Umno Blogger Directory

2013

SOAL JAWAB BULAN APRIL 2013

Sementara tengah ada masa untuk menulis rasanya eloklah saya memenuhi janji saya untuk menjawab beberapa soalan yang sebelum ini diajukan oleh ramai pembaca saya samada di ruangan komen blog ini ataupun melalui email. Banyak soalan diajukan dalam bahasa inggeris tapi memandangkan saya pun malas nak guna bahasa inggeris malam ni so izinkanlah saya menjawab dengan bahasa pasar BM campur BI di mana yang perlu hehe..

SOALAN 1

Soalan yang pernah ditanyakan kepada saya adalah mengenai lambang ‘ILLUMINATI’ yang kononnya terdapat di PUTRAJAYA. Ada satu hamba Allah telah mengatakan kepada saya bahawa kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan dajal kerana terdapat lambang Illuminati di Putrajaya.

Now, saya malas nak komen mengenai gambar beberapa bangunan di Putrajaya sebab saya tahu rekabentuk itu tiada kaitan dengan Illuminati pun. Ini kerana sepertimana yang diberitahu oleh seorang ahli kumpulan Watchers International berbangsa Amerika-Yahudi kepada kami, bahawa setiap monumen yang direkabentuk oleh Illuminati adalah direka secara sangat teliti, tertakluk kepada protokol serta membawa maksud spesifik tertentu dan membawa maksud teologi Luciferian di dalamnya.

Kumpulan Iluminati yang membina bangunan dan monumen adalah bukan manusia bodoh sembarangan. Sepertimana telitinya kita umat Islam apabila membina Masjid yang berharga beratus juta ringgit, maka penganut agama Luciferian juga tidak akan mengambil mudah rekabentuk bangunan yang menggambarkan agama mereka
.

PRECINT 5, PUTRAJAYA

So, merujuk kepada gambar Presinct 5 yang kononnya lambang ‘All Seeing Eye’ itu.. Errr.. Saya rasa mana-mana senior elit Illuminati pun akan rasa marah jika kita mengatakan mereke membina monumen “all seeing eye” dengan rekabentuk semberono dan tidak senonoh begitu kerana ia seolah-olah kita mengatakan arkitek-arkitek mereka semua tak ada kelas. Jangan main-main dengan kumpulan elit ini, mereka akan marah jika dikatakan tiada kelas gitu.


Lagipun sekadar ada bentuk menyerupai ‘kelopak mata” (actually, lebih mirip kepada vagina tu adalah kot) macam design “1″ di atas tak bolehlah dikataka “the all seeing eye” kan? Lainlah kalau ada bijik mata seperti dalam design “2″ tu.

Setakat yang saya yakini, tiada lagi monumen “mata satu” yang dibina oleh Illuminati mengadap ke langit. Jangankan di Malaysia, di Vatican yang merupakan tempat berlangsungnya black mass pun tak ada monumen sebegitu. Membina monumen yang melambangkan “Lucifer” berlawan mata dengan Tuhan? Saya yakin mereka tidak akan berani berbuat begitu. Malahan setakat kini semua lambang “All Seeing Eye” hanyalah diletakkan secara horizontal iaitu di tempat tinggi memandang ke tepi atau ke bawah. Inilah maksud teologi “all seeing eye” yang sebenar iaitu memandang kepada manusia yang diperhambakan oleh Dajjal di bawah.

Apabila saya menyatakan bahawa tiada monumen “all seeing eye” yang dibina menghadap ke langit, seorang hamba Allah telah menunjukkan kepada saya gambar dibawah dan mengatakan bahawa di Vatican dan di Putrajaya pun ada lambang “all seeing eye” mengadap ke langit.

Mengenai gambar ini, sukalah saya menjelaskan bahawa dikalangan pengkaji Illuminati sudah sepakat mengatakan bahawa lambang di St. Peter Square di Vatican itu memanglah lambang Illuminati tapi bukanlah lambang “All Seeing Eye” tapi adalah lambang roda pagan iaitu “eight pointed cross” atau dikenali juga sebagai “eight-point sun wheel“. Mari kita lihat dengan lebih jelas gambat Saint Peter Square dibawah. dan kemudian bandingkan dengan lambang roda pagan yang saya cedok dari wikipedia

Saint Peter Square

The eight-armed sun cross represents the Pagan Wheel of the Year.
Mengenai maksud disebalik lambang ini rasanya tak perlulah dijelaskan disini kerana dalam wikipedia pun ada (klik SINI atau SINI). Yang penting saya ingin sampaikan disini ialah bulatan di Putrajaya tu bukanlah lambang yang sama dengan di Vatican kerana di Vatican ada 8 bucu manakala di Putrajaya ada 9 bucu. Di Vatican 8 bucu tu adalah terhasil daripada pertidihan 4 garisan yang lurus manakala di Putrajaya terdapat 9 cabang yang bertempiaran tak ada seni pun. Lihat garis dibawah untuk pemahaman lanjut. 

Okay, lagi satu monumen yang jadi mangsa ialah monumen tugu peringatan putrajaya. Gambar di bawah saya ambik dari satu blogger pro-pembangkang.

Bagi saya blogger-blogger pembangkang yang menjaja gambar ni memang bengap. Tentang silap faham lambang di Saint Peters Square tu saya boleh lah faham sikit. Tapi menyamakan menara berbentuk ‘obelisk’ di Washinton DC dengan menara berbentuk berbentuk roket tu saya memang tak faham. Takkanlah mereka tak menyedari bahawa di setiap obelisk terdapat bentuk piramid di atasnya manakala menara di putrajaya tu langsung tak ada piramid? (lihat dibawah)

Yang peliknya, mereka tahu pula tu bahawa menara obelisk yang diagungkan oleh Iluminati itu adalah meniru rekabentuk “jamratul ” di Mekah iaitu tiang yang melambangkan Iblis yang pernah cuba menghasut Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Entah bagaimana mereka boleh menyamakan design menara putrajaya dengan bentuk jamratul di Tanah Suci.

SOALAN 2
Soalan kedua yang pernah ditanya melalui email kepada saya ialah mengenai hubungan Dato Harun Din dengan Anwar Ibrahim. Ini soalan klasik yang selalu digunakan sebagai modal oleh penyokong PKR ni malahan semenjak 1998 (iaitu semasa Anwar dipecat oleh Tun Mahathir kerana didapati menyondol bontot Azizan) soalan ni dah berkumandang dikalangan penyokong Reformasi.
Soalan dia lebih kurang begini.
“Dato Haron Din kan orang berilmu tinggi. Takkanlah dia tak boleh guna ilmu dia untuk memastikan Anwar tu membontot atau tidak.”
Actually saya pun tak reti nak jawab soalan klasik no juga. Saya masa belajar di U dulu sering mendengar lagenda Dato Haron Din memindahkan jin di UKM ke penempatan baru. Macam-macam versi saya dengar termasuklah yang melibatkan penggunaan 10 buah bas UKM katanya. Memang kagumlah.
Memandangkan saya tak ada access nak berjumpa Dato Haron Din, maka yang terbaik saya boleh lakukan ialah bertanyakan kepada sahabat saya dalam Watchers iaitu Imam Ali yang juga merupakan pengamal perubatan ruqyah. Imam Ali pun kata soalan sebegini lebih baik ditanyakan kepada tuan punya badan namun untuk tujuan hypothetical maka dia berpendapat sebabnya ‘mungkin’ sebegini.
Terdapat perbezaan di antara Ilmu Ruqyah dan Ilmu Kebatinan. Ilmu rukyah yang 100% bergantung kepada penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran sahaja hanya ada satu cabang iaitu cabang kebaikan, Ilmu kebatinan pula boleh jadi ilmu putih atau ilmu hitam iaitu bergantung kepada niat pengamalnya. Kata Imam Ali pengamal ilmu kebatinan ‘putih’ sering menggelar menggelar makhluk halus yang membantu mereka sebagai ‘sahabat’ manakala pengamal ilmu hitam pula menggelar makhluk halus ini ‘khadam’ atau ‘suruhan’ atau ‘peliharaan’.
Sekiranya anda (contohnya) ingin melakukan sesuatu yang ‘cool’ atau nampak hebat, maka anda akan memilih untuk menuntut ilmu kebatinan. Salah satu ilmu batin yang paling boleh mengkagumkan orang lain ialah ilmu menilik atau digelar juga sebagai ‘scanning’. Tentang ilmu scan ini pernah saya tulis artikel mengenainya dahulu di dalam artikel bertajuk “WHAT IF” (klik sini kalau belum pernah baca). Saya pernah terbaca mengenai Mona Fendey yang mempunyai ilmu scanning yang cukup hebat sehinggakan mampu mengetahui niat orang yang bertandang ke rumahnya. Malahan seringkali kita baca mengenai dukun-dukun berilmu tinggi yang boleh membaca fikiran orang. Ini semua adalah ilmu batin yang sangat mengkagumkan.
Menurut Imam Ali, beliau sebagai pengamal rukyah tidak mampu membaca isi fikiran orang ATAU melihat apa yang sedang dilakukan oleh seseorang dimasa lalu ATAU melihat sesuatu kejadian melalui semangkuk air. Islam sendiri melarang tilik-menilik maka sudah tentulah di dalam rukyah itu sendiri tiada ayat Al-Quran yang boleh digunakan untuk scanning seseorang. Yang ada dalam rukyah hanyalah doa-doa memohon perlindungan Allah yang mana sekiranya diizinkan oleh Allah akan menyebabkan timbul firasat untuk mengelak musibah. Contohnya pengamal doa tertentu akan mendapat ‘feeling’ yang mana akan membantu beliau mengelakkan musibah sebelum ianya berlaku (samalah macam sembahyang istikharah).
Imam Ali tidak berani membuat spekulasi mengenai kemampuan Dato Haron Din. Imam Ali sekadar mengatakan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim itu bersahabat dengan beliau, beliau pun tidak boleh membaca fikiran Anwar Ibrahim atau melihat adegan homoseks Anwar Ibrahim melalui semangkuk air. Mungkin yang beliau akan lakukan adalah melakukan apa yang dibuat oleh Sidek Baba yang telah bersembahyang istikharah sebelum membuat keputusan meninggalkan sahabat lamanya Anwar Ibrahim.
Okaylah, sekarang dah jam 10.37 malam dan besok nak pergi kerja. So saya berhenti dulu disini dan akan sambung Q & A di hari lain.
Assalamualaikum.

