayaan parti sebagai pembela rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan ahli dan kepimpinan parti agar tidak leka dengan segala kejayaan yang dicapai bersama UMNO dalam membangunkan negara ini.

“Kita tidak boleh menganggap kejayaan ini boleh kekal lama jika tiada usaha untuk mengekalkannya. Justeru, kita perlu mempertingkatkan perpaduan dalam kalangan ahli selain berusaha mengukuhkan parti,” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, dalam usia menjangkau 68 tahun, banyak sumbangan ahli dan pemimpin UMNO dalam memastikan tradisi membela rakyat, namun perubahan sikap juga perlu dilakukan demi kebaikan parti berkenaan.

“Kita tidak mahu lagi ada ‘cah keting’ sesama ahli, perasaan dengki atau tikam dari belakang. Ini perlu dilihat daripada skala yang besar iaitu untuk masa hadapan,” katanya yang turut dipetik dalam laman portal berkenaan baru-baru ini.

 


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Puteri UMNO sasar 800,000 anggota menjelang 2018

ALOR GAJAH 3 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini. Ketuanya, Mas Ermieyati…
Utusan Online – Politik
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Khalid buka dengan mesra sama UMNO, Ada apa-apa ke?

Khalid dapat sokongan PAS dalam DUN Selangor. Tiba-tiba berbuka dengan PM semalam ….

Parpukari bertanya:

Ini program BN dimana PM turun dan seperti korang tengok Khalid Ibrahim turut serta bersama PM di Masjid Bukit Jelutong.
Apakah isyarat ini? Dengar cerita pergolakan dalaman PKR semakin memuncak. Gesaan utk Khalid meletakkan jawatan semakin kuat.
Apakah Khalid Ibrahim mempunyai perancangan beliau tersendiri? Seperti yang telah aku katakan sebelum ini aku memang menyokong penuh agar Khalid Ibrahim terus kekal sebagai MB Selangor.

Pasti pembangkang dah mula sumah seranah:

Jumaat, 11 Julai 2014

HARAM JADAH PUNYA KHALID IBRAHIM

Petang tadi YAB Perdana Menteri meluangkan masa untuk sama sama berbuka puasa di Bukit Jelutong Shah Alam yang juga disertai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walaupun berbeza pandangan politik,  tapi jelas dalam kemesraan yang kita lihat, Khalid Ibrahim lebih mesra dilayan oleh pemimpin Barisan Nasional sementara dalam pakatan sendiri pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau tambahan pula kini kerusi Menteri Besar sedang panas direbut oleh pemimpin pakatan sendiri.

Desas desus yang mengatakan bahawa Khalid akan disingkirkan nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila ada penganalisa politik tanah air mula mengatakan bahawa satu undi tidak percaya akan diusulkan kepada Khalid ekoran ketidak relaan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Khalid pula baru baru ini seolah olah mencabar PKR dengan mengatakan bahawa beliau sanggup berperang demi untuk mempertahankan jawatan yang beliau sandang kini sebagai CEO negeri Selangor.

Dengan kelihatan gambar keakraban Khalid bersama Perdana Menteri serta pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor sudah pasti ayat yang keluar dari pemimpin kanan atau tertinggi PKR akan mengatakan “HARAM JADAH PUNYA KHALID”.

Ayat ini biasa kita dengar daripada Anwar apabila beliau tidak berkenan dengan seseorang atau sesuatu perkara.

Walaupun Khalid menjadi pemimpin kerajaan negeri dan beliau dari parti pembangkang di Malaysia itu tidak bermakna Khalid di pinggirkan dan Sangkakala dengar tadi sudah ada kenyataan dari Perdana Menteri sendiri bahawa beliau boleh bekerjasama dengan Khalid.

Apa maksud kerjasama yang dinyatakan tu? Adakah ianya akan menjadi satu titik tolak persefahaman diantara Khalid dengan kepimpinan negeri Selangor?

Kita nantikan dan tunggu apa yang bakal berlaku.
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

UMNO Lakukan Penilaian KPI Hujung Tahun Ini

KOTA BAHARU, 5 Julai – UMNO akan melakukan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat bagi mengetahui pencapaian sebenar parti
itu di seluruh negara akhir tahun ini. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penilaian itu juga bagi mendapatkan gambaran sebenar hala tuju Umno selain menaik taraf parti berkenaan terutama dalam menghadapi era masa kini.

“Sekarang belum buat penilaian lagi kerana ia dilakukan oleh orang ketiga dan barangkali akan dilakukan akhir tahun ini.

“Penilaian melibatkan perhubungan negeri, bahagian dan cawangan dan terhadap perjalanan serta aktiviti parti dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat KPI UMNO di Bangunan UMNO Negeri di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Tindakan ini patut kita lakukan kerana kita lihat bahawa dunia sekarang berubah dan pemikiran rakyat serta ahli parti pun berubah, jadi kita terpaksa lakukan sedikit perubahan demi kebaikan parti.

“Penilaian bukan diadakan untuk menghukum orang tertentu tetapi ia sebenarnya satu kaedah untuk kita beri pandangan dan membawa kebaikan kepada parti,” kata Tengku Adnan.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO meluluskan KPI bagi memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota Majlis Tertinggi (MT) akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian, manakala ketua bahagian ditugaskanmemantau KPI cawangan.

Selain itu, Tengku Adnan berkata setiap bahagian dan cawangan UMNO diperingkat negeri disarankan mewujudkan biro-biro yang sama seperti di peringkat
MT.-MediaUMNO

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kota Kinabalu Puteri UMNO Organises ‘We Care’ Programme

KOTA KINABALU, June 16 – For the first time the Puteri UMNO Kota Kinabalu division held a ‘Puteri Prihatin’ (Puteri Cares) programme to help teachers and pupils from the basic Al-Quran and Fardhu Ain (Kafa) classes in Kampung Cenderakasih, Kolombong, near here.

The division’s Puteri chief, Salmi Sarinoh, together with Kota Kinabalu Puteri UMNO committee members set out to repair, clean and paint the Kafa building and clean the An Nur Mosque compound with the help of Cenderakasih villagers from 8 am.

Salmi, who is also Sabah Puteri UMNO Treasurer, said the movement had always worked closely with the public via such programmes to bridge the gap between the party and the people.

