Umno Blogger Directory

Mukhriz Mahathir

SEMBAH TAKZIAH

Salam Takziah


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ISRAK & MIKRAJ

Israk_Mikraj1


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DAULAT TUANKU

daulat tuanku


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku Sultan Nazrin


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI WESAK

Hari Wesak


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

SELAMAT HARI GURU 2014

Selamat Hari Guru 2014


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Kedah di landasan tepat selepas setahun diterajui Mukhriz

ALOR SETAR 6 Mei – Biarpun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam memimpin kerajaan negeri Kedah, penganalisis politik berpendapat negeri ini berada di landasan yang tepat untuk membangun sekali gus membawa rakyatnya melangkah ke hadapan.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, sepanjang tempoh setahun negeri ini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN), beberapa pembaharuan sudah mula dilihat hasil jalinan rapat antara kerajaan negeri dan Pusat.

“Lihat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang baru-baru ini dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Begitu juga bagaimana Mukhriz berjaya menarik pelaburan dari Jepun ke Kulim selain memperkenalkan pelbagai inisiatif baru.

“Apabila BN kembali memerintah, segala perancangan yang terbantut ketika Kedah terlepas ke tangan Pas dahulu dapat disambung semula. Bagi saya kerajaan negeri setakat ini menjalankan tugas dengan baik tetapi masih banyak perlu dilakukan termasuk menyelesaikan isu infrastruktur lama di negeri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini genap setahun Mukhriz mengangkat sumpah selaku Menteri Besar setelah BN berjaya menawan semula negeri ini daripada tangan pembangkang yang hanya sempat memerintah selama sepenggal.

Keperibadian Mukhriz yang tegas dalam isu tertentu namun mudah didampingi menjadikannya disenangi ramai termasuk dalam kalangan penyokong pembangkang.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berpendapat, kerajaan BN di bawah pengendalian Mukhriz ketika ini sudah mula menunaikan komitmen mereka kepada masyarakat seperti yang termaktub dalam aku janjinya sebelum pilihan raya umum lalu.

“Misalnya hendak memberi bantuan kepada sekolah agama dan institusi pondok. Perkara itu sudah pun dilaksanakan dan usaha menarik kedatangan pelabur sedang giat dijalankan.

“Penerimaan rakyat terhadapnya juga setakat ini positif. Kalau ada satu perkara yang perlu diperbaiki, saya fikir ia mengenai kepantasan bekerja agensi-agensi kerajaan bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa sebelum penggal pemerintahan ini tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Shamsul Bahar Rani berpendapat, kerajaan negeri ketika ini amat menekankan kepentingan ilmu kepada generasi muda termasuk dengan melakukan penjenamaan semula ke atas Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

“Selain itu, kerajaan negeri dilihat bersungguh-sungguh memperkukuhkan institusi pondok yang merupakan asas kekuatan Kedah sejak sekian lama. Program agama yang menarik minat belia juga kian bercambah ketika ini.

“Dengan itu, saya yakin isu-isu sosial dan moral sedikit sebanyak dapat dikurangkan,” katanya.


Mukhriz Mahathir
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.