Umno Blogger Directory

Wanita Umno

MH370: Pemimpin dunia hargai usaha Malaysia, sedia teruskan bantuan

NLD03_250314_TPM-NSS

THE HAGUE 26 Mac – Usaha yang dilakukan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370 mendapat pujian pemimpin-pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat dan China.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang ditemui pada pertemuan tidak rasmi di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) 2014 yang berakhir semalam, bukan sahaja mengakui keadaan yang dihadapi Malaysia sebagai rumit dan luar biasa, malah menyatakan komitmen berterusan membantu negara dalam urusan selepas ini.

Beliau menambah, Presiden China, Xi Jinping yang ditemui pula berharap, peristiwa malang itu tidak akan menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.

“Dia (Jinping) faham keadaan sebenar dan sebab itu tidak ada kenyataan yang agak luar jangkaan kerana operasi yang dijalankan juga membabitkan pasukan negara China sendiri.

“Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman itu dan ini sebenarnya bukti hubungan baik (kedua-dua negara) walaupun isu ini khusus melibatkan sebahagian warga China,” katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia sempena NSS 2014 semalam.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

BN lawan PKR di DUN Balingian

adenan-satim-yossibnosh-balo-muhyiddin-balingian-sarawak-calon-bn

MUKAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55.

Perkara ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Buku teks digital bahan tambahan

KUANTAN

KUANTAN 8 Feb. – Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan pelancaran buku teks digital kerana langkah itu bertujuan mendorong pelajar cepat memahami mata pelajaran yang diajar dalam kelas.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, buku tersebut merupakan bahan tambahan untuk memudahkan pelajar mengakses mata pelajaran walaupun ketika bercuti di dalam dan luar negara.

“Kerajaan melaksanakannya untuk membantu dan bukannya membebankan ibu bapa kerana kita melihat dengan adanya buku teks digital membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja.

“Dengan adanya buku tersebut akan menyaksikan pelajar lebih ke hadapan dalam pembelajaran. Ini satu usaha amat positif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kita Memberi Mereka Merasa di Rumah Anak Yatim dan Miskin al-Insyirah anjuran Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM, Prof. Dr. Norsaadah Ismail; Presiden Alumni UiTM, Datuk Zaini Hassan dan Pengerusi Rumah Anak Yatim Perempuan dan Miskin al-Insyirah, Jamaluddin Salleh.

Idris mengulas pelancaran buku teks digital semalam bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Beliau berkata, proses transformasi pendidikan yang dirancang dalam PPPM kini berjalan pada landasan yang betul dan yakin dapat melahirkan pelajar berkualiti setaraf dengan negara maju.

Katanya, buat masa ini kementerian sudah mempunyai jumlah buku teks digital yang sedia diakses oleh pelajar dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Mengenai kemudahan atau infrastruktur seperti jalur lebar dan WiFi pula, perkara itu akan diberi perhatian dan kementerian bekerjasama dengan Bestari.Net dalam membantu mempercepatkan pelaksanaannya ke seluruh negara,” katanya

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Elak mengantuk di tempat kerja

mengantuk-ketika-kerja

Waktu tidur malam anda terganggu kerana anak kecil asyik merengek. Keesokan harinya, ketika berada di tempat kerja anda berasa mengantuk dan keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana kurang waktu tidur sememangnya akan membuat rasa mengantuk.

Jika sudah mengantuk, pekerjaan pasti terbengkalai dan tidak lancar kerana sukar untuk fokus menyelesaikan tugasan saat mata berat, menguap berkali-kali dan membayangkan bantal serta keinginan untuk tidur.
Bagi mengatasi rasa mengantuk itu, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:

 

1. Berada di kawasan bercahaya seketika Cari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lemparkan pandangan anda keluar seketika.

 

2. Basuh muka

Ia antara cara mudah yang biasa dilakukan. Tetapi bagi wanita yang sering menjaga penampilan diri dan memastikan diri wajah disolek, mungkin cuba mengelakkan berbuat demikian. Bagaimanapun, membasuh muka dengan air boleh membantu anda kembali segar. Jika tidak mahu membasuh muka kerana malas menyapu semula solekan, alternatif lain ialah menggunakan semburan penyegar. 3. Pandang sepohon hijau

Jika kawasan persekitaran pejabat anda ada taman indah atau pokok-pokok hijau, nikmatilah seketika keindahannya. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah persekitaran itu untuk beberapa minit sebelum kembali semula menyambung kerja. Dengan menghirup udara segar yang dibangkitkan oleh pokok-pokok hijau atau tumbuhan semula jadi dan warna warni itu, ia juga dapat memberikan ketenangan kepada anda.