“This programme will also foster the spirit of volunteerism particularly among Puteri members and be a model for other communities,” she said in a statement here today.

At the event, Kota Kinabalu Wanita UMNO deputy chief, Datuk Fatimah Sahra Mohd Noor contributed five wall fans to the Kafa classes.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda UMNO Dan NGO Di P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Rayer

NIBONG TEBAL, 27 Mei – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

Antara yang membuat laporan polis itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pemuda UMNO Balik Pulau, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Balik Pulau dan Nibong Tebal, Majlis Belia Barat Daya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Barat Daya dan Pekida Barat Daya.

Ketua Pemuda Nibong Tebal Norheisham Ismail berkata pihaknya mahu polis mengggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menyiasat Rayer yang dalam ceramahnya semasa berkempen untuk calon DAP Ramkarpal Singh Deo berulang kali menghasut rakyat dengan menyebut ‘UMNO Celaka’.

“Ungkapan biadab dan kurang ajar Rayer itu menyebabkan 3 juta anggota UMNO di seluruh negara marah,” katanya selepas membuat laporan
polis itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau Hisham Abdul Hamid berkata pihaknya  mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Adun berkenaan kerana kenyataannya itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara serta dengan sengaja membuat provokasi.

“Kami desak Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf…jika beliau gagal berbuat demikian, Pemuda UMNO sedia menghadapi apa sahaja untuk parti keramat milik orang Melayu ini,” katanya.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ULANG TAHUN UMNO KE-68 DISAMBUT SEDERHANA, TAPI BERMAKNA

ISNIN, 12 MAY 2014

Majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini berlangsung secara sederhana tetapi penuh bermakna. Ini kerana UMNO antara sebilangan kecil parti di dunia yang masih utuh bertahan dan menjadi pilihan utama orang Melayu untuk berpaut walaupun usianya sudah melewati 60 tahun. Walaupun pernah dilanda ma­salah hingga diharamkan pada 1988, diikuti pemecatan timbalan presidennya pada 1998 dan dilanda tsunami politik pada 2008, UMNO bangkit menjadi lebih gagah. Hakikat itu terbukti apabila pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, UMNO menang 89 kerusi Parlimen iaitu peningkatan 10 kawasan berbanding 79 kerusi pada pilihan raya umum sebelumnya. Namun kini, cabaran getir yang harus didepani UMNO ialah bagaimana untuk menangani perpecahan orang Melayu selain kebiadapan pihak tertentu yang berani mempertikaikan Perlembagaan.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib, tahlil, bacaan Yasin, doa kesyukuran dan solat Isyak yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di­iringi barisan kepimpinan UMNO berarak memasuki dewan bagi memulakan upacara sambutan. Di dalam dewan, acara dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat serta upacara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa. Majlis kemudian diteruskan pula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Jamil Khir diikuti dengan upacara memotong pulut kuning menandakan rasminya majlis sambutan Ulang Tahun Ke-68.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta kesemua ketua sayap parti. Selain itu, beberapa pemimpin parti Barisan Nasional (BN) antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel turut sama memeriahkan majlis. Pada majlis yang sama, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang bagi kate­gori lelaki kepada tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari yang juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Turut menerima anugerah sama tetapi bagi kategori wanita ialah wanita Melayu pertama bergelar doktor perubatan, Tan Sri Dr. Salma Ismail. Hassan diberi pengiktirafan itu atas sumbangan beliau dalam bidang keagamaan sehingga pernah menerima Tokoh Maal Hijrah 2002 manakala Dr. Salma pula kerana sumbangannya dalam bidang perubatan. Teruskan perjuangan mu wahai UMNO. Perjuangan kita masih belum selesai. Hidup UMNO!! Wasallam ~ IBM [Ehsan dari : UtusanOnline]
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

“SUPERKUNSA UMNO” @NajibRazak

SAMAN????
Mana ada orang takut sebab lu orang berdua PAKAR KAUTIM?
Mintak maaf kira setel lah…
Jadi gua pun tak berapa nak takut…

Aku Peduli Apa @ APA
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pemuda UMNO Tanjong Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

GEORGE TOWN, 21 April – Pemuda UMNO bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap naib presiden PKR N.Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.

Laporan itu dibuat Naib Ketuanya Mohd Yusmadi Mohd Yusof di Balai Polis Lebuh Pantai di sini. Beliau diiringi kira-kira 10 anggota Pemuda UMNO bahagian Tanjong dan Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) Pulau Pinang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Yusmadi berkata  polis perlu menyiasat kenyataan Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai yang seolah-olah memperlekeh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 19 April lepas, sebuah portal berita menyiarkan kenyataan Surendran yang menyifatkan penghakiman mahkamah rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes liwat itu sebagai “bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)”.

“Tindakan Surendran itu seolah-olah memperlekehkan keputusan mahkamah rayuan dan menghasut rakyat untuk marah dan benci kepada sistem kehakiman negara,” kata Mohd Yusmadi.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MEMPERGUNAKAN UMNO

Kami didalam Watchers Group sebenarnya percaya bahawa sistem demokrasi, sosialis, komunis, kapitalis dan lain-lain ideologi kenegaraan yang wujud masa kini akan digantikan oleh sistem khalifah Islam suatu masa nanti kerana itulah yangtermaktub dalam jadual kejadian akhir zaman.

Malahan saya pun berpendapat bahawa kesemua parti politik di Malaysia termasuk UMNO dan PAS akan lenyap juga suatu masa nanti iaitu apabila kesemua orang melayu akhirnya bersatu di bawah panji hitam.(InsyaAllah).

Itu persoalan yang saya yakin pasti akan berlaku di masa akan datang apabila sistem khalifah tersyiar semula di seluruh duniaselepas kemenangan Imam Mahadi menumpaskan As-Sufyani.

Tapi kata kunci nya di sini ialah semua itu akan berlaku di MASA AKAN DATANG.. Iaitu mudah-mudahan ketika anak-anak kecil dizaman kita telah membesar. Mudah-mudahan mereka akan menikmati masa depan yang gemilang, akidah yang cemerlang dan hidup aman makmur di bawah khalifah Islam itu.

Cuma kita perlulah pula memikirkan apa sumbangan kita kepada anak-anak kita.