AFTERDARK WRITES!
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

2013 ILLUMINATI PELAN INDUK – RELIK PUAKA, SYRIA DAN PEPERANGAN BESAR (TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DARI ARTIKEL ASAL)

Berikut adalah terjemahan artikel saya yang ditulis pada 2009.

(artikel dalam bahasa Inggeris – klink sini)

Mudah-mudahan diberikan rezeki dan rahmat kepadaBLACK DRAGON kerana kesudian beliau menterjemah artikel antik saya ini sedangkan saya tidak mampu membayar.

Terima kasih BLACK DRAGON!!

2013 ILLUMINATI PELAN INDUK - 
RELIK PUAKA, SYRIA DAN PEPERANGAN BESAR 
(TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DARI ARTIKEL ASAL)



Pada 22 Disember 2009, saya menghantar sebuah artikel di MYKMU.net berhubung pemprofilan kami (Kumpulan Watcher) mengenai apa yang akan berlaku di Syria. Tidak ramai pembaca membacanya pada ketika itu, namun saya tetap bersyukur kerana dua blogger (azharshafie.blogspot.com dan http://wirdachomel.multiply.com/) yang menyiarkannya semula dalam blog mereka.

Dalam artikel saya pada bulan Mac 2011″THE ‘REVOLUTION’ TOWARDS AS-SUFYANI?” saya menyebut artikel ini sekali lagi tetapi tanpa pautan kepadanya. Sejak itu, saya telah menerima beberapa permintaan untuk menyiarkan semula artikel 2008 tentang ramalan mengenai Syria diterbitkan di sini. Baiklah, inilah artikel itu:



(SEPERTI YANG DISIARKAN DALAM MYKMU.NET PADA 22 DISEMBER 2008)

Ini adalah artikel terbaru saya sebagai sambungan terhadap artikel “2013 Illuminati Blueprint” yang telah diterbitkan di MYKMU dan azharshafie.blogspot.com (terima kasih azhar!) baru-baru ini.


Beberapa orang pembaca telah pun menghantar e-mel kepada saya supaya memberikan penjelasan lanjut mengenai ramalan Salib Asli (True Cross). Sebenarnya perkara ini telah pun dibincangkan secara ringkas dalam balasan kepada artik
Novus Ordos Seclorum & The All Seeing Eyes articles, tetapi untuk memudahkan para pembaca dan berikutan cadangan daripada pemerhati Illuminati lain dari timur tengah, kini saya akan menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai ramalan ini yang kini hampir lengkap sepenuhnya.

Tujuan pendedahan maklumat ini kepada anda bukanlah semata-mata untuk menakutkan anda (sekurang-kurangnya bukan sengaja). Selepas membaca artikel ini, anda akan menyedari bahawa kita mempunyai prospek yang lebih baik untuk meniti usia tua berbanding saudara Muslim kita di Syria. Mungkin ada antara kita yang menganggap ia sebagai berita baik, orang lain mungkin mempunyai anggapan yang berbeza.


(Peringatan: Sebahagian kandungan artikel ini adalah berdasarkan pada Mitologi Kristian)

Perkataan “Salib Asli” merujuk kepada Palang Kayu yang diyakini digunakan untuk menyalib Nabi Isa sebelum baginda ditombak oleh Askar Rumawi yang bernama Longinus dan berdarah sehingga mati. Dalam mitologi Kristian, tiga item yang terlibat sewaktu penyaliban telah menjadi relik suci iaitu Palang Kayu yang kemudian dinamakan sebagai “Salib Asli” (True Cross), sebatang Lembing yang digunakan turut mendapat nama “Lembing Takdir” (Spear Of Destiny), (Injil John 19:31–37) dan Cawan yang digunakan untuk menapai darah Nabi Isa yang menitis yang amat dikenali sebagai “Cangkir Suci” (Holy Grail). Kemudian, dipercayai pula bahawa ketiga-tiga relik suci ini boleh memberikan kuasa mutlak kepada sesiapa yang memilikinya terutamanya jika ia digabungkan bersama-sama.

Kini, terdapat dua pandangan berbeza dalam Kumpulan Watcher yang diambil oleh umat Islam dan Kristian berdasarkan fahaman agama masing-masing. Di sebelah Kristian, mereka percaya bahawa orang yang disalib itu adalah Isa, oleh itu semua peninggalan yang pernah berlumuran darah baginda adalah SUCI dan kuasa relik ini bersumberkan sesuatu yang kudus. Tanpa sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pembaca Kristian dan rakan-rakan saya di luar sana, kami umat Islam di dalam kumpulan Watcher berpegang teguh pada versi Quran (An-Nisa 157) bahawa orang yang disalib itu bukanlah Isa Al-Masih. Siapa pun yang orang disalib (Judas Eskariot?) pada Salib itu adalah seorang yang murtad daripada Allah kerana menjadi kepercayaan kita bahawa Allah tidak akan sesekali membenarkan orang yang tidak berdosa untuk disalib dengan cara yang sebegitu hina. Oleh itu, relik itu sendiri walaupun mempunyai kuasa, amat dibimbangkan kuasa itu sebenarnya bersumberkan kejahatan kerana darah yang telah menitis ke atasnya itu adalah darah tercemar daripada Judas si pembidaah yang menyeleweng.


KISAH LEMBING TAKDIR
 

Kisah penyaliban Nabi Isa dikatakan berlaku di Calvary, yang juga dipanggil sebagai Golgota, di luar dinding purba Jerusalem pada awal abad Pertama. Relik itu telah disimpan oleh para pengikutnya di Jerusalem sehingga ia dipindahkan selepas Perang Salib. Tidak kira apa yang diberitahu kepada anda tentang Perang Salib, sebab sebenar di sebalik peperangan itu sebenarnya adalah kerana perebutan untuk merampas relik itu. Relik tersebut telah menyebabkan meletusnya Perang Salib pada abad ke-11.


Menurut buku teks, Perang Salib Pertama telah dilancarkan pada tahun 1095 oleh Paus Urban II dengan dwi matlamat untuk menakluki semula kota suci Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dan membebaskan orang-orang Kristian Timur daripada pemerintahan Islam. Sebaliknya, apa yang tidak dimasukkan ke dalam buku teks adalah niat sebenar di sebalik Perang Salib Pertama. Ia bukanlah bertujuan untuk membebaskan Komuniti Kristian tetapi sebenarnya untuk merampas dan menyelamatkan relik itu daripada Kerajaan Islam. Kedua-dua golongan kesateria dan petani daripada pelbagai negara-negara Eropah Barat mengembara melalui tanah dan laut ke arah Baitulmuqaddis dan menawan bandar tersebut pada bulan Julai 1099, seterusnya mewujudkan Kerajaan Jerusalem dan lain-lain negeri Salib. Sepanjang tempoh berlakunya perang, tentera salib membunuh hampir setiap penghuni Jerusalem. Penduduk Islam, Yahudi, dan juga orang Kristian timur semuanya telah dibunuh beramai-ramai. Penduduk-penduduk itu dibunuh di dengan dalih bahawa mereka menyebelahi musuh sedangkan hakikatnya mereka dibunuh untuk menyembunyikan pemilikan relik oleh perintah tertinggi dalam perang salib.


Selepas berlakunya Perang Salib pertama, Persaudaraan Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), lebih dikenali sebagai kesateria templar atau peraturan rumah agama (Perancis: Ordre du Temple or Templiers) didirikan dengan tujuan yang “dikatakan” untuk memastikan keselamatan ramai penganut Kristian yang menziarahi Jerusalem selepas penaklukannya. Dakwaan ini sedah tentunya palsu kerana Kesateria Templar telah ditubuhkan untuk melindungi peninggalan di dalam kawasan Jerusalem. Legenda mengatakan bahawa apabila relik itu berada di tangan mereka, tentera salib mendapati kuasa menakjubkan daripada relik itu yang mampu memperkasakan pemakainya menjadi tidak terkalahkan dalam peperangan. Legenda Kristian mengatakan bahawa Kesateria Templar telah menggunakan Lembing dalam kemenangan terkenal mereka pada tahun 1177 semasa Peperangan Montgisard, iaitu kira-kira 500 kesateria Templar membantu tentera Salib untuk mengalahkan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang berjumlah lebih daripada 26,000 tentera.

Lembing Takdir itu kemudian dipercayai bertukar tangan kepada orang-orang Rom. Queen Helena Augusta Constantinople (sekitar 250– sekitar 330 TM) telah diberitahu tentang kuasa relik itu dan mengembara ke Jerusalem untuk mendapatkannya. Setibanya di Jerusalem dia membina sebuah Gereja (ada yang mengatakan dia sebenarnya membina ibu pejabat pertama untuk Kesateria Templar) yang menyebabkan Kesateria Templar bersedia meminjamkan Lembing Takdir kepada beliau. Relik itu tidak pernah dikembalikan kepada para Templar. Sebaliknya Queen Helena memberikan Lembing itu kepada anaknya Constantine the Great yang kemudian menjadi Maharaja Rom Kristian pertama yang memerintah empayar terdiri daripada Britain, Gaul, dan Sepanyol. Oleh itu, adalah dipercayai bahawa Empayar Rom itu sendiri dibina daripada kuasa relik itu.


Lembing Takdir itu juga bertanggungjawab terhadap Perang Dunia II. Amat diketahui di kalangan penyokong Illuminati bahawa Austria telah dirampas oleh Nazi pada tahun 1938 semata-mata untuk merampas Lembing daripada Koleksi Reichskleinodien atau Regalia Diraja milik Sigismund (Maharaja Suci Roman selama empat tahun dari 1433 sehingga 1437) yang pada masa itu yang disimpan dalam Schatzkammer (Perbendaharaan diraja) di Vienna.


