Umno Blogger Directory

Malaysia

Ekonomi Malaysia tumbuh paling cepat

130618_pertumbuhan-ekonomi--2

KUALA LUMPUR 30 April – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan paling cepat pada tahun ini dan paling menonjol dalam kalangan lima negara ASEAN termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Institut Penyelidikan RHB berkata, pertumbuhan itu dipacu oleh permintaan domestik yang didorong oleh pelaburan swasta, walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar disebabkan kos semakin meningkat.

“Permintaan domestik didorong oleh pelaburan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, iaitu berkembang pada kadar sederhana kerana perbelanjaan yang meningkat.

“Ini berkemungkinan dibantu oleh peningkatan dalam permintaan luar untuk eksport negara,” katanya dalam laporan tinjauan ekonomi di sini hari ini.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan RHB mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar yang pantas sebanyak 5.4 peratus tahun ini, selepas sederhana pada 4.7 peratus tahun lepas.

Menurut laporan itu lagi, ekonomi lima negara ASEAN utama terbabit bagaimanapun dijangka tidak akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada 2014, sebahagiannya disebabkan oleh pemulihan eksport kekal sederhana dan ditambah dengan masalah dalaman.

“Kami bayangkan lima negara ini berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.7 peratus pada tahun 2014, berbanding sekitar 4.9 peratus yang dicatatkan pada tahun 2013,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, jelas institut penyelidikan itu, pelabur perlu melihat keadaan luaran yang sederhana dalam pertumbuhan kerana ia mungkin bersifat sementara dan dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh dianggarkan sebanyak 5.2 peratus pada 2015.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS

image

Mengikut kiraan dan fahaman haprak pakatan sebenarnya pasukan badminton negara menang Piala Thomas berdasarkan lebihan mata yang dipungut.

Begitu juga mengikut fahaman otak selut..mereka mengaku diseluruh negara kononnya merekalah yang sepatutnya menjadi kerajaan pusat disebabkan jumlah undi melebihi BN.

Justeru Ketua Menteri dan Menteri Besar haprak pakatan mengumumkan cuti khas bagi menyambut kepulangan wira wira negara kerana beroleh kemenangan popular Piala Thomas.. hahaha…

Pisau kata ” sejak bila Jepun pandai main badminton..?”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Panas! PAKATAN DEDAH SEBENARNYA MALAYSIA MENANG PIALA THOMAS], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MAAFKAN SAYA MALAYSIA : DAREN

ISNIN, 26 MAY 2014

KAPTEN skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas kepada Jepun 2-3, malam semalam. Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set pertama.

Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya selepas perlawanan malam tadi. Jadi, apa kata peminat-peminat Badminton tanah air semua. Nak terima tak maaf dari Daren ni? Ada juga Daren main sambil lewa yang membuat Malaysia gagal membawa Piala Thomas balik ke Malaysia setelah 22 tahun mengidamkannya. Dan, kalau kita letakan diri kita di tempat  Daren, mungkin kita akan berkata demekian. Siapa tak mahu menang. Siapa tak mahu jadi hero mengutip mata kemenangan negara? Apapun, ianya sudah berakhir. 

Menanggis air mata darah sekali pun Piala Thomas tidak boleh kita miliki kerana ianya milik Jepun yang kentar dengan semangat juang mereka. Lupakan episod sedih ini, siapkan dan lengkapkan pasukan yang baru bagi menghadapi banyak lagi kejohanan dunia yang akan pemain-pemain kita sertai. Insyallah, satu ketika nanti, Piala Thomas akan kita julang. Apa yang menyedihkan dan IBM terkilan sikit kerana di saat-saat persaraan jaguh badminton no 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, beliau gagal meraikan pingat emas dan menjulang Piala Thomas buat kali pertama. Memang beliau terkilan habis.

Mata pertama beliau dalam perlawanan malam semalm, belum cukup bagi beliau dan negara menjulang Piala Thomas. Kata orang, bukan rezeki dia. Apapun tahniah kepada wira-wira badminton kita menjadi naib juara. Cuba lagi. Wasallam ~ IBM


Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MALAYSIA DI MATA DAJJAL II (TERJEMAHAN)

Berikut adalah terjemahan artikel saya yang diterbitkan pada 1-2-2011 di blog ini. Saudari BlackDragon sekali lagi bermurah hati menyedekahkan tenaga beliau untuk menterjemahkan artikel saya tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah dan semakin kiut hendaknya.

Saya mohon maaf sebab tahun 2014 ini belum sempat update lagi artikel saya. Semenjak kali terakhir saya menulis artikel pada bulan September tahun lalu, saya dijangkiti virus ‘PEM-Alas’ yang masih belum sembuh-sembuh. Virus ini menyebabkan kepala saya selalu pening dan mata mengantuk apabila mula mengadap komputer untuk menulis artikel atau menonton video dakwah. Yang peliknya kalau menonton video Youtube Naruto tidak pula saya mengalami simptom penyakit ini.

Anyway, saudari BlackDragon menyelamatkan saya kali ini. Saya mendoakan beliau mendapat rezeki dan jodoh yang hensem, single dan beriman secepatnya.

Dalam bahagian pertama artikel sebelum ini (klik di sini jika anda belum membacanya), saya telah membincangkan secara ringkas ramalan mengenai Al-Mahdi dan mengapa rakan-rakan saya dalam Watchers Group (kini dibubarkan) berpendapat bahawa Al-Mahdi mungkin datangnya dari rantau kita.

Tanpa berlengah lagi, ayuh kita teruskan dengan teori kedua yang datangnya dari aliran pemikiran sekular dalam Watcher Group yang sama sekali memisahkan hujah mereka daripada ramalan keagamaan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam, tetapi terdapat juga beberapa rakan Muslim yang berkongsi idea yang sama.