Jika anda yakin NWO bakal tiba, jika anda yakin As-Sufyani bakal menjelma dan jika anda yakin bahawa pilihanraya ini adalah pilihanraya dalam konteks akhir zaman, maka tidak dapat tidak kita harus menerima hakikat bahawa sehingga sampai masanya Imam Mahadi dibaiah’kan maka masa depan mendatang ini akan menjadi agak suram.

Di dunia arab sudah berlaku kebanjiran darah di merata-rata, di seluruh dunia ekonomi semakin tenat, matahari yangmemancarkan panas sehingga mengubah cuaca, kejatuhan nilai dollar yang bakan menyebabkan inflasi, kekurangan makanan yang akan membawa kebuluran dan lain-lain.

Di negara kita pula sekiranya Luciferian memerintah maka akan berhamburan arak dan judi di setiap kampung dan bandar, tumbuhlah gereja dan pusat maksiat di merata-rata dan akan mendaratlah paderi dari Indonesia, Filipina dan Eropah yang akan menghulurkan umpan untuk cuba memurtadkan anak-anak kita.

Saya rasa tugas kita sebagai ibu bapa adalah melakukan apa yang terdaya untuk memastikan bahawa sesuram mana pun kejadian yang bakal menjelma, maka haruslah anak-anak kita masih berpeluang untuk mempertahankan perkara yang paling penting iaitu AKIDAH mereka.

Terdapat penyokong pembangkang yang mengatakan bahawa pemerintahan negara kita adalah Thagut.

Saya tahu ramai penyokong pembangkang berpegang kepada definisi thagut oleh Ulama Syria iaitu Dr Wahbah az Zuhaili (ulama yang sama mengatakan bukti video tak boleh pakai). Dr Wahbah mendefinisikan thagut kepada 9 perkara iaitu

  1. Perjuangan yang mempunyai kepentingan
  2.  Perjuangan yang bertujuan tertentu selain daripada Allah
  3.  Perjuangan yang bersifat material
  4.  Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan, redha dengan keraguan syaitan
  5.  Perjuangan meninggikan ketuhanan selain daripada Allah, atau perjuangan menegakkan penyembahan kepada makhluk dan dunia
  6.  Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar
  7.  Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung
  8.  Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan
  9.  Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa mengharap kuasa Allah
  10.  Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran dan populariti

Kalau berdasarkan pendapat Dr Wahbah az Zuhaili maka kerajaan yang thagut merujuk kepadaan kerajaan yang berjuang atas faktor duniawi. Pada pendapat saya definisi 1, 2, 3, 4, 7, 8, 9, dan 10 itu bolehlah disinonimkan dengan KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

Tiga penyakit duniawi ini memang penyakit dalam UMNO.

Tetapi di akhir zaman seperti 2013 ini masalah KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA bukanlah satu-satunya perkara yang mengancam kemaslahan umat Islam. Terdapat ancaman lain yang lebih thagut daripada KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA. Oleh itu dalam hal ini maka harus juga kita melihat makna taghut dari segi literalnya selain dari taghut mengikut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili.

Jika kita melihat makna perkataan thagut dari persepsi literalnya, didapati bahawa maksud thagut secara literal adalah merujuk kepada perbuatan yang menyimpang daripada akidah. Ini kerana antara maksud thagut yang asal adalah

  1. Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun yang meminta bantuan dari makhluk selain dari Allah,
  2.  perbuatan para jahiliyyah yang menyebah berhala dan meminta kemenangan daripadanya.
  3.  apa-apa perbuatan yang menyembah tuhan selain Allah (Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim.)
  4.  Thagut pemerintah apabila mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir)

Berdasarkan maksud literal thagut di atas, saya berpendapat bahawa thagut itu pada maksud literalnya adalah lebih merujuk kepada bahaya kepada AKIDAH iaitu menyekutukan Allah samada melalui amalan ilmu ghaib yang meminta bantuan kepada makhluk halus, atau akibat kepercayaan bahawa terdapat tuhan yang selain dari Allah.

Oleh itu Jelas sekali bahawa falsafah PLURALISM yang didukung oleh PKR dan DAP adalah thagut secara literal.

Thagut juga bermaksud mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah. Ini bermaksud bahawa pemerintah telah mewujudkan undang-undang yang membenarkan perkara yang jelas haram. Dalam hal ini penyokong pembangkang telah berhujah bahawa kerajaan UMNO adalah thagut kerana tidak melaksanakan undang-undnag hudud.

Ingin saya jelaskan disini bahawa “kegagalan menghukum menurut hudud” adalah berbeza dengan “mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah“. Ini kerana mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah bermakna mencipta undang-undang menghalalkan atau me’legal’kan perbuatan yang haram.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa UMNO gagal menghukum pesalah di Malaysia mengikut hudud namun UMNO tidak pernah mencipta undang-undang me’legal’kan perkara yang haram. Ya memang benar di Malaysia undang-undang kita hanya mendenda atau memenjarakan penzina sedangkan didalam hudud sepatutnya disebat atau direjam. Tapi UMNO tidak pula mencipta undang-undang membenarkan zina dilakukan. Begitu juga dengan murtad, memang UMNO gagal membunuh manusia murtad seperti Lina Joy, tetapi tidak pula ada undang-undang membenarkan orang Islam di Malaysia murtad.

Di Malaysia perkara yang salah adalah tetap salah. Cuma hukuman yang dijatuhkan tidak selari dengan kehendak Islam. Atas kekhilafan pemerintah inilah maka penyokong PAKATAN menuduh UMNO dan orang UMNO sebagai tidak Islam. Confirm tak masuk syurga dan kalau sembahyang pun tak dapat pahala.

Walaup bagaimanapun minda penyokong Pakatan gagal memproses akibat dan mudarat yang bakal menimpa sekiranya pemerintah Malaysia adalah pendokong LBGT, PLURALISMA, DAN LIBERALISMA.