Apabila Austria telah dimasukkan ke dalam Jerman, Adolf Hitler mengambil Lembing itu, demikianlah pertumpahan darah yang mengekori daripada Kempen Tentera Jerman. Ini juga adalah sebab tersendiri mengapa Amerika Syarikat menyertai peperangan. Kemudian selepas perang ia telah dirampas oleh Jeneral Amerika, George S. Patton yang dikatakan mengembalikan Lembing itu ke Austria untuk disimpan di Muzium Kunsthistorisches. Lembing yang dikembalikan adalah palsu. General Patton adalah ahli Illuminati yang di bawah arahan untuk menyerahkan Lembing itu kepada Illuminati. Lembing itu dimiliki oleh Illuminati sejak itu dan menunggu kedatangan Anti Isa dan Novus Ordos Seclorum.



Tidak kira betapa kudusnya anggapan penganut Kristian tentang Lembing Takdir ini, saya amat bersetuju dengan anggapan bahawa relik ini sememangnya berpuaka dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai berasal daripada sesuatu yang suci. Jejak darah sepanjang abad termasuk peperangan besar dan pertumpahan darah boleh dikaitkan dengan relik ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa beberapa kuasa besar telah ditubuhkan selepas memiliki relik tersebut. Kebangkitan Empayar Rom, Empayar Jerman dan Empayar Amerika Syarikat hari ini semuanya dikaitkan dengan pemilikan relik ini dan kesemua mereka meninggalkan jejak kematian dan kesengsaraan di belakang mereka.


KISAL CANGKIR SUCI (HOLY GRAIL)
 

Menurut mitos Kristian, Cangkir Suci adalah hidangan, pinggan, atau cawan yang digunakan oleh Nabi Isa pada Perjamuan Akhir, yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib. Oleh kerana cangkir itu kecil dan mudah disembunyikan, Kesateria Templar dapat menyembunyikan di Jerusalem dan menghalangnya daripada dirampas oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kesinambungan Kesateria Templar (yang kemudiannya menjadi seorang Nabi atas nama Freemason dan Pertubuhan Rahsia Illuminati) juga dikaitkan dengan kesinambungan pemilikan cangkir oleh keturunan Templar.


Di kalangan pemerhati Illuminati, dikatakan bahawa Cangkir itu pernah dimiliki oleh Renaud de Châtillon, seorang Kesateria Templar yang berkhidmat dalam Perang Salib Kedua dan kekal di Jerusalem selepas kekalahannya. Ini adalah berdasarkan kisah bahawa biara San Juan de la Peña, yang terletak di barat daya Jaca, di wilayah Huesca, Sepanyol, pernah ditugaskan untuk melindungi cangkir itu. Dikatakan bahawa artifak adalah bekas batu abad pertama Timur Tengah, mungkin dari Antioch, Syria (kini Turki). Cerita ini menimbulkan saranan bahawa bekas itu dihantar oleh Renaud de Chatillon yang ingin menyeludup Cangkir itu dari Antioch, Syria ke Huesca, Sepanyol.

Selepas terselamat dalam pengepungan oleh Salahuddin Al Ayubi, cangkir itu diseludupkan dan dipindahkan secara rahsia oleh saki baki keturunan Templar. Akhirnya apabila golongan Illuminati memutuskan untuk berpusat di Amerika Syarikat, awal perubahan abad mencatatkan bahawa partisan Ireland dari Dhuir Clan (O’Dwyer, Dwyer) mengangkut Cangkir itu ke Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan Cangkir itu disimpan oleh keturunan mereka secara rahsia di sebuah biara kecil di sebelah atas Barat Laut (kini dipercayai menjadi Minnesota Selatan).

Lokasi cangkir tersebut kini masih menjadi rahsia yang pegang ketat oleh Perintah Tertinggi Illuminati. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa Cangkir Suci dan Lembing Takdir telah pun bersatu di Amerika Syarikat sekarang, menunggu untuk ditemukan dengan relik daripada Salib Asli yang akan menandakan permulaan kedatangan New World Order di bawah Anti-Christ.



RELIK SALIB ASLI
 

Renaud de Châtillon adalah seorang tokoh penting di belakang Perang Salib terakhir antara golongan Kristian dan tentera Salahuddin Al Ayubi. Dia merupakan ahli Kesateria Templar yang berkhidmat dalam Perang Salib Kedua dan kekal di Jerusalem selepas kekalahan. Dia kemudiannya berpindah ke Antioch, Syria yang ketika itu merupakan Negeri Salib dan memegang gelaran Lord of Kerak dan Montréal. Renaud adalah seorang pembenci Islam tegar dan membenci setiap umat Islam yang dilihatnya. Dia terkenal dengan kekejaman yang melampaui batas di Kerak, kerana sering menghumban musuh dan tebusannya (khususnya umat Islam) daripada tingkat atas istana supaya jatuh berkecai di atas batu di bawah. Pembunuhan ini sebenarnya bukan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu jahatnya, Renaud de Châtillon sebenarnya adalah pengikut Lucifer berpura-pura menjadi penganut Kristian di luar. Pembunuhan yang dilakukan itu adalah sebenarnya sebagai korban manusia kepada Lucifer.

Pada tahun 1160, Renaud menjalankan serbuan rampasan terhadap golongan petani Islam Syria dan Armenia di kejiranan Marash. Dalam serbuan itu, dia telah ditangkap oleh orang Islam dan ditahan di Aleppo, Syria selama tujuh belas tahun. Walau bagaimanapun, sebagai bapa tiri kepada Maharani Maria anak perempuan Constance dari Antioch, dia telah ditebus dengan jumlah wang yang luar biasa banyaknya iaitu 120,000 dinar emas.

Bukan seorang yang mengenang budi, pada November 1177, Renaud mengetuai tentera kerajaan bersama dengan Kesateria Templar telah mengalahkan Salahuddin Al-Ayubi di Pertempuran Montgisard, Jerusalem yang menyaksikan tentera Islam hampir-hampir tidak dapat melepaskan diri. Legenda Kristian mengatakan bahawa Kesateria Templar telah memanggil kuasa ketiga-tiga relik yang disimpan di Jerusalem untuk menaikkan semangat perang tentera salib untuk memenangi pertempuran itu.


Salahuddin Al Ayubi menghabiskan tahun-tahun berikutnya untuk pulih daripada kekalahan dan membina semula tenteranya, dia memperbaharui serangan beliau pada tahun 1179 untuk membuktikan bahawa kehendak Allah tidak boleh dikalahkan oleh kuasa relik itu semata-mata. Beliau mengalahkan tentera Salib di Pertempuran Yakub Ford, Jerusalem selepas gencatan senjata telah diisytiharkan di antara Salahuddin dan Amerika Salib pada tahun 1180. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu dan untuk menghormati kepercayaan Kristian, Salahuddin mengambil keputusan untuk tidak merampas relik itu.


Dalam tahun 1181, walau bagaimanapun, Renaud yang masih tidak bersyukur, kalah pada godaan untuk tidak mengapa-apakan rombongan umat Islam yang melalui Kerak, walaupun adanya gencatan senjata antara Salahuddin dan raja, Renaud mula menjarah lagi. Renaud juga secara peribadi bertanggungjawab menyerang kafilah-kafilah Islam, yang cuba meminta belas kasihan beliau dengan melafazkan perjanjian gencatan senjata antara umat Islam dan Kristian, namun usaha itu ternyata sia-sia. Renaud menghina Nabi Muhammad sebelum membunuh dan mendera sebilangan daripada mereka. Apabila mendengar berita ini, Salahuddin bersumpah untuk menghukum Raynaud dengan tangannya sendiri. Salahuddin juga menuntut ganti rugi dari Raja tetapi Raja menjawab bahawa beliau tidak dapat mengawal Renaud yang liar itu. Akibatnya, perang tercetus antara Salahuddin dan tiga Kerajaan Kristian dalam tahun 1182 selepas Salahuddin boleh memandang ringan terhadap ancaman Ranaud untuk menyerang kota suci Mekah dan Madinah. Pada bulan Julai 1187, Salahudin berjaya menawan kebanyakan Kerajaan Jerusalem. Pada 4 Julai 1187, beliau berhadapan dengan Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa tiga Kerajaan Kristian. Dalam pertempuran ini sahaja, sebahagian besar tentera Salib dan juga Templar telah dihapuskan oleh umat Islam dalam cara yang membawa kemusnahan besar bagi tentera Salib dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin menangkap Raynald de Chatillon dan kemudian menjatuhkan hukuman terhadapnya. Pada malam itu juga, Salahuddin mengarahkan hukuman terhadap beratus-ratus Kesateria Templar.

Salah satu barang yang disita selepas Pertempuran Hattin adalah relik Salib Asli. Salib itu telah dibawa ke Damsyik, Syria dan diarak secara terbalik oleh pemerintah Damsyik di sepanjang jalan di bandar itu. Relik Salib Asli dipercayai terus tersembunyi di Syria sehingga hari ini. Sila ambil perhatian penting bahawa, relik Salib Asli ini telah hilang daripada pemilikan Templar pada abad ke-12.





RAMALAN TENTANG IMAM MAHADI DAN PERTEMPURAN BESAR DI SYRIA

(NOTA: ARTIKEL BERIKUT AKAN MENDEDAHKAN KEPADA ANDA TENTANG APA YANG TELAH DITEMUI OLEH GOLONGAN ANTI-ILLUMINATI BERDASARKAN RUJUKAN SILANG TERHADAP SEMUA RAMALAN YANG SEDIA ADA, SAMA ADA DARI SUMBER UMAT ISLAM DAN KRISTIAN)


Pada bulan April tahun ini, pemerhati Illuminati di seluruh dunia terpinga-pinga dengan berita bahawa kunci dari abad ke-12 telah dilelong oleh Sotheby pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60 juta). Kononnya, kunci ini adalah Kunci Kaabah yang telah dicuri walaupun pada hakikatnya tiada siapa pun yang dapat mengesahkan sama ada terdapat kes kecurian kunci Kaabah sebelum ini. Percaya atau tidak, tetapi timbulnya spekulasi bahawa kunci itu adalah petunjuk seterusnya mengenai lokasi tersembunyi relik Salib Asli di Syria. Ada antara kita yang bahkan menggelar ia “Kunci Saladdin”.