 

4. Berjalan dan bergerak aktif

Jangan biarkan diri anda duduk terlalu lama. Ambil masa beberapa minit membuat senaman regangan ringkas atau berjalan keliling. Anda juga boleh naik turun tangga sejenak. Dengan bergerak aktif, secara tidak langsung membuatkan anda perlu menghimpunkan tenaga yang lemah malah, gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Selain itu berjalan dan bergerak aktif juga membantu merangsang perjalanan darah menjadi lancar dan menjadikan anda lebih segar.

 

5. Minum air masak

Rasa mengantuk adalah disebabkan oksigen kurang ke otak, walaupun hidung tidak berhenti henti bernafas. Justeru, apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Buktikan UMNO tetap relevan

New Picture (3)

 

PM mahu parti wakili suara rakyat di mana saja

Johor Bahru: Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO menjadi parti yang sesuai untuk semua di luar bandar dan bandar.

Perdana Menteri berkata, UMNO mesti mengikut perubahan dan membuat penyesuaian kepada dasar tunjang dengan pendekatan serta tindakan pada semua peringkat.

 

UMNO mesti meniti perubahan pada peringkat bahagian, cawangan supaya kita memenangi hati nurani rakyat” Najib Razak, Perdana Menteri

“Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti untuk orang luar bandar sahaja. Luar bandar tetap teras kepada sokongan kita, tetapi dengan penghijrahan, perubahan demografi, mereka yang berpindah ke kawasan bandar dan urbanisasi, fenomena itu mesti difahami oleh UMNO.

Menangi hati rakyat

“UMNO mesti meniti perubahan dan tindakan dilakukan pada peringkat bahagian, cawangan supaya kita dapat memenangi hati nurani rakyat.

“Kekalkan sokongan komuniti luar bandar dan tidak ditolak masyarakat bandar,” katanya ketika merasmikanBangunan UMNO Johor Bahru, di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, Najib berkata, pendekatan bagi menjadikan UMNO sebagai parti yang ‘laku’ di kawasan bandar dan boleh diterima perlu dilakukan, selain pada masa sama mengekalkan sokongan di luar bandar.

“Kita mesti dilihat sebagai parti yang mengutamakan atau mendahului rakyat. Kalau kita nak buat untuk UMNO, bagi rakyat dulu. Jangan letakkan kepentingan diri lebih daripada rakyat.

“Kalau ada tapak rumah atau rumah kos rendah, jangan pemimpin UMNO rebut dulu. Bagi rakyat dahulu supaya rakyat melihat UMNO bukan berkhidmat untuk diri sendiri.

“UMNO adalah parti untuk rakyat, mendahulukan rakyat adalah prinsip keramat yang mesti dihayati oleh kita sepanjang masa,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, UMNO yang ditubuhkan hampir 68 tahun lalu dan mencatatkan sejarah kegemilangan dan kesinambungan perjuangan, bukan jaminan untuk terus kekal.

“Kita semua sedar bahawa sejarah sahaja meskipun sejarah itu amat hebat sekali pun, nama tersohor terbilang tidak menjadi jaminan dan penerusan kuasa serta kejayaan parti.

“Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah, kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap menjadi parti pilihan utama rakyat pada mana-mana zaman,” katanya.

 

Sumber – Berita Harian

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Artis tabur bakti bantu agih bantuan

Segamat: Kehadiran artis popular bersama sukarelawan Skuad Sayang Wanita UMNO Wilayah Persekutuan serta Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pusat pemindahan banjir Gemereh 4, Kampung Batu Badak dan Labis, di sini, kelmarin bagi menghulurkan bantuan, nyata mengembirakan mangsa bencana alam berkenaan.

Konvoi 80 sukarelawan diketuai Presiden Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang NSTP Shahiman Sharip bersama pelakon popular, Salina Saibi dan Fazren Rafi, tiba di balai raya berkenaan pada jam 2 petang bagi menyerahkan barangan berupa makanan serta keperluan harian.

Turut serta Skuad Sayang Wanita UMNO Pagoh yang diketuai Senator Datuk Noriah Mahat serta Wanita dan Puteri UMNO Segamat.

Menurut Fazren, dia menyertai program kebajikan itu selepas dipelawa Salina.

Katanya, dia sendiri pernah merasai pengalaman menjadi mangsa banjir ketika berusia 13 tahun sewaktu keluarganya tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

“Saya gembira dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan jika ada program sebegini pada masa depan, saya sanggup menyertainya,” katanya.