Dibawah pemerintah yang melaksanakan PLURALISMA, maka peruntukan undang-undang anti murtad akan lenyap. Para pendakwah kafir harbi akan bebas bergerak kehulu-kehilir menyebarkan bible kepada anak-anak muda dan berhujah bahawa ada Tuhan selain dari Allah. Begitu juga dengan pendakwah syiah yang akan menghasut golongan muda mengatakan  di dalam Islam terdapat mazhab yang diterima selainn daripada Ahli Sunnah Wal Jemaah. Dibawah pluralism, kes-kes ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Al-Arqam dan lain-lain tidak boleh lagi diberkas dan disekat oleh penguatkuasa. Kes kes seperti Lina Joy tidak lagi kedengaran di Mahkamah, bukannya kerana tiada lagi kes murtad tetapi kerana murtad adalah ‘legal’ disisi undang-undang dan tidak lagi boleh didakwa di mahkamah.

Di bawah fahaman LIBERALISMA, adalah sukar untuk kita menghalang anak-anak kita daripada terdedah kepada fahaman-fahaman yang merosakkan fikiran. Rancangan televisyen, internet dan media cetak yang sekarang ini sudah dikuasai manusia gila duit (eg: Astro) akan semakin menggila dengan MTVnya, budaya kuningnya dan maksiat kerana tidak lagi disekat rancangan yang tidak bertapis atas alasan kebebasan media dan kebebasan bersuara. Daripada segi politik tiada lagi halangan kepada musuh-musuh Islam daripada berkeliaran bebas didalam Malaysia atas alasan “Hak Asasi Manusia”. Malahan dari segi ekonomi Liberalisi bermakna kapitalis dari negara luar akan bebas menjual apa jenis barangan di Malaysia dan mengambil-alih syarikat negara kita.

Secara ringkasnya, di LIBERALISMA wang adalah penentu segalanya dan kapitalisma adalah mutlak tanpa sekatan.

Begitu juga dengan LBGT (LESBIAN, BISEKSUAL, GAY, TRANSGENDER). Bagaimanakah PAS hendak menghalang maksiat dilakukan sekiranya pengamal seks bebas dan seks songsang dilindungi oleh undang-undang untuk menonjolkan diri serta mempromosikan gaya hidup mereka?

Ingin sekali saya bertanya kepada pemimpin dan penyokong PAS, dimanakan logiknya keinginan mereka hendak melaksanakan undang-undang islam di negara dimana kaum nabi Lut (LBGT), kafir harbi (Pluralism) dan Munafikun (Liberalism) akan dilindungi oleh pemerintah dan sistem undang-undangnya?

Bukankah apabila pemerintah yang baru menggubal undang-undang melindungi hak LBGT, Liberalism dan Pluralism, maka itu adalah taghut secara literal kerana mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah?”

Walaupun UMNO telah melaksanakan sistem demokrasi namun setakat yang saya tahu belum ada lagi kesepakatan ijmak ulama seluruh dunia mengatakan sistem melantik pemimpin melalui undian itu haram. Dan memang di negara kita belum lagi dilaksanakan hudud tapi kerajaan belum pula pernah ‘mencipta undang-undang’ menghalalkan sesuatu yang haram. Jadi walaupun saya tidak menafikan pendapat bahawa sistem demokrasi harus digantikan (insyaAllah marilah kita berdoa bersama) dengan sistem kekhalifahan namun setakat ini keadaan kita masih okay lagi.. not that bad lah bak kata orang putih.

Orang Islam masih boleh melaksanakan rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara. Anak muda LBGT walaupun wujud tapi masih ngeri nak menonjol, pendakwah Jesuit pun masih bergerak secara bersembunyi (kerana phobia UMNO dan Hassan Ali) dan Ananda Krishnan di Astro masih terpaksa makan hati berulam jantung kerana kandungan Astro masih bertapis.

Keadaan yang “not that bad” itulah yang pada pendapat saya harus kita pertahankan sementara menunggu kebangkitan sistem khalifah di seluruh dunia. Jika kita berlepas tangan atau terpedaya dengan menifesto bukan janji para Luciferian tu, percayalah bahawa NWO bakal datang sepantas kilat untuk menjadikan negara ini “extremely bad” kepada semua orang islam samada tua, muda hatta anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Jika kita tidak cuba menentang atau memperlahankan kesan NWO itu ke atas Malaysia, maka yang akan paling terasa kesannya adalah anak-anak kita. Salahkah kita sebagai orang Islam cuba berusaha menentang serta memperlahankan kesan NWO? Bukankan menjaga masa depan anak-anak kita itu adalah amanah ke atas kita sebagai ibu bapa?

Ingin saya jelaskan bahawa jika UMNO itu thagut menurut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili kerana penyakit KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA (KKN). Maka PAKATAN itu berkali ganda lebih thagut dari segi literal kerana PAKATAN itu jelas membawa fahaman LBGT, LIBERALISMA DAN PLURALISMA (LLP).

At least penyakit KKN didalam UMNO sudah semakin sembuh akibat tekanan berterusan daripada ahli akar umbi UMNO dan serangan pembangkang. Jadi maksudnya UMNO itu bila ditempeleng masih boleh belajar dan diajar. Di dalam pembangkang pula virus LLP semakin ditempeleng semakin kurang ajar pula jadinya. Makin lantang protes oleh penyokong mereka sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh kafir harbi, semakin menjadi-jadi Anwar Ibrahim dan anaknya mempromote Pluralism. Dato Nik Aziz pula bila semakin dikritik supaya jangan ikutkan kehendak DAP, semakin pula dia memanjakan kesemua kafir harbi tu.

So, Silalah pilih yang mana lebih membahayakan akidah dan moral anak-anak kita.

KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA

atau

LBGT, LIBERALISM DAN PLURALISM

Bagi tujuan PRU 13 ini kami di Watchers Group tidak juga menganggap diri kami “menyokong” UMNO kerana terdapat sekurangnya 4 orang senior saya (termasuklah Imam Ali dari Kedah.. Ehem.. Marah dia kalau baca entri ni) yang secara peribadinya masih kuat bersentimental value dengan PAS. Namun untuk tujuan PRU-13 ini kami bersetuju bahawa hanya UMNO yang masih boleh ‘dipergunakan‘ oleh orang melayu Islam di malaysia untuk memperlahankan kemasukan NWO di Malaysia (Oleh itu Imam Ali dan lain-lain penyokong PAS di Watchers Group tahun ni dengan muka kelat akan pangkah calon mesra UMNO.. Hahaha).