Golongan Illuminati dan anti-Illuminati percaya bahawa Sejarah akan berulang lagi dan Perang Besar Salib akan berlaku lagi untuk kali keempat dan terakhirnya di Syria. Golongan Illuminati yang berketurunan dari Kesateria Templar akan melancarkan balas dendam terhadap umat Islam. Golongan Illuminati mempunyai sifat lucu apabila berkaitan dengan nombor (sindiran disengajakan) akan melancarkan perang ini pada abad ke-21 untuk mengenang perkara yang sama berlaku pada abad ke-12 (anda perasan apa-apa yang pelik dengan nombor tersebut di sini?).


Pada bulan April 2003, semasa Amerika Syarikat berada di tengah-tengah Perang Teluk Parsi, seorang penulis Amerika menulis sebuah buku yang akhirnya menjadi jualan terlaris New York Times “Beyond Iraq: The Next Move”. Dalam buku itu, Michael D. Evans mendakwa bahawa senjata pemusnah besar-besaran berada di Syria. Beliau seterusnya menuduh Saddam Hussien memindahkan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan dana-dana ke Syria untuk menyalurkannya keluar dari Iraq. Dalam masa terdekat, tuduhan sebegitu akan menjadi sebahagian daripada sebab-sebab rasmi untuk melancarkan perang terhadap Syria. Sebab utama itu adalah perkembangan peristiwa yang akan dijadikan sebagai alasan untuk melancarkan perang. Persediaan untuk perang telah pun berlaku apabila Laksamana Millen membuat lawatan berpandu yang jarang berlaku di sempadan Syria pada 28 Jun. Ada sesetengah pihak berspekulasi ia sebagai persediaan serangan pada masa akan datang.



Di kalangan anti-Illuminati, secara meluas dipercayai bahawa matlamat utama serangan itu adalah untuk merampas relik Salib Asli. Legenda menyatakan bahawa Lucifer dan Molokh sendiri telah mengarahkan Perintah Teringgi Illuminati untuk menyatukan kembali ketiga-tiga relik yang dipercayai akan mengembalikan kekebalan tentera semasa perang besar yang seterusnya terhadap umat Islam.

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan banyak ramalan yang menceritakan mengenai Perang Besar, telah pun diketahui bahawa Syria adalah tempat yang perlu dielakkan dalam apa cara sekalipun (melainkan jika anda ingin menjadi syahid). Syria sebagai tempat berlakunya pertumpahan darah sudah tidak dipertikaikan dalam kalangan pemerhati anti-Illuminati Yahudi, Kristian dan Islam.


Dalam Al kitab Yahudi, Dajal disebut sebagai dua tanduk kecil. Dalam Daniel 7:8, anti-Christ yang sebut itu dikatakan akan muncul dalam Kerajaan ke 4 Empayar Rom. Dalam Daniel 8, anti-Christ dikatakan datang daripada salah satu daripada empat komponen Empayar Yunani yang selamat bertahan berikutan kematian Alexander. Ini biasanya dianggap sebagai Kerajaan Selucid pada masa dahulu di Syria hari ini.


Hazrat Ummu Salmah (R.A.) pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa akan datang satu masa apabila seorang warganegara Madinah akan melarikan diri daripada Madinah dan pergi ke Mekah untuk mendekati Imam Mahadi di antara Hajrul Aswad dan Makam Ibrahim, dan dengan bersungguh-bersungguh bersumpah ikrar kesetiaan mereka kepadanya. Apabila mendengarkan perkara ini, musuh-musuh Islam akan datang dari Syria dalam angkatan tentera yang besar untuk menyerang Mahadi tetapi apabila mereka akan tiba di Baida, yang terletak di antara Mekah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam tanah oleh gempa bumi.


Dalam satu lagi ramalan berdasarkan Hadith, tempoh kesedihan yang panjang akan menimpa ke atas umat Islam yang akan berada di bawah penganiayaan dan penindasan yang dahsyat daripada pemimpin zalim pada masa itu yang akan memerintah Syria. Penzalim dari tengah-tengah Damsyik, Syria dikenali sebagai Sufyaani (dari keluarga Abu Sufyan) akan memulakan kempen pertumpahan darah dan pembunuhan yang dahsyat, dan tidak ada kaum atau masyarakat akan dibiarkan selamat. Malah, wanita dan kanak-kanak akan disembelih tanpa belas kasihan. Perlu ditekankan di sini bahawa tempat asal berlakunya pertumpahan darah ini adalah di Damsyik, Syria di tempat kali terakhir Salib Asli dilihat sebelum ia hilang pada abad ke-12. Menurut beberapa pemerhati anti-Illuminati, ini menepati profil pertumpahan darah yang telah mengekori Lembing Takdir sejak zaman berzaman. Oleh itu, adalah dipercayai secara meluas bahawa kesemua relik-relik ini akan bersatu semula di Syria untuk melepaskan Perang Besar yang akan datang.



Mengenai relik Salib Asli, kebanyakan pembaca Islam saya mungkin pernah mendengar Hadis berikut seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah:- “”Demi Allah, sungguh putra Maryam benar-benar akan turun sebagai hakim, lalu mematahkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah, dan harta melimpah ruah hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya.”

Terdapat banyak perbincangan dalam usaha untuk memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan nabi Isa “mematahkan salib”. Saya tidak akan mengulas mengenai orang lain yang telah membuat tafsiran mereka sendiri, kerana semua orang berhak mempunyai pendapat sendiri. Saya hanya menawarkan tafsiran alternatif di sini, bahawa jika hadis ini ditafsirkan secara zahir, adalah berkemungkinan bahawa “salib” dalam hadis ini merujuk kepada relik Salib Asli yang telah digunakan oleh Lucifer&Co untuk menyesatkan orang Kristian selama berabad-abad. Satu boleh membayangkan betapa berangnya putra Siti Maryam itu apabila melihat relik yang sebahagiannya telah bertanggungjawab terhadap bidaah untuk beribu-ribu tahun lamanya. Saya tidak fikir sesiapapun boleh menyalahkan baginda untuk mematahkan dan memusnahkan salib itu sebaik sahaja salib itu berada di tangan baginda.


Ada satu lagi hadis yang di dalamnya ada menyebut tentang Salib itu seperti berikut. Walau bagaimanapun, sama ada benar atau tidak rujukan terhadap Salib itu sebagai relik Salib Asli terus kekal sebagai kemungkinan terbuka: -


“kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum (Kristian) dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera Kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.


Hadis ini di sini memberitahu kita bahawa umat Islam dan Kristian akan membentuk pakatan untuk melawan musuh yang sama. Dalam dunia yang pemerhati, tidak syak lagi bahawa musuh bersama di sini merujuk kepada tentera bidaah yang dibentuk oleh Lucifer/Illuminati. Perikatan antara umat Islam dan Kristian sebenarnya sudah wujud pada hari ini walaupun sangat rapuh. Dalam dunia gerakan bawah tanah, perang menentang Illuminati kini diperjuangkan oleh operatif dari kedua-dua pihak umat Islam dan penganut Katolik dalam usaha mereka untuk membatalkan atau menangguhkan misi kiamat dijalankan oleh Illuminati. Oleh itu, adalah sangat tidak selesa untuk membayangkan bahawa satu hari nanti keturunan kita mungkin perlu mengambil bahagian dalam Perang Besar yang akan menentang satu sama lain.


Ia meramalkan bahawa perang yang dilancarkan oleh pakatan umat Islam/Kristian terhadap Illuminati akan didorong oleh setiap agama lain. Umat ​​Islam melancarkan perang sebagai penentangan terhadap penindasan berabad lamanya. Orang-orang Kristian pula melancarkan peperangan mereka terhadap orang-orang akhirnya mereka lihat sebagai golongan bidaah yang memiliki peninggalan suci. Apabila perang hampir dimenangi, orang-orang Kristian akan mencari dan menemui relik Salib Asli. Oleh itu, apabila memenangi perang, seorang askar akan menjulang relik tersebut dan mendakwa kemenangan itu adalah kerana campur tangan kudus daripada relik itu sendiri. Ini akan menimbulkan kemarahan orang-orang Islam yang telah berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam peperangan. Cerita yang seterusnya adalah seperti yang telah diceritakan dalam hadis.


KEDATANGAN 2013

Tujuan artikel bukanlah untuk mempengaruhi pentafsiran anda terhadap hadis yang disebutkan di sini. Beberapa ulama Islam dengan kelayakan yang lebih baik juga telah menterjemahkan hadis ini. Tujuan artikel ini adalah semata-mata untuk memaklumkan kepada anda bahawa orang lain juga mempunyai tafsiran mereka sendiri terhadap ramalan ini dan mungkin berbaloi untuk dipelajari bagaimana pemerhati anti-Illuminati mentafsir ramalan itu.

Tujuan mengkaji ramalan dan sejarah di sebaliknya adalah untuk menganggarkan berapa banyak masa yang kita ada sebelum Illuminati melaksanakan pelan tindakan mereka yang seterusnya. Golongan Illuminati dan Anti-Illuminati semuanya menggunakan ramalan sebagai pengira masa. Apabila ramalan ini menjadi nyata atau dipenuhi sendiri, pihak Illuminati akan bekerja lebih keras untuk mempercepatkan berlakunya Perang Besar, manakala golongan anti-Illuminati di sisi yang lain pula akan melakukan apa yang terdaya untuk melambatkan nya. Walau bagaimanapun berdasarkan apa yang berlaku di seluruh dunia hari ini, seolah-olah pihak Illuminati dapat melaksanakan rancangan mereka dengan jayanya setiap kali.