Penduduk Kampung Seberang Badak, Habsah Dol, 79, gembira dengan kehadiran sukarelawan berkenaan sekali gus mengurangkan kesedihannya.

Ibu kepada lima anak itu, berkata, kawasan rumahnya dinaiki air sejak dua minggu lalu menyebabkan dia serta penduduk lain terpaksa tinggal di pusat pemindahan berkenaan.

“Sehingga semalam (kelmarin), air di kawasan rumah saya masih separas paha.

Saya sedih kerana banyak peralatan elektrik serta barangan lain gagal diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, Shahiman berkata, pihaknya sebelum ini turut berkunjung ke tiga lokasi termasuk di Kuantan, Pahang pada 7 Disember lalu bagi tujuan sama.

 

Sumber – myMetro

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Meninggal dunia selepas bekerja 30 jam tanpa henti

kerja kuat - mati

JAKARTA 16 Dis. – Berita kematian seorang gadis yang bertugas sebagai penulis iklan di agensi pengiklanan Young & Rubicam Group (Y & Y Group) kerana bekerja selama 30 jam tanpa henti, menggemparkan laman-laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.

Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.

Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan).

Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkata, anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.

Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini. Utusan

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Michelle Bachelet dipilih Presiden Chile

michelle bachelet

SANTIAGO 16 Dis. – Calon Parti Sosialis Chile, Michelle Bachelet menang mudah ke atas pencabarnya dari Parti Konservatif, Evelyn Matthei dalam pilihan raya Presiden, sekali gus akan meneraju semula negara ini untuk kali kedua.

Bachelet yang pernah menjadi Presiden pada 2010 hingga 2010, menewaskan Matthei menerusi majoriti besar, 62 peratus berbanding 38 peratus, dalam pilihan raya yang menyaksikan buat pertama kali dua calon wanita merebut jawatan tertinggi terbabit.

Pemimpin wanita berusia 62 tahun itu yang menjadi harapan rakyat untuk melakukan pembaharuan ekonomi bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, akan memulakan tugas pada 11 Mac depan, menggantikan Presiden Sebastian Pinera.

Bachelet turut berjanji melakukan pembaharuan lain termasuk melaksanakan pendidikan tinggi secara percuma dan mengamalkan Perlembagaan baharu yang lebih moden.
Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Teks Ucapan Datuk Noraini Ahmad – Usul Menyokong Ucapan Dasar Presiden

TEKS UCAPAN

YB DATUK NORAINI AHMAD

KETUA PERGERAKAN WANITA BAHAGIAN PARIT SULONG

merangkap

EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

1)     Ybhg Tan Sri Pengerusi Tetap/ YBhg Datuk Timbalan Pengerusi Tetap

2)     YAB Datuk Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak

Presiden UMNO

3)     YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Presiden UMNO

4)     YB Naib-Naib Presiden UMNO

5)     YBhg Datuk Sri Shahrizat Jalil

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

6)     YB Ketua pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

7)     YB Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

8)     YB/YBhg Ali-ahli Majlis Tertinggi

9)     YAB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor

10)   Perwakilan Mahasiswa Nasional dari dalam dan luar Negara

11)   Sidang Perwakilan dan pemerhati sekelian

 

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kita sekali lagi berhimpun di dewan yang penuh keramat ini sempena Perhimpunan Agong UMNO tahun 2013.

Nama saya Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong merangkap Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, mewakili Pergerakan Wanita UMNO tampil untuk turut sama membahaskan ucapan dasar Presiden

 

Sidang Perwakilan yang saya kasihi,

1.     Ada dua perkara penting berlaku pada tahun ini. Pertamanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan yang keduanya, pemilihan dalam parti UMNO ini sendiri.

2.     Biar di asak, dicemuh, difitnah, UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetap mendapat mandat rakyat pada PRU13. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Najib Tun Razak, Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri yang cemerlang menerajui jentera UMNO dan BN dalam memenangi pilihan raya yang lepas.

3      Kepada rakyat Malaysia pula, terimakasih daun keladi, sokongan rakyat kami hargai. In shaa Allah  kami tidak akan lupa diri.

4.     WANITA UMNO juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Sri Presiden kerana menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bersama gandingan mantap Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden, juga menang tanpa bertanding.

5.     Tidak lupa tentunya kepada Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil, yang  terus diberikan mandat padu untuk menerajui Pergerakan Wanita, serta semua barisan kepimpinan di kalangan kaum bapa, Wanita, Pemuda dan Puteri, yang telah terpilih.