Oleh itu, sekiranya ada orang bertanya kepada anda parti mana yang akan anda sokong maka jawablah seperti dibawah.

“Saya tak sokong, tapi tahun ini saya akan 
MEMPERGUNAKAN UMNO 
untuk menentang New World Order”
Selamat mengundi.. Selamat Mempergunakan UMNO.. Selamat Berjuang Menentang NWO.
Semoga suatu masa nanti di masa mendatang penyokong PAS dan penyokong UMNO akan bersatu mempertahankan yang hak dan menentang yang batil.
Lepas tu bila mereka dah bersatu barulah kita “PERGUNAKAN” kedua parti ini untuk membentuk kumpulan baru berjuang dibawah bendera yang sama yang berwarna hitam tu.
Bila dah bersatu di bawah tujuan yang sama.. maka sila bubarkan UMNO dan PAS..

( Artikel Sambungan di “Mempergunakan Demokrasi” memperjelaskan sedikit tentang sistem khalifah dari perspektif Watchers)

AFTERDARK WRITES!
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

PANAS !! KEPIMPINAN PEMUDA UMNO PERGI BERCUTI HIRAUKAN PILIHANRAYA DUN KAJANG !!

Steady la Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia , tahniah dan syabas diucap kan kepada kepimpinan Pemuda Umno Malaysia , hari ini teman begitu bersemangat nak tulis balik apa yg teman rasa betul dan bukan fitnah . Kekekek 
Untuk pengetahuan para pembaca , gambar diatas sebenarnya adalah gambar yg admin ambil sendiri di Jeti sebuah resort . Program retreat kepimpinan Pemuda Umno Malaysia yg diadakan 3 hari bermula dari Jumaat semalam dan berakhir pada hari ahad ini .

Bagi menceritakan apa yg berlaku , teman rasa bertanggungjawab menjawab tuduhan2 liar , yg mengatakan pemuda umno tak buat kerja , hah kome tahu ke apa tujuan deme buat retreat sebegini . Hah tak tahu kan . Jadi yg tak tak tahu tu sila lah rajin2 bertanya .

Ini tidak asyik mengeluarkan statement , kata kepimpinan tak teringinke nak menampo teresa cock tu dr pergi bercutu mcm ni . Haihh manusia , sedar la yop oi . Mereka sebenarnya ada planning la . Bukan sesaja je diorang buat retreat ni , adalah pengisian nya . Utk bukti nya kome boleh tengok screen shoot yg teman bg dibawah ni .

Ni adalah screen shoot dari Facebook saudara Armand Azha yg juga merupakan exco Pemuda Umno Malaysia . 

Anak Jati Malaya
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Buktikan UMNO tetap relevan

New Picture (3)

 

PM mahu parti wakili suara rakyat di mana saja

Johor Bahru: Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO menjadi parti yang sesuai untuk semua di luar bandar dan bandar.

Perdana Menteri berkata, UMNO mesti mengikut perubahan dan membuat penyesuaian kepada dasar tunjang dengan pendekatan serta tindakan pada semua peringkat.

 

UMNO mesti meniti perubahan pada peringkat bahagian, cawangan supaya kita memenangi hati nurani rakyat” Najib Razak, Perdana Menteri

“Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti untuk orang luar bandar sahaja. Luar bandar tetap teras kepada sokongan kita, tetapi dengan penghijrahan, perubahan demografi, mereka yang berpindah ke kawasan bandar dan urbanisasi, fenomena itu mesti difahami oleh UMNO.

Menangi hati rakyat

“UMNO mesti meniti perubahan dan tindakan dilakukan pada peringkat bahagian, cawangan supaya kita dapat memenangi hati nurani rakyat.

“Kekalkan sokongan komuniti luar bandar dan tidak ditolak masyarakat bandar,” katanya ketika merasmikanBangunan UMNO Johor Bahru, di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, Najib berkata, pendekatan bagi menjadikan UMNO sebagai parti yang ‘laku’ di kawasan bandar dan boleh diterima perlu dilakukan, selain pada masa sama mengekalkan sokongan di luar bandar.

“Kita mesti dilihat sebagai parti yang mengutamakan atau mendahului rakyat. Kalau kita nak buat untuk UMNO, bagi rakyat dulu. Jangan letakkan kepentingan diri lebih daripada rakyat.

“Kalau ada tapak rumah atau rumah kos rendah, jangan pemimpin UMNO rebut dulu. Bagi rakyat dahulu supaya rakyat melihat UMNO bukan berkhidmat untuk diri sendiri.

“UMNO adalah parti untuk rakyat, mendahulukan rakyat adalah prinsip keramat yang mesti dihayati oleh kita sepanjang masa,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, UMNO yang ditubuhkan hampir 68 tahun lalu dan mencatatkan sejarah kegemilangan dan kesinambungan perjuangan, bukan jaminan untuk terus kekal.

“Kita semua sedar bahawa sejarah sahaja meskipun sejarah itu amat hebat sekali pun, nama tersohor terbilang tidak menjadi jaminan dan penerusan kuasa serta kejayaan parti.

“Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah, kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap menjadi parti pilihan utama rakyat pada mana-mana zaman,” katanya.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Pemuda UMNO Kota Kinabalu Tidak Mahu ADUN Likas Hanya Memohon Maaf

KOTA KINABALU, 24 Jan – Pemuda UMNO Kota Kinabalu hari ini menuntut anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Junz Wong bertindak lebih jauh daripada sekadar memohon maaf kerana kerosakan serius yang berlaku akibat dakwaan palsunya berhubung serangan di Suria Sabah Mall baru-baru ini, termasuk terhadap imej bandar raya ini.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata oleh kerana Junz membuat tuduhan yang amat berat melalui Internet, maka tindakannya memohon maaf semata-mata adalah tidak memadai.

“Memandangkan beliau begitu prihatin tentang keselamatan di bandar raya ini, maka beliau perlu membuat laporan polis terhadap wanita muda berkenaan atau mereka yang menyiarkan gambar melalui Internet kerana perbuatan itu menimbulkan kegelisahan orang dari merata tempat.