Bagaimana ramalan ini akan berkaitan dengan negara kita sendiri masih menjadi tekaan pada masa ini. Tetapi semua projek Illuminati akhirnya akan seragamkan di seluruh dunia untuk berkhidmat kepada matlamat akhir. Mengenali Illuminati dan obsesi mereka terhadap nombor-nombor tertentu seperti 11, 13 dan 33, tahun 2013 yang akan datang akan mempunyai risiko ketara menjadi acara utama bagi Illuminati.


Tidak ramai antara kita yang menyedari bahawa tahun 2013 bakal menjadi begitu penting. Negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 yang mana ramalan RAHMAN tidak lagi membayangkan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 akan menandakan berakhirnya ramalan itu. Jadi mengapa tiada lagi huruf selepas “N” dalam ramalan itu? Apa yang akan berlaku selepas “N”? Sesetengah meramalkan bahawa kerajaan tidak akan wujud lagi pada tahun 2013 selepas Perang Besar. Yang lainnya pula percaya bahawa huruf itu N menunjukkan Perdana Menteri Islam terakhir untuk negara ini.


Di Amerika Syarikat, salah satu taklimat yang dihadiri oleh Naib presiden terpilih Joe Biden selepas Obama dipilih sebagai Presiden adalah ringkasan oleh “Suruhanjaya Bipartisan Mengenai Pencegahan Pengawalan Senjata WMD dan Keganasan” yang diketuai oleh ahli Illuminati, bekas Senator Florida, Bob Graham dan dari Missouri, Jim Talent meramalkan bahawa Amerika Syarikat akan menjadi serangan oleh Al-Qaeda dengan senjata nuklear atau lebih cenderung kepada senjata biologi sebelum 2013. Ini sendiri adalah petunjuk jelas bahawa pihak Illuminati sedang melakukan persediaan untuk melepaskan Perang Besar terakhir terhadap umat Islam.

Satu lagi petunjuk daripada Illuminati adalah melalui ahli Illumininati kanan, John McCain apabila dia secara terbuka menggunakan “2013″ sebagai teras kempen presidennya sebelum ini. Dalam iklan presiden yang terkenal bertajuk “2013″, ahli Illuminati kanan itu membuat kenyataan bahawa perang di Iraq boleh dimenangi pada tahun 2013 dan pencapaian penting dalam Keselamatan Negara akan dapat dicapai. Ham.. Saya rasa ini mungkin bererti bahawa mereka akan selesai mengerjakan Iraq pada tahun 2013 dan dengan itu bersedia untuk menyerang negara-negara Timur Tengah seterusnya seperti Syria atau Iran atau kedua-duanya secara serentak.


Untuk mengelakkan risiko pengunjung kebosanan di laman web saya, saya tidak akan mengeluarkan lagi sebarang maklumat yang telah dikumpulkan oleh Anti-Illuminati mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2013. Cukup untuk mengatakan bahawa kita semua mempunyai akal untuk melakukan penyelidikan yang sama ada atau tidak ada memanfaatkan ramalan di atas. Maklumat ini tersedia, sebegitu banyak dan telanjang di depan mata kita sendiri.


Malangnya kebanyakan daripada kita biasanya lebih suka untuk membaca tentang kejadian terbaru dalam dunia hiburan atau sampah internet lain dan bukannya memperkayakan diri dengan maklumat berpotensi yang boleh menyelamatkan nyawa kita.


Pendapat saya pula, lebih baik menjadi paranoid daripada menjadi terlambat.

Nota-nota: Ada sesetengah berpendapat bahawa relik masih belum ditemui adalah relik Salib Asli. Ini adalah pendapat ramai rakan koresponden saya selama ini. Saya menulis artikel di atas berdasarkan maklumat yang telah mereka e-mel kepada saya selama ini. Saya pula mempunyai pandangan peribadi yang berbeza. Saya berpendapat bahawa relik yang hilang itu bukan Salib Asli. Selepas membaca Buku Kod Illuminati yang hangat dijual “H. … P….. and the Deathly Hallows”, Saya percaya penulis di arahkan untuk menyebarkan kod tersembunyi bahawa Illuminati sebenarnya sedang mencari Lembing Takdir (yang diberi nama “the elder wand” dalam buku itu).

Saya ingin menambah bahawa koresponden saya dalam dunia anti-Illuminati terdiri daripada orang Islam dan juga daripada agama lain termasuk mereka yang mendakwa menulis di internet untuk Gereja Katolik. Jadi saya harap ramai pembaca Kristian saya tidak akan tersinggung dengan artikel ini. Saya tidak cuba untuk menghasut kebencian terhadap Kristian di sini. Tidak ada golongan Islam mahupun Kristian berhasrat untuk melihat ramalan ini menjadi kenyataan dalam tempoh hayat mereka sendiri. Jadi, saya mengatakan bahawa kita mesti melakukan yang terbaik untuk membatalkan atau menangguhkan ramalan ini. Dengan cuba untuk membatalkan atau melambatkan ramalan itu tidak bermakna bahawa kita berusaha menentang kehendak Allah atau pesanan nabi kita. 

Ramalan itu sendiri tidak pernah menyatakan secara khusus bilakah perang besar itu akan berlaku. Oleh itu, saya melihat tidak ada salahnya kita bertindak bersama menentang hasrat Illuminati dan tuan mereka Lucifer. Sebagai hamba Allah yang baik adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berharap dan melakukan yang terbaik untuk umat manusia dan anak-anak kita. Malah dalam sebenar Qada & Qadar Islam prinsip mengajar supaya kita tidak hanya berpeluk tubuh dan menonton dosa serta bencana berlaku tanpa cuba yang terbaik untuk menghentikannya terlebih dahulu.



AFTERDARK WRITES!
Source Blog

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

TEKS UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO, YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

PADA MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

“MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI” Bismillahirrahmanirrahim.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan, dif-dif jemputan dan para pemerhati sekalian

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada malam ini kita dapat berhimpun untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013. Untuk kesekian kalinya, kita pewaris perjuangan bangsa Melayu sejak turun temurun meneruskan tradisi menghadiri perhimpunan terbesar umat Melayu demi menyambung risalah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

2. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita menjadi insan yang terpilih untuk berada di dalam saf perjuangan UMNO. Melalui wadah UMNO, para pejuang bangsa kita yang terdahulu telah berjaya menyatukan hati umat Melayu untuk memerdekakan tanahair dan seterusnya menggembeleng usaha mengangkat martabat agama dan bangsa kita.Semua pejuang UMNO yang berada di sini pada malam ini, dan di seluruh pelusuk negara, merupakan penyambung risalah perjuangan suci ini.Dalam mengemudi haluan perjuangan parti kita, yang kita harapkan hanyalah pertolongan dan redha Allah jua. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 69:

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

3. Terlebih dahulu, di awal ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah dipilih untuk menerajui ketiga-tiga sayap parti dalam pemilihan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat, Khairy dan Mas Ermiyati.Marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada mereka.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan exco Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan ketiga-tiga pergerakan di peringkat bahagian dan cawangan.

4. Kita bersyukur kerana proses pemilihan parti kita telah berjalan lancar tanpa sebarang musibah. Saya yakin, pemilihan UMNO yang melibatkan ratusan ribu perwakilan di seluruh negara membuktikan bahawa proses transformasi UMNO menjadi parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil. Menerusi pemilihan yang lalu, kita semua dapat saksikan bahawa amalan demokrasi di dalam parti kita terus subur, malah jauh lebih baik berbanding parti pembangkang.

5. Ada sebuah parti di negara kita yang sering menuduh kononnya UMNO tidak demokratik, tidak telus dan menipu semasa pilihan raya. Parti ini gemar mendabik dada dialah juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan bermacam-macam lagi.Kononnya dialah parti yang terbaik di negara ini.Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian. Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan. Bak kata pepatah:

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

6. Perhimpunan tahun ini amat istimewa kerana diadakan selepas kita mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Setahun yang lalu di dewan inilah kita bulatkan tekad, jitukan semangat dan panjatkan doa kepada Allah untuk memenangi pilihanraya umum yang dikatakan amat mencabar bagi kita. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana doa kita telah dikabulkan olehNya dan ikhtiar kita telah mendatangkan kejayaan yang amat bermakna buat kita semua.

7. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Kepada orang Melayu dan Bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi kesemuanya. Dengan kemenangan ini, UMNO adalah parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional.

8. Tidak kita nafikan bahawa PRU-13 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan Barisan Nasional terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

9. Kita sedar dalam pilihanraya yang lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah s.w.t. kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

10. Di sebalik kejayaan memenangi PRU-13, jangan kita lalai dan leka. Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah kemenangan bersyarat. UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi Barisan Nasional mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kita berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat UMNO seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

11. UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan. Apakah selama ini sentuhan UMNO tidak begitu dirasai oleh mereka? Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada UMNO bahawa transformasi UMNO sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan.

12. Bagi orang Melayu dan Bumiputera pula, mereka telah buktikan bahawa sokongan padu merekalah yang menjadi sumber kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan mereka kepada UMNO semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada UMNO tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat UMNO terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, UMNO lah tempat mereka bernaung. Bak kata pepatah:

Uratnya tempat bersila
Batangnya tempat bersandar
Daunnya tempat berteduh

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

13. Persoalan yang sedang berlegar di minda orang Melayu selepas PRU-13 ialah kemanakah halatuju UMNO? Apakah UMNO akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berikhtiar menyediakan peluang-peluang pendidikan, latihan dan biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berjuang menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan kepada anak-anak orang Melayu dan Bumiputera? Bagaimanakah UMNO berhadapan dengan cabaran liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas? Masih adakah iltizam politik UMNO untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam kancah ekonomi global? Masih adakah kekuatan pada UMNO untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan membantu syarikat-syarikat Bumiputera? Apakah orang Melayu masih boleh bergantung harap kepada UMNO untuk menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam?

