Umno Blogger Directory

:SembangHaji.Com:

Cuaca panas global selubungi Ramadan

IBADAH Ramadan tahun ini bertambah mencabar ekoran fenomena El Nino yang menyebabkan rantau Asia Pasifik menerima cuaca panas dan lembab luar biasa. Selain itu, Ramadan yang tiba pada pertengahan musim panas di hemisfera utara menambahkan lagi cabaran sedia ada.

Kali terakhir Ramadan jatuh pada pertengahan musim panas adalah 30 tahun lalu iaitu pada tahun 1980. Malah, ibadah puasa kali ini dianggap lebih mencabar oleh kebanyakan pakar-pakar pengkaji cuaca di seluruh dunia kerana faktor pemanasan global yang menyebabkan suhu bumi terus meningkat.

Berdasarkan suhu global, negara seperti Kuwait dan Iraq mencatatkan suhu harian sehingga 50 darjah celcius. Selain itu, umat Islam di Doha, Qatar pula perlu berpuasa dengan tempoh waktu yang lebih panjang iaitu 13 jam sehari dari terbit matahari pada pukul 4.55 pagi sehingga terbenam pada pukul 6.25 petang.

Ekoran faktor cuaca global, beberapa negara Islam telah mengambil pendekatan berjaga-jaga seperti mengurangkan waktu bekerja bagi meringankan tanggungjawab umat Islam menyempurnakan ibadah puasa.

Sebagai contoh, kerajaan Qatar terlebih dahulu mewajibkan setiap majikan mengurangkan masa bekerja sehingga dua jam berbanding hari biasa.

Manakala, kerajaan Maghribi pula telah memendekkan tempoh waktu siang supaya pekerja-pekerja dan buruh di negara itu dapat berbuka sejam lebih awal. Pakistan juga tidak ketinggalan mengambil keputusan memendekkan pemotongan bekalan elektrik harian sehingga 22 jam.

Di Asia Pasifik pula, Ramadan tahun ini berlaku ketika puncak musim El Nino. Cuaca panas dan lembab luar biasa ini berlaku akibat suhu air yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik lalu menyebabkan pergerakan menaik wap yang kuat serta merendahkan tekanan permukaan di kawasan terbabit.

Bagi umat Islam di Malaysia, kali terakhir negara dilanda El Nino ialah pada awal April 1998 dan suhu panas yang direkodkan adalah 40.1 darjah celcius di Chuping, Perlis.

Kali ini, Malaysia menerima nasib sama seperti negara jiran Brunei, Singapura, Indonesia, selatan Thailand dan Filipina apabila tekanan atmosfera meningkat menyebabkan terjadi cuaca yang lebih kering.

Menurut seorang doktor yang berpangkalan di Kazan, Rusia, Dr. Ildar Tukhvatullin, beliau amat menekankan kepentingan berbuka puasa dengan betul serta tidak meninggalkan sahur.

“Elak makan terlalu banyak. Umat Islam perlu mengambil makanan yang tinggi karbohidrat seperti buah kering, kurma, daging, ikan, produk tenusu dan elakkan minuman bergas,” katanya.

Sementara itu, pelajar bidang kesihatan, Mubarakah Ibrahim dari FitMuslimah.com pula mencadangkan umat Islam meminum air sebanyak 300 mililiter (ml) setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi apabila berpuasa keesokan harinya.

- DHIYA’ZULHILMI DAUD

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

4 Cedera Rempuhan Di Masjidil Haram.

RempuhanMAKKAH: Sekurang-kurangnya empat jemaah cedera ekoran insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram ketika operasi membersihkan Kaabah sedah dijalankan.

Jurucakap polis Makkah Lt Kol Atiyah Al-Qurashi berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan apabila jemaah berebut-rebut menghampiri pintu Kaabah untuk melihat bahagian dalamnya.

Beliau turut menafikan laporan di laman media sosial, yang mendakwa bahawa tiga orang cuba membunuh diri semasa membersih Kaabah, dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Empat yang cedera itu masing-masing seorang lelaki dan tiga wanita.

Al-Qurashi berkata, tiga wanita yang cedera itu telah diberi bantuan perubatan di tempat kejadian manakala lelaki tersebut cedera teruk di kepala dan dibawa ke hospital.

Bagaimanapun beliau dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Puasa 15 jam pada suhu 50 darjah Celsius di Mekah

Penduduk Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini selama 15 jam pada suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius.

Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.

Umat Islam yang menetap di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung Ramadan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani berkata, suhu panas berkenaan terjadi disebabkan tekanan udara rendah di Semenanjung Arab dan cuaca panas yang melanda negara-negara Asia Barat.

Katanya, suhu antara 45 dan 50 darjah Celcius dijangka melanda Mekah, Madinah (42 hingga 47 darjah Celsius) dan Riyadh serta Wilayah Tengah (44 hingga 47 darjah Celsius).

“Suhu lebih 50 darjah Celsius akan berlaku di bahagian timur Arab Saudi, 39 hingga 45 Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi,” jelas Hussain.

Ujar Hussain, sebelum ini suhu paling panas yang pernah direkodkan di Mekah adalah 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Copyright © 2013. All Rights Reserved.