“Malah, ada orang menyangka pusat beli-belah itu cuba menyembunyikan rompakan yang berlaku apabila pihak pengurusannya memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengesan sebarang tanda berlakunya kejadian jenayah dalam system pengawal keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Bahrin berkata dalam kenyataan sebelum ini, Junz mendakwa beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada ‘mangsa’, tetapi tidak berhasil, sedangkan beliau menulis dalam Internet bahawa seorang remaja yang baru tamat pengajian Tingkatan Enam dirompak di tandas tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 7.10 malam 6 Jan.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa seminggu selepas gambar tangan seorang wanita berusia 20 tahun cedera ditetak dalam satu cubaan merompak, yang didakwa berlaku di Suria Sabah Shopping Mall, tersebar dengan meluas melalui Internet, wanita itu akhirnya mengaku bahawa cerita itu hanya dibuat-buat.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

Pemuda UMNO Ke Sweden Bantu Pasangan Dan Anak

SEPANG, 24 Jan – Pemuda UMNO dan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) berlepas ke Sweden malam ini bagi membantu kes pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu.

Rombongan itu disertai Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan wakil Wisma Putra.

Sheikh Nafiq berkata pihaknya akan berada di Sweden sehingga 30 Jan untuk melihat secara jelas perkembangan terkini kes itu selain cuba membantu dari sudut tertentu.

“Tujuan kita ke sana bukan untuk mengganggu proses siasatan tetapi cuba mencari jalan bagi membantu membawa balik kanak-kanak itu sementara tunggu perbicaraan ibu bapa mereka selesai,” katanya kepada pemberita.

Pasangan berkenaan, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti, ditahan reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.

Empat anak mereka, berusia antara tujuh dan 14 tahun, kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu.

Sheikh Nafiq berkata pihaknya mengharapkan doa dan sokongan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan selain melahirkan penghargaan kepada pelbagai badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang telahpun membantu mendapatkan perkembangan kes itu sebelum ini.

Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Source Blog

ANAK MANJA DI PLANET UMNO

Ini adalah artikel yang khas ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang merancang hendak mengundi calon pembangkang sebagai tanda protes kerana calon pilihan mereka tidak terpilih. Juga saya tujukan pada pemimpin-pemimpin UMNO yang merajuk tidak dicalonkan sehingga nak melakukan sabotaj.

Pembaca yang tidak berminat dengan isu sabotaj dalam UMNO adalah digalakkan membaca artikel saya yang lain sebelum ini iaitu “MEMPERGUNAKAN UMNO” yang mana lebih relevan dengan pandangan umum.

* * * * * * * * * * * * * * *

Ini berlaku baru-baru ini diantara saya dengan seorang sahabat yang mula naik suara mempertahankan Pembangkang ketika kami berbual mengenai pilihanraya. Saya terpaksa buat begini untuk mengelakkan debat yang membawa kepada rasa sakit hati:-

Saya: Ok lah bro, kita tak usah debatlah sebab semua orang bebas mengundi pilihan masing-masing. Aku cuma cadangkan kita bersumpah untuk untuk menetapkan pendirian kita di masa akan datang saja. Aku mulakan dulu ya. Wallahi Wabillahi Wattalahi aku bersumpah tidak akan berdusta di masa akan datang iaitu mengatakan kononnya aku mengundi Pakatan dalam pilihanraya ke 13 ini. Sekarang aku minta kau pula bersumpah.

Sahabat: Kenapa pula aku perlu bersumpah begini??

Saya: Supaya kita berdua tidak hipokrit di masa akan datang. Manalah tau memang Pakatan akan menang PRU ini dan betul ramalan aku bahawa negara ini akan dimusnahkan oleh pemimpin kau. Janganlah pula 5-6 tahun dari sekarang aku dengar kau berbohong pada orang keliling kau yang pada 2013 ni kau adalah pengundi BN. Ingat, ini pilhan kita so jangan antara kita nak mengelak pertanggungjawaban di masa akan datang biar apa pun berlaku. Kalau Pakatan memerintah lebih cemerlang dari BN, aku akan terima apa juga sindiran dan malahan maki hamun dari orang keiling aku pada waktu itu. Aku tak akan curi kredit penyokong Pakatan hari ini.

Dan sahabat saya itupun terus belah setelah enggan bersumpah…

* * * * * * * * * * * * * * * 

Artikel kali ini saya tujukan khusus untuk pemimpin dan penyokong UMNO yang merajuk dan bakal mensabotaj UMNO/BN melalui undi protes.

Sahabat saya dalam perbualan diatas sebenarnya ahli UMNO yang merajuk kerana satu muka lama di Tawau iaitu Datuk Abdul Ghapur bin Salleh masih lagi dikekalkan sebagai calon ahli parlimen bagi satu daerah di Tawau. Oleh itu sahabat saya ini yang merupakan penyokong kuat seorang lagi pemimpin tempatan UMNO yang bernama Osman Jamal pun “merajuk” kerana Osman Jamal tidak jadi dicalonkan bagi daerah itu dan sekarang sahabat saya itu giat kehulu-kehilir berkempen agar pengundi mensabotaj UMNO dengan mengundi calon bebas atau pembangkang.

Jadi kebetulan sahabat saya itu ada urusan sehingga datang berkunjung ke daerah saya dan berlakulah perbualan yang berkisar kepada PRU13 di Sabah. Saya menasihatkan beliau supaya jangan mensabotaj UMNO tahun ini kerana pilihanraya ini bakal menentukan masa depan dan agama bangsa melayu. Namun sahabat saya tu “mengencang” (berkeras) hendak mengundi Pembangkang juga. Dia kata kepimpinan tertinggi UMNO harus diperingatkan agar lebih mendengar kehendak akar umbi dan jangan berterusan meletakkan pemimpin yang beliau gelar ‘non-performing dinasour’.

Saya tidak begitu tahu keperibadian Datuk Abdul Ghapur ni sebab ini saya agak jarang juga ke Tawau. Namun yang saya dengar ialah beliau adalah salah seorang dari kumpulan ’19 September’ yang diwar-warkan pernah merancang hendak ‘cross over’ ke kem Anwar Ibrahim. Identiti pemimpin UMNO yang dikatakan pernah dipancing menggunakan politik wang untuk melompat ketika peristiwa ’19 September’ adalah sesuatu yang diketahui umum di seluruh Sabah.