14. Di pentas ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus membela anda semua. Selama ini pun, berkat perjuangan UMNO, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya kita tingkatkan. Kadar kemiskinan Bumiputera menurun daripada 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% pada tahun 2012. Insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9% pada tahun 1970 kepada 0.3% pada tahun 2012. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan kasar bulanan isirumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, dan pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4% kepada 23.5%.

15. Risalah perjuangan UMNO untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi terus diperhebatkan dengan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Melalui program terbaru ini, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan untuk membantu golongan Bumiputera.

16. Kita mengucapkan syabas kepada YAB Presiden selaku Perdana Menteri atas komitmen dan usaha beliau untuk memperkasa ekonomi Bumiputera. Ketegasan YAB Perdana Menteri memperkasa ekonomi Bumiputera menambah keyakinan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.Melangkah ke hadapan, kita perlu menjadikan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera sebagai satu agenda besar yang bertujuan meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam pelbagai bidang. Selain memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, pembangunan modal insan dan keusahawanan, dan pemilikan hartanah Bumiputera, kita perlu terus berikhtiar memajukan sektor-sektor ekonomi yang mempunyai impak besar kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ini termasuk memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar yang mempunyai kesan langsung kepada orang Melayu dan Bumiputera.

17. Di samping meneruskan usaha-usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, program-program kesejahteraan bandar juga perlu berfokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup golongan Bumiputera kelas pertengahan dan mudah miskin. Mereka ini semakin hari semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang kian meningkat. Kita mahu peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja diukur dari segi peningkatan angka-angka pemilikan ekuiti dan pendapatan perkapita, tetapi benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian mereka.

18. Secara khusus, 7 inisiatif utama hendaklah dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera:

Pertama, selaras dengan KPI yang telah ditetapkan, Ketua-Ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan hendaklah menyediakan pelan lengkap bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera. Senaraikan peluang-peluang yang boleh direbut oleh syarikat-syarikat Bumiputera dan kemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.

Kedua, anak-anak Bumiputera mesti segera merebut peluang menyertai pelbagai latihan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Ini termasuk pendidikan vokasional yang merupakan salah satu teras di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi asas pembentukan modal insan berkemahiran. Menerusi transformasi pendidikan vokasional, bilangan kolej-kolej vokasional akan ditambah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran, memenuhi kehendak pasaran dan berpendapatan tinggi. Penambahan kolej-kolej vokasional harus disegerakan bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar Bumiputera untuk mengikuti latihan vokasional.

Ketiga, kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha meningkatkan peratusan golongan profesional Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang. Sehingga kini kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan Bumiputra menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga peratusan mereka telah menjangkau 40-50% dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juruukur. Usaha ini hendaklah diteruskan dalam semua bidang profesional sehingga peratusan Melayu dan Bumiputra mencerminkan peratusan mereka dalam jumlah penduduk Negara.

Keempat, peniaga dan pengusaha Melayu dan Bumiputera mesti meningkatkan daya saing serta bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra-pasaran. Oleh itu, orang Melayu dan Bumiputera mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan dan merebut pelbagai peluang yang tersedia. Ini bertujuan supaya peniaga dan pengusaha Melayu lebih bersedia untuk menangani cabaran globalisasi dan pembukaan pasaran yang semakin mendesak ketika ini. Di samping itu, isu ketirisan dan pembaziran juga perlu diatasi untuk meningkatkan keberkesanan usaha membantu golongan Bumiputera.

Kelima, bagi mengukuhkan lagi kemajuan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kerajaan mestilah meneruskan usaha membantu dan memajukan aset-aset kaum Melayu dan Bumiputra seperti tanah dan tabungan untuk melengkapkan usaha lain yang selama ini telah dilaksanakan. Usaha ini memerlukan sokongan yang padu dari kaum Melayu dan Bumiputera agar pihak Kerajaan dapat mengadakan program yang lebih mantap dan sesuai sebagai inisiatif baru di masa hadapan.

Keenam, kerajaan harus meneruskan usaha memenuhi tuntutan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Melayu dan Bumiputera, baik di kota mahupun di desa. Bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bumiputera di kota, skim perumahan mampu milik perlu diperluaskan dengan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa.

Ketujuh, bagi mengatasi masalah peningkatan kos hidup, lebih banyak program menjana pendapatan mesti dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar Bandar dan kawasan miskin Bandar. Kerajaan mesti memperluaskan industri berasaskan pertanian dengan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana, serta membantu peniaga-peniaga kecil, petani dan nelayan. Agensi-agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan, hendaklah mempermudahkan pemberian pembiayaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera yang layak. Selain itu, pihak-pihak berkuasa tempatan hendaklah mempermudahkan pemberian lesen kepada peniaga-peniaga kecil. Saya menyarankan agar Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, khususnya Biro Ekonomi, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk mempelopori usaha membantu usahawan dan peniaga Bumiputera meningkatkan pendapatan.

19. Kesemua inisiatif ini disediakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO untuk membantu golongan Bumiputera. Oleh itu, UMNO mesti mengambil peranan yang lebih penting untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri wajib melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan untuk menyokong usaha kerajaan memacu ekonomi Bumiputera. Kita telah meletakkan sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kita hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi. Masa amat mencemburui kita. Apa makna kita menjadi negara maju jika orang Melayu dan Bumiputera tidak mendapat bahagian yang adil dan setimpal dalam kek ekonomi negara.

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

PENEGASAN UMNO

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20. Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat. Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan. UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa rasa takut atau gentar. UMNO juga bukan parti jumud yang kekal di takuk lama.Kita sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.

21. Melihat ke hadapan, menggalas harapan umat Melayu kepada UMNO bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran. Di pentas dunia, negara-negara Islam adalah antara negara yang paling banyak dilanda pergolakan dan pertumpahan darah. Ketika krisis di Palestin belum selesai, kita dikejutkan pula dengan tragedi di Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan negara-negara Islam yang lain. Bunuh-membunuh sesama umat Islam disebabkan perbalahan kabilah, perbezaan mazhab dan perebutan kuasa politik menjadi semakin lumrah.

22. Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis seperti ini. Negara kita terus stabil.Rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Namun, jika bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam samada yang disebabkan oleh perseteruan politik atau perbezaan mazhab tidak segera dibendung, tidak mustahil kita juga akan ditimpa nasib yang sama. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada musibah ini.

PERPADUAN UMMAH

23. Justeru, tugas utama UMNO adalah untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa terpelihara. Untuk itu, UMNO akan terus berganding bahu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk mempelopori usaha penyatuan ummah dalam ertikata yang sebenar. Pintu UMNO sentiasa terbuka luas untuk menyahut seruan perpaduan dan kerjasama dengan semua pertubuhan Melayu dan Islam.Inilah yang menjadi harapan umat Melayu dan Islam di negara kita. Mereka mahu melihat perpaduan ummah yang lebih jitu terbina kerana dengan perpaduanlah kepentingan umat Islam akan sentiasa dapat dibela.

24. Maka, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, saya merasakan tidak sepatutnya ada tembok pemisah antara UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain untuk membentuk kerjasama dan membina perpaduan yang lebih jitu berasaskan semangat persaudaraan di dalam Islam demi memastikan kepentingan Islam sentiasa terbela. Saya yakin, jika ditanya setiap seorang yang ada di dalam dewan ini pada malam ini, pastinya kita semua bersetuju bahawa tiada yang paling utama bagi kita umat Islam yang berpegang dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah melainkan perpaduan di atas jalan Allah yang lurus. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-An’am ayat 153:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

Yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

CABARAN TERHADAP UMAT ISLAM

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

25. Perpaduan ummah menjadi lebih penting ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran. Umat Islam bukan sahaja dilanda krisis dan pertumpahan darah, malah diasak dengan pelbagai serangan minda dan jiwa. Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain. Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penandaaras moral di peringkat global.

26. Jika dipenuhi kesemua tuntutan hak asasi tanpa batas ini, kesucian institusi keluarga sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Malah, keruntuhan institusi keluarga dan akhlak insan pasti terjadi. Ini amat berbeza sekali dengan pandangan Islam mengenai hak asasi manusia. Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asas Manusia Dalam Islam yang diisytiharkan semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC pada tahun 1990 mengiktiraf institusi keluarga sebagai tiang seri masyarakat dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya. Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak. Kandungan Deklarasi Cairo ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam.

27. Malangnya, ada sesetengah pihak di negara kita yang mengatakan bahawa orang Melayu yang beragama Islam wajar diberikan hak untuk murtad sepertimana orang bukan Islam boleh menukar agama. Mereka persoalkan mengapa perlu dibezakan hak orang Islam dengan hak orang bukan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh, mengapa orang Islam tidak boleh? Mengapa kita mendiskriminasi orang Islam? Mereka menuduh kononnya kita tidak mengamalkan prinsip kesamarataan atau equality yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

28. Begitu juga dengan amalan gay dan lesbian. Mereka berkata kalau di Barat boleh, mengapa di Malaysia tidak boleh? Apa istimewanya Malaysia sehinggakan perkara yang diamalkan di Barat tidak boleh diamalkan di sini? Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak.

29. Kita juga tidak membenarkan penularan ajaran sesat di kalangan umat Islam. Kita hendak pastikan umat Islam di negara kita tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.Kita hendak menjaga akidah umat Islam. Tetapi mereka berkata atas prinsip kebebasan beragama sepatutnya kita biarkan orang Islam menganut apa sahaja fahaman atau ajaran. Kalau ada orang yang mengajar kononnya umat Islam boleh sembahyang dengan niat sahaja, tidak perlu mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., biarkan.Kerajaan tidak boleh menghalang. Kalau ada pihak yang menyebarkan ajaran kononnya orang Islam boleh mengerjakan haji dengan niat sahaja, tanpa perlu pergi ke Mekah, pun biarkan. Tiada siapa boleh menghalang.Kemudian, kalau ada pihak yang mengatakan orang Islam boleh berkahwin secara kontrak hatta untuk tempoh yang singkat sekali pun, tiada siapa boleh menegah. Kononnya agama adalah hak individu.Jika kita menghalang, mereka menuduh kita melanggar hak individu, tidak bersikap terbuka, tidak inklusif, tidak progresif dan sebagainya. Bagi mereka, atas nama kebebasan dan hak asasi, manusia boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan itu jelas bercanggah dengan ajaran agama.