Tan Sri/Datuk Pengerusi dan Sidang Perwakilan Sekalian,

6.     WANITA UMNO ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada YAB Presiden Parti yang telah mengiktiraf WANITA sebagai tulang belakang UMNO.  In sha Allah, kami WANITA UMNO tidak akan mensia-siakan pengiktirafan ini.

Peranan Wanita UMNO tidak boleh kita nafikan, terutamanya dalam gerak kerja di setiap pilihanraya.  Melalui Jalinan Rakyat, Wanita lah yang bertanggungjawab membawa keluar pengundi yang di kenal pasti untuk menyokong BARISAN NASIONAL.  Malah pihak lawan sendiri memperakui kehebatan Wanita UMNO dan mengakui betapa benteng Wanita UMNO sukar ditembusi.  Malah Setiausaha Agong DAP juga memperakui  betapa kaum ibu menjadi nadi kekuatan BN.

7.     Mandat sudah diberi. Janji harus kita tepati. Dalam memenuhi janji kepada rakyat, Wanita UMNO ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti agar perlunya ada pendekatan baru dalam menunaikan janji PRU13. Utamakan rakyat di kawasan yang telah memberi kemenangan kepada BN. Dengar keluhan mereka. Teliti apa lagi yang masih kekurangan.  Pastikan pembangunan di tempat ini terus meningkat. Jangan sampai “yang kita kejar tak dapat, yang kita kendung berciciran”. Kita wajar menjaga dengan baik kubu kuat kita terlebih dahulu, dan dalam waktu yang sama tidak boleh mengetepikan kawasan yang belum menang.

Datuk Timbalan Pengerusi dan Sidang Perwakilian Sekalian,

8.     Sesungguhnya wanita di negara ini telah melalui pelbagai perubahan dan pembaharuan.  Ini adalah hasil dari perjuangan pucuk kepemimpinan UMNO dan BN sejak dulu lagi. Dari bidang perniagaan sehingga ke jawatan tertinggi di sektor awam (kerajaan) dan sektor swasta semuanya ada wanita. Mengambil hanya sedikit contoh, Gabenor Bank Negara dan tujuh(7) Ketua Setiausaha (KSU) adalah Wanita. Mereka adalah pelaksana dasar utama parti dan kerajaan.  Ini juga adalah hasil usaha Wanita UMNO bagi memajukan kedudukan wanita di negara ini.

9.     Terima kasih UMNO.   Terima kasih Presiden parti kerana terus dan sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada golongan hawa di negara ini.

Tan Sri Pengerusi dan Sidang Perwakilian Sekalian,

9. Irene Nativadad, Presiden Global Summit of Women, Amerika Syarikat, menyatakan Malaysia adalah merupakan satu-satunya negara di Asia Pasifik yang memberikan perhatian dan penghormatan kepada wanita.  Malah peningkatan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan di sektor awam dan swasta ke tahap 30 peratus adalah satu pengiktirafan dari kabinet kepada wanita di Malaysia.

10.   Peranan Wanita perlu terus diperkasakan secara berterusan di semua peringkat. Menurut Laporan Malaysian Economic Monitor; November 2012 Report oleh Bank Dunia kadar penyertaan wanita Malaysia dalam pasaran kerja pada tahap yang masih lagi di tahap 47% berbanding Negara Asean lain,  Singapura (60%) and Thailand (70%). Peratusan ini kecil kalau kita bandingkan dengan jumlah pelajar wanita di pusat pengajian tinggi awam dan swasta ketika ini, iaitu 67 %

  1.  Di sini Wanita UMNO juga ingin mencadangkan perlaksanaan undang-undang untuk kerja waktu anjal.  Ini akan memberi peluang pekerja wanita untuk menyesuaikan masa permulaan dan masa tamat mereka setiap hari di sekitar satu set diperlukan “jam teras”.
  1.  Perlaksanaan ini telah terbukti berjaya dibeberapa Negara  berpendapatan tinggi seperti;  Finland, negara paling banyak mempunyai syarikat  (92%) yang mengamalkan peraturan kerja yang fleksibel, Sweden (86%), Australia (85%) dan Amerika Syarikat sebanyak 79%. Cadangan ini boleh membantu mencapai sasaran Rancangan Malaysia ke-10 iaitu 55% wanita di Malaysia berkerjaya.
  1. Ke arah memperkasakan Wanita juga, Kerajaan telah merangka pelbagai program bagi mencapai penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan di sektor awam dan swasta. Antara inisatif yang diambil ialah penubuhan Akademi Inovasi Wanita dan Program Pengarah Wanita.  Wanita UMNO menyokong penuh usaha dan inisatif tersebut, cuma apa yang ingin ditegaskan dan ditekan adalah pemantauan dan penglibatan wanita Melayu dan Bumiputera yang harus diberikan perhatian yang serius terutama daripada segi jumlah mereka. Ini kerana setakat ini,  penyertaan wanita Melayu dan Bumiputera adalah dalam peratusan yang sangat kecil.
  1. WANITA ingin mencadangkan agar sebagai permulaan semua GLC dapat mengambil peserta yang telah mengikuti program ini dengan jayanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah, bukan seorang tapi sekurang-kurangnya dua(2) orang.  Jadi, Barulah GLC ni boleh menjadi contoh kepada syarikat swasta yang lain.