Saya sebenarnya merasa simpati juga dengan PM kita sekarang yang terpaksa membuat percaturan semasa menamakan calon-calon di seluruh Malaysia. Apabila PM menggunakan istilah “winnable candidate” (calon boleh menang) ramai yang beranggapan bahawa maksud “winnable candidate” merujuk kepada “favourable candidate” iatu calon yang paling disenangi di satu-satu kawasan. Namun masyarakat gagal memahami faktor matematik di sebalik pemilihan calon. Hanya kerana seorang calon muka baru itu disenangi oleh masyarakat tidak semestinya menjadikan beliau “winnable”. Bagi memilih calon maka terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira iaitu peratusan faktor populariti, peratusan pengundi pembangkang dan akhir sekali peratusan faktor sabotaj dalaman.

Contohnya calon muka baru Encik A. Encik A mungkin calon muka baru pilihan akar umbi UMNO dan oleh itu faktor populariti adalah 60% manakala pengundi pembangkang adalah 40%. Kalau dilihat dari dua faktor ini saja maka secara logiknya Encik.A lah yang dicalonkan menggantikan penyandang Encik B. Namun hasil risikan juga mendapati bahawa sekiranya Encik A dicalonkan maka Encik B mampu mensabotaj dari dalam sehingga melenyapkan 20% undi kepada Mr A. Akibatnya Mr A yang merupakan calon “favorable” tetap tidak menjadi calon “winnable” kerana angka rasmi berakhir dengan 60% – 20%=40% sahaja. Maka sepertimana berlaku di daerah kawan saya tu, terpaksalah calon dinasour dikekalkan kerana perkiraan matematik meramalkan si dinasour tu tetap “possible winnable” walaupun sekadar 50-50 sahaja.

Perkara ini memang berlaku dalam UMNO dimana ramai pemimpin UMNO mempunyai kumpulan “saboteuer” mereka sendiri bagi tujuan menggertak kepimpinan tertinggi. Ini adalah satu contoh klasik akan kelemahan sistem demokrasi itu sehingga boleh menjejaskan kepimpinan negara.

Namun kepada rakyat marhaen, ingin saya katakan disini bahawa masalah ini ada ubatnya dan ubatnya itu adalah kita sendiri sebagai rakyat. Sekiranya anda ingin memprotes terhadap dinasour-dinasour ini maka janganlah dulu dilakukan semasa pilihanraya kerana bangsa, agama dan negara kita akan menerima musibah yang dahsyat sekiranya UMNO tumbang pada pilihanraya ini. Cara terbaik untuk memprotes ialah selepas pilihanraya. Saya sendiri bercadang untuk mengkritik habis-habisan mana-mana pemimpin UMNO di Sabah yang masih lagi tidak berkerja walaupun selepas memenangi semula pilihanraya kawasannya. Dengan menggunakan hikmat kungfu “keyboard warrior”, saya akan pastikan kesemua non-performing leaders di Sabah tak akan senang duduk kalau gagal menepati janji. Malahan hikmat kungfu memblogging ini akan saya perhebatkan ke jurus paling tinggi sehinggakan mereka yang tidak perform ini akhirnya menyesal kerana minta dicalonkan semasa PRU13.

Kepada semua dinasour-dinasour UMNO di Sabah yang memenangi semula kawasan masing-masing (insyaAllah), jangan sangka selepas 2013 anda semua masih boleh duduk di office menggaru punggung tak buat kerja tau. PRU13 telah membuktikan betapa dahsyatnya tekanan yang boleh diberikan kepada pemimpin yang korup dan tidak berkerja. Lihat saja Menteri Besar Kelantan dan Kedah yang sehingga masuk hospital itu and you’ll get my point.

Okay, kembali semula kepada senario “undi protes” dikalangan penyokong UMNO ini, saya sebenarnya pernah menyentuh sedikit mengenainya pada November 2008 di MYKMU. Tajuk artikel tersebut ialah “STUPID PRESUMPTION OF A SIMILAR KIND” namun sudah tiada dalam arkib MYKMU. Namun seorang blogger iaitu Bujang Senang (ini bukan saya) pernah menerbitkannya semula di dalam ruangan komen di http://antirepublik.blogspot.com/ (klik sini). Berikut adalah sedikit petikan dari artikel saya tersebut”-

“If my prediction is correct, we will see the misfortune that had befall us on PRU-12 March 2008 repeating itself in the next UMNO General Assembly March 2009. Remember what had happened during the nation’s 12th general election? Millions of UMNO / BN loyalists all over the country cast their precious votes in favor of the opposition because they were trapped under presumption that their votes wouldn’t make a difference. Duped by the opposition’s calling of “jom kurangkan majoriti”, each and everyone of them assume that Barisan Nasional is too strong to be shaken that a couple of missing votes from them will not change history. Under such presumption and coupled with dissatisfaction towards Paklah’s policies, some cast their votes for Anwar Ibrahim, others deliberately cast bad votes, while the remaining in the category didn’t even bother to go to vote at all.”

Didalam artikel tersebut saya memprofilkan mentaliti perwakilan UMNO yang akan membawa kepada kemenangan Khairy Jamaluddin dalam perebutan Jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ternyata pada 2009 beliau benar-benar berjaya mengalahkan saingannya iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo.

Oleh itu pada kali ini saya nak sentuh lagi mengenai mentaliti sesetengah orang melayu yang bakal merugikan negara, bangsa dan agama ni.

Pada pendapat saya, majoriti orang melayu ni masih dijangkiti sindrom “anak manja”. Saya tahu benar mengenai sindrom ini kerana saya sering benar melihatnya berlaku didalam kes-kes kriminal di Mahkamah yang melibatkan pesalah muda di Mahkamah.

Boleh dikatakan hampir kesemua pesalah muda yang akhirnya mendarat di lokap mahkamah ini mempunyai mentaliti yang sama iaitu keyakinan bahawa ayah dan ibu (terutamanya ibu) mereka akhirnya akan tetap berusaha menyelesaikan masalah mereka.