30. Baru-baru ini satu pertubuhan bernama Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Kumpulan ini telah melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas.Antaranya, menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang mengiktiraf hak individu termasuk orang Islam untuk menukar agama.Malaysia juga digesa supaya mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain memansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks luar tabi’i seperti liwat sebagai satu kesalahan jenayah. Mereka juga mendesak supaya enakmen-enakmen mengenai kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, meminum arak, berjudi, mengamalkan ajaran sesat dipinda atau dimansuhkan atas alasan mengganggu hak peribadi orang Islam.

31. Saya lihat desakan-desakan ini adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara kita. Kumpulan ini nampaknya mempunyai dana yang cukup besar sehingga mampu menghantar wakil-wakil mereka ke luar negara untuk melobi negara-negara asing supaya memberi tekanan kepada Malaysia. Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak.

32. Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita. Mereka khuatir ini akan merosakkan aqidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan aqidah umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan seperti PEMBELA, PERKASA, Majlis Perunding Melayu, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, para ulama’, guru-guru pondok, pendakwah bebas dan pertubuhan-pertubuhan yang seangkatan bangkit memperjuangkan keselamatan aqidah umat Islam. Mereka bangkit kerana merasakan nilai-nilai murni yang diamalkan selama ini diancam oleh satu bentuk penjajahan baru. Penjajahan dalam erti kata memaksa umat Islam menerima nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran Islam.

33. Di sini, di pentas ini, di depan saudara dan saudari sekalian, saya memberi jaminan UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam aqidah umat Islam. Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

34. UMNO tidak akan sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hukum Allah atas apa jua alasan sekalipun. Kerana itu, UMNO mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu bersama-sama kita mempertahankan akhlak, moral dan aqidah umat Islam. Saya yakin gandingan dalam perkara yang ma’ruf ini akan memperkukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maaidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

35. Saya percaya benteng aqidah Islam akan lebih kukuh sekiranya umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna. Umat Islam di negara kita mestilah dididik dengan aqidah Islam yang sebenar berpandukan ajaran ahli sunnah wal-jamaah. Untuk itu, gerakan dakwah dan tarbiyah mesti diperhebatkan. Institusi-instiusi agama Islam mesti diperkukuhkan. Peluang untuk umat Islam mendapat pendidikan agama tidak harus terhenti di peringkat sekolah atau universiti sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.Kerana itu saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kita. Menerusi dasar ini, kita boleh menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna. Pakar-pakar yang terlatih dan bertauliah dalam bidang agama Islam boleh ditempatkan di pusat-pusat ini untuk mengajar pelbagai bidang keilmuan Islam seperti ilmu tafsir, qur’an, hadith, fekah, tauhid, mu’amalat, akhlaq, mantiq, balaghah, falsafah dan lain-lain. Program persijilan boleh ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu Islam tanpa mengira peringkat umur. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:

“Utlubul ilma minal mahdi ila lahdi”

Yang bermaksud:

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

36. Untuk melaksanakan dasar pengajian Islam sepanjang hayat ini, saya mencadangkan Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri berbincang untuk menjayakan inisiatif ini sebagai usaha bersama. Dengan adanya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, saya berharap inisiatif ini akan menjadi satu inisiatif nasional yang penting dan lestari. Buat permulaan, kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh institusi-institusi pondok, maahad tahfiz dan masjid di seluruh negara boleh dinaiktaraf untuk dijadikan Kolej Komuniti Islam yang menawarkan kursus pengajian Islam kepada masyarakat Islam setempat.

37. Sehubungan ini juga, saya ingin menjemput pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat menjayakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha ta’awanu ‘ala al-birri wal taqwa seperti yang disebut di dalam al-Qur’an. Saya berharap agar dasar ini boleh kita laksanakan dengan segera untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, dan sekaligus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan aqidah umat Islam. Selain itu, bagi memastikan ajaran ahli sunnah wal jama’ah sentiasa terpelihara, saya mencadangkan agar satu jaminan terhadap aliran ahli sunnah wal jama’ah sebagai pegangan umat Islam di negara kita dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

38. Menyentuh mengenai kedudukan Islam di negara kita, saya menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan mesti kita pertahankan. Ini penting bukan sahaja untuk mempertahankan kesucian Islam, tetapi menjamin keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama. Di dalam Perlembagan Persekutuan, terdapat banyak prinsip keseimbangan yang perlu kita pertahankan. Misalnya, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan diseimbangkan dengan hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputera diseimbangkan dengan hak kerakyatan kaum-kaum lain serta jaminan menjaga kepentingan semua kaum. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diseimbangkan dengan hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Prinsip-prinsip keseimbangan yang terkandung di dalam Perlembagaan ini tidak semuanya selari dengan idea kebebasan Barat. Tetapi kita tidak perlu bersikap apologetik kerana prinsip-prinsip ini penting untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara kaum dan agama di negara kita.

39. Kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, menghina agama Islam, menghina institusi Raja, tidak menghormati bahasa Melayu dan lain-lain. Jika kecenderungan merungkai asas-asas perlembagaan ini diteruskan, apa lagi dengan menuntut perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, nescaya akan wujud suara-suara yang lebih ekstrem menuntut bermacam-macam perkara yang boleh menyebabkan hubungan kaum di negara kita menjadi lebih tegang. Trend ini amat tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum dan agama. Keadaan tidak akan menjadi aman dan segala usaha kita mempertahankan kestabilan dan keharmonian negara akan menjadi sia-sia. Bak kata pepatah:

Tuba binasa
Ikan tak dapat

PEMUJAAN DEMOKRASI LIBERAL BARAT

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

40. Cabaran nilai dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukanlah sesuatu yang terpencil. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejagat yang menganggap demokrasi liberal Barat sebagai satu-satunya sistem politik dan kerajaan untuk umat manusia. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang dibawa oleh pemikiran liberal barat juga dianggap sebagai nilai mutlak yang perlu dianuti oleh seluruh umat manusia. Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama di dalam bukunya “The End of History and the Last Man”, tidak ada ideologi lain yang layak menggantikan demokrasi liberal sebagai sistem politik dan kerajaan dalam evolusi sejarah manusia.

41. Dakwaan ini nampak macam betul. Kerana menurut Laporan Freedom House 2013, sebanyak 118 daripada 195 negara di seluruh dunia sudah pun mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan demokrasi adalah minoriti. Namun, di dalam laporan Freedom House ini, Malaysia tidak disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, negara seperti Bhutan, Georgia dan Libya pula dikatakan telah mengamalkan demokrasi, manakala Lesotho, Senegal, Sierra Leone dan Tonga telah menjadi negara bebas. Menurut laporan ini lagi, Malaysia berada sebaris dengan Rwanda, Nicaragua dan Korea Utara yang bukan merupakan negara demokrasi. Suara-suara sumbang seumpama ini boleh didapati dalam laporan-laporan mengenai hak asasi manusia yang diterbitkan oleh pertubuhan tertentu di negara kita dan juga di dalam akhbar-akhbar parti pembangkang.

42. Tuduhan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi bunyinya agak pelik bagi kita. Kalau boleh saya katakan pelik bin ajaib kerana negara-negara yang baru sahaja bebas daripada cengkaman diktator pun telah diberikan status negara demokrasi, sedangkan Malaysia yang sudah merdeka lebih lima dekad dan mengadakan berpuluh kali pilihan raya, termasuk pilihanraya-pilihanraya kecil, belum boleh dikatakan sebuah negara demokrasi. Apatah lagi, dengan mengambil kira program transformasi politik yang telah dimulakan oleh YAB Presiden kita selaku Perdana Menteri, ruang demokrasi di negara kita menjadi lebih luas, dengan kerajaan mengambil sikap yang lebih responsif dan terbuka dalam memenuhi kehendak rakyat.

43. Jadi, apakah sebenarnya muslihat mereka menuduh kita tidak demokratik? Adakah terdapat udang di sebalik batu? Adakah dengan mengatakan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi, mereka berharap kita akan mengambil tindakan tertentu untuk kononnya menjadi lebih demokratik, termasuk mengapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, membenarkan kebebasan beragama tanpa batas diamalkan di negara kita, menghapuskan institusi raja-raja Melayu untuk menjadi negara republik sepenuhnya, dan lain-lain lagi. Sebenarnya, niat mereka ialah untuk membentuk persepsi bahawa perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air seperti yang digalas oleh UMNO sebagai satu perjuangan yang tidak releven dan sia-sia. Inilah yang cuba dibuat oleh mereka.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

44. Mengapa saya bercakap agak panjang lebar mengenai soal agama dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera kerana inilah teras perjuangan UMNO. Umat Melayu dan Islam hari ini dilanda pelbagai ancaman secara halus yang boleh menyebabkan perbalahan, perpecahan dan penyelewengan akidah. Bagi memperkukuhkan perjuangan ini, mesti ada kesedaran, keinsafan dan kesepaduan di kalangan kita semua untuk menjadi benteng perjuangan parti kita. Jika kita gagal mengurus cabaran ini dengan betul, kita akan menerima padah perpecahan ummah yang parah.

45. Sedarlah, UMNO adalah perisai Melayu dan benteng Islam yang sebenar. Walaupun ada sebuah parti di negara kita yang nampaknya berjuang untuk Islam, tetapi mereka seringkali terpaksa berkompromi dalam perkara-perkara asas mengenai Islam. Ini kerana parti ini bergantung kepada pihak lain untuk meraih kuasa. Oleh sebab itu, umat Islam tidak menaruh harapan yang tinggi kepada parti ini untuk memperjuangkan Islam. Sebaliknya, harapan umat Islam adalah kepada UMNO. Sebagai parti terbesar umat Melayu, parti kita tidak perlu berkompromi dalam hal agama semata-mata untuk meraih populariti dan kuasa politik.