Tan Sri Pengerusi dan Sidang Perwakilan sekalian,

15. Alhamdullilah, Wanita UMNO kini mempunyai keahlian seramai 1.37 juta orang.  Angka ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa melalui usaha dan perancangan pucuk pimpinan Wanita UMNO. Dalam apa keadaan sekalipun Wanita UMNO tetap setia menjunjung perjuangan parti. Ini janji kami, ikrar Wanita UMNO dalam memperkasakan bahtera ibu pertiwi.

15. Maka, derap langkah harus tangkas bagai gelombang dua belas, iaitu lambang citra  kehebatan langkah srikandi.  Ini yang harus diwarisi supaya wanita Melayu terus mara dan dihormati. Umat Melayu tak kan ketandusan srikandi yang setia dan sanggup berkorban demi ibu pertiwi.

16. Kami, ahli Pergerakan Wanita UMNO akan bergerak semuafakat bagai kata peribahasa Melayu rentak sedegam, langkah sepijak.  In shaa Allah dengan kewibawaan jurumudi dan kesetiaan anak kapal,  kita akan sama-sama belayar memenuhi mandat dan harapan yang diletakkan di bahu kami sebagai tulang belakang parti.

17 Wanita UMNO tidak lupa akan pesanan pemimpin terdahulu, betapa melalui masa akan timbul dan wujud isu baru, perkembangan baru, cabaran baru dan situasi baru. Ini semua pastinya memerlukan UMNO menanganinya dengan cara baru. Generasi muda atau baru akan muncul di kalangan orang-orang Melayu, dengan aspirasi dan tuntutan-tuntuan serta cita-cita baru. Pada masa itu, UMNO perlu bersedia menangani cabaran-cabaran semasa. Bentuk perjuangan UMNO pada masa-masa akan datang pastinya akan berubah.

18.  WANITA dengar dengan teliti dan menyokong transformasi parti yang digariskan oleh Presiden parti. Hakikatnya kini teknologi komunikasi telah meruntuh sempadan yang menghalang penyebaran maklumat, sama ada ianya benar atau palsu. Wanita UMNO akan memainkan sebagai jurucakap dan pembela parti dalam berhadapan dengan tohmahan dan fitnah pihak pembangkang.

Yakinlah dengan WANITA, Datuk Presiden.   Kami bukan hanya pandai bercakap sahaja, kami akan pastikan, kami akan jayakan dan kami akan laksanakan.

Tan Sri Pengerusi & Para perwakilan yang disayangi,

19. Wanita percaya selain dari jalinan rangkaian yang mantap, kualiti taat setia. Kesungguhan yang tinggi juga melayakkan Wanita UMNO diiktiraf sebagai tulang belakang UMNO. Pada PRU13 wanita UMNO membuktikan kebolehan dan kemampuan dengan memenangi 8 kerusi Parlimen dari 10 yang ditandingi. Ia adalah jumlah terbanyak di kalangan Wanita BN.

20. Jalinan Rakyat telah berjaya memainkan peranan mereka dengan baik sekali bagi membantu semua calon dalam UMNO dan Barisan Nasional.  Terima kasih kepada semua jentera parti terutama Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang yang merupakan penggerak utama kepada kejayaan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13. Inilah antara sumbangan terbesar wanita UMNO kepada parti yang dicintai ini.

21. Hasil kejayaan ini tidak meletakkan wanita UMNO dalam situasi yang selesa. Wanita Umno akan sentiasa bersedia dan akan terus memberi sumbangan bagi membantu UMNO dan kerajaan bagi mentadbir negara tercinta ini. Sudah semestinya cabaran masa akan datang bukan hanya untuk WANITA UMNO tetapi juga cabaran kepada parti dan negara. Wanita tetap akan bersama pucuk kepimpinan UMNO sebagai tulang belakang dalam menghadapi sebarang halangan dan cabaran yang mendatang.