Berbeza dengan pesalah muda lain yang tidak mempunyai ibu dan bapa untuk bergantung harapan, anak-anak manja ini mempunyai keyakinan bahawa tidak kira betapa nakal pun perbuatan mereka, yang penting ialah “esok masih ada” untuk mereka. Persepsi mereka memang benar kerana tak kira apa pun berlaku, selepas selesai menjalani hukuman mereka akan tetap ada tempat berlindung di rumah ibu bapa dan ibu bapa akan tetap memberi makan dan minum kepada mereka.

Inilah juga mentaliti yang dimiliki oleh orang-orang UMNO yang nak mengundi protes ni. Di Malaysia majoriti kita yang lahir selepas merdeka tidak pernah kenal hidup selain dari kehidupan di bawah pemerintahan UMNO. Ini secara kiasannya samalah seperti seolah-olah kita tinggal di sebuah planet yang bernama planet UMNO. Tidak kira apa bentuk pencemaran dan kerosakan yang kita lakukan ke atas planet UMNO ini, namun kita tetap yakin planet ini tidak akan terjejas teruk.

(Kita lihat mentaliti serupa dikalangan masyarakat planet bumi. Apabila seseorang membuang bahan toksik ke sungai, di dalam fikirannya perbuatannya itu hanya kesalahan kecil yang tidak akan menyebabkan kehancuran bumi.)

Sepertimana yang berlaku semasa PRU12, saboteur dalam UMNO pada tahun 2013 ini masih ‘confident’ bahawa sabotaj yang akan mereka lakukan tidak akan membawa kepada lenyapnya planet UMNO ini. Niat mereka sebenarnya hanyalah untuk “menjentik” UMNO sebagai hukuman kerana tidak menuruti kemahuan mereka namun dalam masa yang sama mereka masih mahu selesa hidup mereka di planet UMNO.

Ramai anak-anak manja UMNO ini pada hari ini bermati-matian melakukan ‘pencemaran’ dan ‘kerosakan’ ke di atas planet UMNO mereka namun dalam masa yang sama mahukan keselesaan hidup mereka di planet ini akan terus berkekalan hingga ke hari esok. Perosak-perosak planet ini tetap mahu berkereta selepas pilihanraya, masih boleh pergi berkerja, masih boleh pergi shopping di Pasaraya dan lain-lain. Malahan ramai dikalangan penyokong tegar pembangkang dan saboteur dalam UMNO pada waktu ini sedang berkira-kira bagaimana hendak membelanjakan wang BR1M sebanyak RM1000 yang dijanjikan oleh UMNO selepas pilihanraya.

Namun hakikatnya mereka lupa bahawa planet UMNO sudah begitu lama rosak oleh perbuatan mereka selama ini sehinggakan planet UMNO kini sudah retak seribu dan kini akan meletup dan hancur pada bila-bila masa. Dan yang ironinya ialah melayu di planet ini masih tetap mahu meneruskan kerosakan dan melakukan sabotaj takala planet mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sepatutnya, mentaliti “anak manja” ini tidak boleh diaplikasikan didalam survival politik bangsa. Hakikat yang nyata bahawa pertukaran pemerintah di akhir zaman ini lebih banyak membawa risiko kemusnahan akibat dari pengkhianatan musuh dari luar. Lihat saja apa yang telah berlaku di negara-negara arab pada masa ini. Saya yakin pendemo-pendemo arab spring di Libya, Mesir dan Syria sendiri sebenarnya terperanjat dengan hasil Arab-Spring mereka. Di Syria contohnya, siapa sangka kehidupan rakyat marhaen di Syria boleh berubah sebegitu extreme hanya dalam 11 bulan??

Saboteur-saboteur dalam UMNO ni sebenarnya tahu perbuatan mereka salah namun mereka menyangkakan bahawa perbuatan mereka melakukan sabotaj tidak akan meruntuhkan UMNO. Mereka tetap mahu hidup di zaman UMNO namun dek kerana “ego & emo” maka berlakulah perbuatan sabotaj ini.
Saya merayu agar mereka tidak melakukan perbuatan ini kerana langsung tiada manfaatnya buat masa ini. UMNO pada 2013 ini bukanlah sepertimana UMNO di zaman kegemilangannya di bawah Tun Mahathir. Kalau UMNO di zaman Tun tu, korang nak jentik UMNO puas-puas pun tak apa sebab UMNO masa tu sihat walafiat. UMNO pada 2013 ni sakit tenat sehinggakan kalau dijentik pun mungkin tumbang terus.

Jadi soalan saya kepada saboteur-saboteur dalam UMNO ini, adakah mereka sudah cukup persediaan untuk memulakan hidup baru di planet yang lain? Dan benarkan planet yang lain itu lebih selesa daripada planet UMNO? Bagaimana jika terbukti dakwaan bahawa planet lain yang kononnya lebih indah itu sebenarnya tidak wujud? Ke mana lagi kita hendak pergi?

(Note: Saya tahu mesti ada rakan pembaca yang sekarang ini sedang berkata “jom tinggalkan planet UMNO dan berhijrah ke planet khalifah Islam Al-Mahdi!!”.. Ya betul, tapi nak berhijrah ke planet tu pun kena ada persiapan juga kan? Lagipun planet tu rasanya jauh lagi tu. So sementara belum cukup persiapan ni, lebih baik kita pelihara dulu planet UMNO kita hatta buat sementara)
.

AFTERDARK WRITES!
Source Blog

#PAU2013 @NajibRazak Nasihat Jentera UMNO Mengimarahkan Masjid & Surau





Komen Abu Aqif: Betul tu. Buat masjid surau berlambak. Tapi tak nak imarahkannya. Sampai perdana menteri pulak nak kena nasihat. Patut tak payah la sampai perdana menteri nak kena nasihat pun. Pandai-pandai sendiri la. Lepas ni kalau tak pergi jugak mungkin perdana menteri kita kena turun surau masjid bawak rotan kot. Rotan sikit jentera kita yang susah nak pegi surau masjid tu ^__^



Ucapan Pergulungan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak: Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia

1. #PAU2013 @NajibRazak Imam Masjidil Haram Sokong Takrif Islam Ahli Sunnah Dalam Perlembagaan
2. #PAU2013 @NajibRazak Nasihat Jentera UMNO Mengimarahkan Masjid & Surau
3. #PAU2013 @NajibRazak Pelawa Ilmuan & Agamawan Membantu Kerajaan



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Abu Aqif Studio
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.