PESANAN KEPADA WANITA, PEMUDA DAN PUTERI

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

46. Pergerakan Wanita adalah pembawa obor perjuangan UMNO. Dalam setiap medan pertempuran UMNO menghadapi pilihanraya, pergerakan Wanita setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi. Pergerakan wanita sentiasa bersemangat waja merayu undi tak kira panas, hujan, ribut, taufan, mereka tetap setia berada di medan perjuangan. Wanita tidak pernah berundur walau selangkah.Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya adalah wanita. Maka dalam konteks parti kita, di sebalik kejayaan UMNO di belakangnya adalah pergerakan wanita kita.Selaku Timbalan Presiden parti, saya wajib memberikan pengiktirafan kepada sumbangan Wanita yang sebenarnyalah tulang belakang UMNO. Tahniah wanita!

47. Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pewaris perjuangan UMNO. Masa depan perjuangan UMNO bergantung kepada citra generasi pelapis UMNO yang berada di dalam Pergerakan Pemuda dan Puteri hari ini. Jika Pemuda dan Puteri hari ini kental daya juangnya, hebat pemikirannya, kukuh imannya, kuat jatidiri Melayunya, mulia akhlaknya, saya percaya obor perjuangan UMNO akan terus menyala, dan rakyat akan terus memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai parti tempat mereka bernaung. Inilah ciri generasi UMNO yang ingin kita lahirkan.

48. Yang penting, kita mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO. Kita berjuang di dalam UMNO bukan untuk UMNO, tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam UMNO bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang UMNO, tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera.Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil.

49. Saya percaya, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang merupakan tonggak kekuatan parti kita memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO. Tugas kita menggalas amanah besar ini insyaAllah akan menjadi lebih mudah jika kita bersatu hati, saling bantu-membantu, jujur dan ikhlas di dalam perjuangan, dan menggembeleng seluruh kekuatan kita secara bersama. Bak kata pepatah:

Yang kuat pembawa beban
Yang berani pelawan musuh
Yang cerdik pelawan perkara

50. Saya percaya, watak-watak yang disebut di dalam peribahasa Melayu ini semuanya ada di dalam ketiga-tiga pergerakan UMNO. Yang kuat menyumbang tenaga kepada parti. Yang berani mara ke barisan paling hadapan di medan-medan pertempuran. Yang cerdik bijak berbahas, berdebat, bersyarah, berforum untuk mematahkan hujah-hujah parti lawan.

51. Medan pertempuran kita yang seterusnya adalah PRU-14 yang pastinya lebih mencabar. Kita mesti ingat tempoh 4 tahun sebelum PRU-14 bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Kita mesti telah pun bersedia bukan hari ini, tetapi dari semalam. Kerjasama, perpaduan dan komitmen kita semua penting untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baru. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

52. Kita mesti lebih lantang, berani dan yakin supaya kehadiran kita lebih dirasai oleh masyarakat. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati. Terjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik. Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita.

53. Orang muda lebih mengetahui kehendak generasi muda. Dekatilah mereka, bercakaplah dengan mereka, bersantailah dengan mereka. Ajaklah mereka menyertai perjuangan kita. Kita sedar bahawa UMNO yang diwujudkan enam dekad yang lalu kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Untuk terus releven, UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baru. Kempen membenci UMNO perlu ditangani dengan segera. Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Wanita perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita. Puteri perlu lebih persiapan untuk menjadi rakan dan taulan buat remaja perempuan yang begitu ramai di luar sana.

54. Saya percaya dengan kehebatan Sdr Khairy berdebat, Datuk Seri Shahrizat yang mesra, Ermi yang rajin, pasti akan membawa perubahan buat parti kita. Prinsipnya jangan undur ke belakang, jangan bergerak berseorangan, jangan teragak-agak dan jangan gentar untuk berada di barisan hadapan untuk menjulang obor perjuangan parti dan mewujudkan keterujaan baru kepada UMNO.

55. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari bahawa anda semua memikul tugas yang amat besar dalam menyambung risalah perjuangan suci parti. InsyaAllah, saya dan Presiden akanmembantu saudara-saudari. Kalau wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting wanita mampu menyahut apa jua cabaran.

56. Pemuda dan Puteri pula wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda. Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat. Berusahalah dengan gigih tanpa mengenal jerit perih dalam menggalas harapan rakyat.

57. Ingatlah, berjaya atau gagal perjuangan kita sebahagian besarnya terletak di atas bahu saudara-saudari semua. Maka seharusnya saudara-saudari sudah lebih daripada bersedia untuk menyahut cabaran besar ini. Akhirnya, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberkati perjuangan kita dan memberikan kita kemenangan.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Faiza azamta fa tawakkal ala Allah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.


Mukhriz Mahathir
Source Blog

CHONG WEI MELANGKAH KE PUSING KE 2 DIKEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2013. NAK JUMPA LIN DAN DIFINAL!!

SELASA, 06 OGOS 2013

SEPERTI dijangka, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila membenam pemain Ireland, Scott Evans di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou semalam. Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan Evans dalam pertarungan dua set 21-11, 21-15.
Pada pusingan kedua esok, Chong Wei akan berdepan dengan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka yang menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-15 23-21. Mengenai pertemuannya dengan Hayom, Chong Wei berkata, dia akan lebih fokus kerana pemain muda Indonesia itu telah mempamerkan aksi yang baik sebelum tewas kepadanya di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Sambil itu, Chong Wei dengan serius berkata, kalau boleh beliau ingin bertemu dengan Lin Dan di perlawanan akhir nanti. Kali ini beliau telah bersedia dan ingin menebus kekalahan beliau ditangan Lin Dan pada kejohanan yang sama pada tahun 2012. Mari kita ramai-ramai doakan agar impian Datuk Lee Chong tercapai kali. IBM yakin Datuk Lee boleh dan Malaysia boleh!! ~ IBM
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

Bowling Night 2013

Venue : Hollywood Bowl Kirkstall Leeds
Date/Time : Friday 29th Nov, 7 pm
Fees : 10 pounds for 2 games

Have some fun and relax..dare to take the challenge? Show us your skills!!!

We are also having dinner at Nando’s at 5 pm. You are invited to join us on your own expenses.

If interested do contact Fauzan – 07445227560 or you can msg through fb.

Please give your name BEFORE the event to ensure enough lanes being booked. TQ

Don’t forget to bring your student card. ;)

Laman Rasmi Kelab UMNO Luar Negara
Source Blog

BBQ Orientation 2013

10 Mac 2013 – Program pertama bagi Kelab UMNO Auckland (KUA) yang melibatkan semua ahli kelab. BBQ Orientation merupakan satu program tahunan bagi KUA sebagai alu-aluan kepada pelajar Malaysia yang baru menyesuaikan diri di tanah Auckland. Program ini juga dibukakan kepada pelajar antarabangsa agar mereka dapat mengenali budaya Malaysia sekaligus memberi peluang kepada pelajar Malaysia … Continue reading »
UMNO Auckland Club
Source Blog

Ketua & Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri 2013

BANNER ketua wanita negeri WEBSITE WANITA

 

PERLIS

Ketua Wanita

YB Hajah Rela Ahmad

Ketua Wanita Bahagian Kangar

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Shamsiah Yasin (baru)

Ketua Wanita Bahagian Arau

 

KEDAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Maznah Abdul Hamid

Ketua Wanita Bahagian Jerlun

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Marlia Abd. Latif

Ketua Wanita Bahagian Padang Serai

 

PULAU PINANG

Ketua Wanita

YB Senator Puan Norliza Abd. Rahim (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor

 

Naib Ketua Wanita

Cik Sofiah Sharif (baru)

Ketua Wanita Bahagian Nibung Tebal

 

KELANTAN

Ketua Wanita

YBhg. Datin Hajah Rahimah Hj. Mohamad

Ketua Wanita Bahagian Machang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Roslinah Mohamed

Ketua Wanita Bahagian Jeli

 

TERENGGANU

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Fatimah Hamat

Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu

 

Naib Ketua Wanita

YB Senator Hajah Rohani Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Kemaman

 

PAHANG

Ketua Wanita

YB Senator Roslin Hj. Abdul Rahman (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bentong

 

Naib Ketua Wanita

Puan Hajah Norahan Abu Bakar (baru)

Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau

 

PERAK

Ketua Wanita

YB Datuk Hajah Rusnah Kassim

Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Dr. Azizah Johor (baru)

Ketua Wanita Bahagian Lumut

 

SELANGOR

Ketua Wanita

YBhg. Datin Paduka Dato’ Nor Hayati Tan Sri Onn (baru)

Ketua Wanita Bahagian Klang

 

Naib Ketua Wanita

YB Puan Halimaton Saadiah Bohan (baru)

Ketua Wanita Bahagian Subang

 

WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua Wanita

YB Senator Mariany Mohd Yit (baru)

Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang

 

Naib Ketua Wanita

Puan Nor’ashikin Yusof (baru)

Ketua Wanita Bahagian Batu

 

NEGERI SEMBILAN

Ketua Wanita

YB Dato’ Norhayati Omar

Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah

 

Naib Ketua Wanita

Puan Siti Harpah Md. Dom (baru)

Ketua Wanita Bahagian Rembau

 

MELAKA

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali

Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Nor Adibah Abdullah

Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu

 

JOHOR

Ketua Wanita

YBhg. Dato’ Hajah Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain

Ketua Wanita Bahagian Kluang

 

Naib KetuaWanita

YB Senator Datuk Hajah Noriah Mahat

Ketua Wanita Bahagian Pagoh

 

SABAH

Ketua Wanita

YBhg. Datuk Armani Haji Mahiruddin

Ketua Wanita Bahagian Libaran

 

Naib Ketua Wanita

YBhg. Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad (baru)

Ketua Wanita Bahagian Sepanggar

 

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.