22. Ucapan terima kasih tidak terhingga jua kepada YAB Presiden kerana memberi kepercayaan dengan melantik 7 orang wanita dalam kabinet, 2 sebagai Menteri dan 5 sebagai Timbalan Menteri.  Walaupun angka ini mewakili 12(%) peratus jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan, ianya tetap bermakna bagi wanita Malaysia secara keseluruhannya, tapi belum cukup Datuk Seri.

 

Cekal Setia Memikul Amanah

Berjuang Menjulang Harapan Bangsa

Tak Kenal Istilah Lelah Dan Kalah

Pengorbanan Wanita UMNO Sepanjang Masa

 

Tan Sri Pengerusi dan Perwakilan Dihormati Sekalian,

Kepimpinan UMNO telah memainkan peranan memperkasa wanita samada dalam jawatan kerajaan, GLC, korporat dan badan-badan sosial.  Dasar dah cukup cantik.  30 peratus pelaksana dalam sector awam, 30 peratus dalam swasta.  Memang cukup cantik tapi pelaksanaan belum tercapai.  Macam tunggu buah tak gugur. Wanita berharap yang Dayuk Presiden dapat tengok perkara ini.  Perlu pastikan pelaksanaan ambil kira juga peratus jumlah wanita melayu supaya mereka tak tercicir.

WANITA mencadangkan agar Kerajaan meletak KPI dalam semua agensi dan syarikat-syarikat ini agar pelaksanaan dapat dipantau secara bersekala.

WANITA pasti kalau cadangan ini dapat dilaksanakan, ianya akan memberi satu lonjakan semangat kepada wanita keseluruhan terutamanya kepada ahli dalam mengharungi masa hadapan yang berliku dan penuh cabaran. Lagipun, pengundi wanitalah yang turut memberi mandate kpd Barisan Nasional dalam PRU yang lepas

27. Menang sudah, pemilihan parti pun sudah. Sekarang masanya untuk kita semua fokus ke arah menjayakan program transformasi negara, seterusnya meewajahkan masa depan parti sebagaimana yang disebut dalam ucapan dasar Presiden.  Hakikatnya, untuk menang majority 2/3, parti mesti diperkukuhkan.  Antaranya adalah berkaitan dengan keahlian UMNO itu sendiri. Lepas tu tumpuan juga perlu dalam soal daftar pemilih.

WANITA ingin mencadangkan agar diujudkan satu bahagian Khas Daftar Pemilih agar dapat ditubuhkan di ibu pejabat UMNO.  Jabatan ini mesti lengkap dengan semua fakta semasa berkaitan laporan ahli yang berdaftar dengan SPR dapat dibentang dan di pantau secara berterusan.  Bukan last minit baru nak check daftar pemilih.

 

PENUTUP

Saya akhiri ucapan saya dengan Gurindam Pesan-Berpesan

 

Kepada Allah sentiasa bermunajat,

agar urusan mendapat berkat.

 

Kepada Rasulullah perbanyakkan selawat,

agar mendapat syafaat di akhirat.

 

Kepada pemimpin setia dan taat,

agar parti kukuh dan kuat.

 

Kepada cendekia kasih dan hormat,

agar ilmu mendatangkan manfaat.

 

Kepada jelata pemimpin berkhidmat,

agar amanah memenuhi mandat.

Kepada perwakilan marilah kita beringat,

agar sentiasa menjadi obor rakyat.

 

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Wanita UMNO mohon menyokong.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Reaksi YBhg. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Berkenaan Pengumuman YAB Presden UMNO, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, menjadikan Pergerakan Wanita UMNO Sebagai Tulang Belakang UMNO

1) Pengumuman YAB Dato’ Seri Najib, Presiden UMNO pada pagi ini 5 hb Disember 2013 di mana beliau mengiktiraf Pergerakan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang dan bukan lagi sebagai sayap dalam UMNO adalah satu detik bersejarah dalam UMNO dan pembuka era baru perjuangan Wanita UMNO untuk pembangunan Wanita Msia .  

2) Setelah berjuang selama 66 tahun perjuangan Wanita UMNO berjaya diarus perdanakan dalam parti . Jasa bakti pengorbanan kekuatan komitmen Wanita UMNO di ktirafkan .                          

3 ) Saya amat bersyukur dgn pengiktirafan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang UMNO ini oleh YAB Dato’ Seri Najib kerana sejak Merdeka lagi Wanita UMNO memimpin merintis dan menjadi penggerak pembangunan wanita berbilang kaum di Malaysia . Dengan pengiktirafan ini maka wanita dalam mana-mana parti politik di Malaysia ada harapan untuk berdiri sama tinggi dengan kaum bapa berjuang dan membuat keputusan bersama .                            

4) Pengiktirafan ini oleh YAB Dato’ Seri Najib ada lah satu isyarat yang jelas bahawa wanita di Malaysia di mana jua mereka berada tidak di boleh diremehkan lagi , diketepikan mahupun diganaskan . Wanita mesti dihormati dan dihargai.

Terima kasih dan syabas kpd YAB Dato’ Seri Najib di atas pengiktirafan ini . Hanya seorang pemimpin yang mempunyai visi, jiwa besar , kayakinan diri dan kekuatan dalaman sahaja berani membuat pengiktirafan ini . Wanita tidak akan mempersiakan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang UMNO. Kami akan terus berjuang dangan penuh kesetiaan dan komitmen .

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Ketua & Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri 2013

BANNER ketua wanita negeri WEBSITE WANITA

 

PERLIS

Ketua Wanita

YB Hajah Rela Ahmad

Ketua Wanita Bahagian Kangar

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Shamsiah Yasin (baru)

Ketua Wanita Bahagian Arau

 

KEDAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Maznah Abdul Hamid

Ketua Wanita Bahagian Jerlun

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Marlia Abd. Latif

Ketua Wanita Bahagian Padang Serai

 

PULAU PINANG

Ketua Wanita

YB Senator Puan Norliza Abd. Rahim (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor

 

Naib Ketua Wanita

Cik Sofiah Sharif (baru)

Ketua Wanita Bahagian Nibung Tebal

 

KELANTAN

Ketua Wanita

YBhg. Datin Hajah Rahimah Hj. Mohamad

Ketua Wanita Bahagian Machang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Roslinah Mohamed

Ketua Wanita Bahagian Jeli

 

TERENGGANU

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Fatimah Hamat

Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu

 

Naib Ketua Wanita

YB Senator Hajah Rohani Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Kemaman

 

PAHANG

Ketua Wanita

YB Senator Roslin Hj. Abdul Rahman (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bentong

 

Naib Ketua Wanita

Puan Hajah Norahan Abu Bakar (baru)

Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau

 

PERAK

Ketua Wanita

YB Datuk Hajah Rusnah Kassim

Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dr. Azizah Johor (baru)

Ketua Wanita Bahagian Lumut

 

SELANGOR

Ketua Wanita

YBhg. Datin Paduka Dato’ Nor Hayati Tan Sri Onn (baru)

Ketua Wanita Bahagian Klang

 

Naib Ketua Wanita

YB Puan Halimaton Saadiah Bohan (baru)

Ketua Wanita Bahagian Subang

 

WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua Wanita

YB Senator Mariany Mohd Yit (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Nor’ashikin Yusof (baru)

Ketua Wanita Bahagian Batu

 

NEGERI SEMBILAN

Ketua Wanita

YB Dato’ Norhayati Omar

Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah

 

Naib Ketua Wanita

Puan Siti Harpah Md. Dom (baru)

Ketua Wanita Bahagian Rembau

 

MELAKA

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali

Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Nor Adibah Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu

 

JOHOR

Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain

Ketua Wanita Bahagian Kluang

 

Naib KetuaWanita

YB Senator Datuk Hajah Noriah Mahat

Ketua Wanita Bahagian Pagoh

 

SABAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Armani Haji Mahiruddin

Ketua Wanita Bahagian Libaran

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad (baru)

Ketua Wanita Bahagian Sepanggar

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Naib Ketua Dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia dilantik Ahli MT

azizah rosni

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik empat pemimpin daripada tiga sayap UMNO sebagai ahli tambahan MT manakala sembilan yang lain akan diumumkan minggu depan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang pertama malam tadi, selepas pemilihan pada 19 Oktober lalu.

Beliau berkata, dua wakil Pergerakan Wanita yang dipilih ialah Naib Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Datuk Rosni Sohar.

“Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan turut dilantik,” katanya di sini malam tadi. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Prospek wanita ceburi bisnes

AKSESORI WANITA DAN FESYEN

 

SETIAP wanita mempunyai cara tersendiri untuk menampung kehidupan. Salah satu cara ialah menceburi bidang perniagaan.

Begitulah yang dilakukan oleh Junaidah Amin, 49, yang memutuskan untuk menceburi perniagaan aksesori dan perhiasan wanita.

“Sebelum itu, saya menjalankan perniagaan jual beli emas tetapi selepas diperkenalkan dengan bisnes D’or Rue Sdn. Bhd. (D’or Rue), saya lantas berubah angin,” ujar wanita kelahiran Tawau, Sabah itu ketika ditemui di program Usahawan Bimbingan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di AEON Mahkota Cheras, Bandar Mahkota Cheras, Kajang, baru-baru ini.

Dia dan peserta lain diberikan latihan kemahiran mengenai selok-belok dunia perniagaan. Selain itu, peserta turut diajar membuat aksesori seperti kerongsang, baju Melayu, gelang dan lain-lain.

“Perniagaan sebegini menyeronokkan kerana setiap hari saya dikelilingi dengan barang-barang perhiasan yang cantik,” jelasnya.

Kini, Junaidah mengembangkan cabang kreativitinya dengan menghasilkan tudung yang dihaisi manik dan mutiara dari Sabah.

“Ramai yang memberi reaksi positif terhadap perhiasan tersebut terutamanya daripada pelancong-pelancong asing,” kongsinya yang sudah bermastautin selama 17 tahun di Kuala Lumpur.

Latihan intensif

Dalam pada itu, Noor Saliwati Md. Ali, 39, mula menyertai D’or Rue selepas mengikuti satu kursus perniagaan di ibu kota. Sepertimana Junaidah, dia diberikan latihan intensif sebelum diberikan mandat bisnes untuk menjual barang-barang syarikat tersebut.

“Sekarang saya mempunyai beberapa orang pelanggan tetap dari Kedah dan Johor. Malah, ada rakan-rakan yang turut berminat untuk berniaga bersama D’or Rue,” ujarnya. Dia menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram iaitu Sally Noor.

D’or Rue merupakan syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Perusahaan itu menjadi kilang pembuatan untuk aksesori fesyen, cenderahati korporat dan perhiasan unik.

Menurut Pengarah Urusan, Hanizah Zainuddin, syarikatnya kini memberi fokus untuk menarik lebih ramai wanita untuk menceburi bidang perniagaan.

“Kami memberi peluang kepada golongan wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal untuk menyertai D’or Rue kerana banyak manfaat bakal diperoleh.

“Selain diberi intensif perniagaan, kami turut mengajar mereka kaedah pemasaran yang berkesan,” ujarnya.

Salah satu program yang dijalankan ialah program Usahawan Bimbingan JPW yang diadakan di pasar raya besar, AEON seluruh Malaysia. Ia mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Sebagai permulaan, program itu mengadakan rangka promosi di AEON Mahkota Cheras sehingga esok. Selepas itu, ia akan berada di beberapa cawangan AEON antaranya Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Sumber – Kosmo!

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Penubuhan Akademi Inovasi Wanita Buka Tirai Baharu Perjuangan Hawa – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Penubuhan Akademi Inovasi Wanita yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat merupakan pembuka tirai baharu dalam perjuangan wanita Malaysia.

Penasihat Pembangunan Keusahwanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penubuhan akademi itu merupakan satu pengiktirafan kepada wanita yang telah menyokong kerajaan ke arah merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju.

“Ini juga selaras dengan agenda transformasi negara ke arah mengukuhkan peranan wanita dalam arus perdana pembangunan khususnya dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata bagi meneruskan program pembangunan wanita dan institusi kekeluargaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi melaksanakan pelbagai program.

Antaranya penubuhan Akademi Inovasi Wanita di bawah naungan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), yang akan merangka program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Ramani Gurusamy berkata pihak berkenaan perlu memastikan penubuhan akademi itu mempunyai dasar pelaksanaan berkesan supaya ia menepati objektif akademi dan memanfaatkan wanita.

Beliau berharap akademi itu kelak mampu melatih seramai mungkin wanita dalam bidang-bidang berkaitan dengan memberi manfaat paling maksimum.

Mengenai pelaksanaan pelbagai program bagi membantu wanita termasuk pesakit barah payudara, Ramani berkata ia pastinya antara berita gembira bagi NCWO kerana telah memperjuangkan perkara itu, sejak sekian lama.

“Kanser payudara adalah penyakit yang menjadi antara pembunuh utama golongan wanita di negara ini.

“Justeru, perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam agenda pembangunan dan kesihatan wanita (dalam Bajet 2014) amatlah kami hargai,” katanya.

– BERNAMA

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.