Menurut mereka, ironinya mengenai alam semesta adalah alam semesta mempunyai sifat jenaka. Dalam kesibukan umat manusia menyelongkar alam semesta demi dalam mencari jawapan, rupa-rupanya jawapan itu telah pun berada di depan mata. Oleh itu, sewaktu kita bertungkus lumus memformulasikan teori-teori tentang mengapa Illuminati mahu berada di Malaysia, jawapannya mungkin telah dicetak sejak berdekad lalu dalam buku teks sekolah kita.

Dalam artikel terdahulu “COMMENTING ON TAN SRI SANUSI JUNID’S MENTION ON FREEMASON“, Saya telah menjelaskan bahawa Freemason pertama yang menjejakkan kakinya di bumi Malaya adalah Sir Francis Light yang kemudiannya mengibarkan bendera Union Jack pertama di Tanah Melayu pada 11 Ogos 1786. Saya juga pernah menyebut bahawa Syarikat Hindia Timur British (“BEIC”) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan matlamat “Ordo Ab Chao” Freemason.

Mengimbas kembali sejarah yang telah kita pelajari tentang kehadiran BEIC di Tanah Melayu, semasa kita berada di sekolah menengah kita diberitahu sebab BEIC berminat dengan Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kedudukan geografinya. Bukan sahaja Tanah Melayu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara India dan China, tetapi lokasi geografi Malaysia juga melindunginya daripada bencana alam. Malaysia dengan uniknya terletak di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi oleh Indonesia, Thailand, Filipina dan Kepulauan Borneo yang melindunginya dari bencana alam. Tidak seperti Indonesia dan Filipina, kita amat bertuah kerana kedudukan geografi meletakkan kita jauh dari plat tektonik. Pendek kata Malaysia amat bernasib baik kerana bebas daripada bencana alam seperti kemarau, gempa bumi, gunung berapi dan taufan. Setakat ini, bencana alam paling teruk terjadi di Malaysia adalah banjir tetapi bukan ke tahap yang menyebabkan berlakunya korban nyawa secara besar-besaran.

Jika BEIC telah pun mengetahui akan hal ini sejak abad ke-18 lagi, maka sudah tentu Illuminati juga amat maklum mengenainya. Adakah lokasi kita mempunyai sebarang kaitan dengan pelan perancangan mereka?
Kesemua ramalan dari seluruh dunia mempunyai tiga perkara sama di dalamnya. Pertama adalah mengenai ketibaan sang Penyelamat, kedua tentang bencana alam yang akan datang dan ketiga adalah akhir zaman. Bencana alam juga telah dinyatakan dalam cerita-cerita di dalam Al-Quran dan Hadis. Tanda bencana alam yang paling menonjol sudah tentulah gempa bumi. Gempa bumi telah disebutkan secara khusus oleh Rasulullah apabila dia mengatakan bahawa Kiamat tidak akan datang sehingga tiga gempa bumi memusnahkan tiga tempat. Satu di Timur, kedua di Barat dan akhirnya Semenanjung Arab.

“Rasulullah (saw) datang kepada kami secara tiba-tiba kerana kami (sibuk dalam perbincangan). Baginda berkata: Apa yang kamu bincangkan? Kami menjawab, “Kami sedang berbincang mengenai hari Kiamat.” Sesudah itu, baginda berkata, “Ia akan datang sehingga anda melihat sepuluh tanda-tanda sebelumnya” dan baginda menyebut tentang Dajjal (ANTI-ISA), asap, binatang (al-daabbat ard), matahari muncul dari Barat, turunnya anak Isa putra Maryam (saw), Gog (Yajuj) dan Magog,dan gempa bumi di tiga tempat, SATU DI TIMUR, SATU DI BARAT DAN SATU DI NEGERI ARAByang akhirnya akan keluar api dari Yaman yang akan menghambat orang ramai ke tempat berkumpul.” (Muslim, Fitan, 39)

Sejak hadis ini mula dikaji oleh Illuminati dan Watcher Group, terdapat banyak perbincangan tentang cara untuk mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang diramalkan dalam siri ramalan seluruh dunia. Berkaitan dengan gempa bumi, telah begitu banyak gempa bumi yang besar sepanjang sejarah sehingga mustahil untuk mengenal pasti yang mana merujuk gempa bumi tiga yang disebut dalam hadis ini. Sebelum tahun 2004, kami tidak tahu apakah pemboleh ubah yang diperlukan untuk mengenal pasti kejadian bencana tersebut.

Kemudian kita semua menyaksikan gempa bumi 26 Disember 2004. Seolah-olah pada tahun tersebut, Illuminati telah memutuskan untuk membedil nuklear ke jurang Sumatra sebagai percubaan mereka untuk menghapuskan seseorang atau sesuatu di Acheh. Kami masih tidak dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan Illuminati berbuat demikian tetapi kami tahu ia didalangi oleh Illuminati kerana mereka melakukannya pada Korban di Hari Pagan (Saturnalia). Malah, tepat setahun sebelum itu mereka melakukan perkara yang sama apabila gempa bumi bermagnitud 6.6 skala richter meragut 26 ribu nyawa di Iran pada 26 Disember 2003.

Apakah yang istimewa tentang Iran 2003 dan Acheh tahun 2004? Sebenarnya, setahun sebelum gempa bumi Iran telah berlaku Gerhana Matahari dan Bulan pada bulan Ramadhan tahun 2002. Kemudian tahun sebelum gempa bumi Acheh, telah berlaku Gerhana Matahari dan Bulan yang serupa pada bulan Ramadhan tahun 2003. Oleh itu kami merumuskan bahawa jika mereka bertindak keterlaluan semata-mata kerana dua gerhana di bulan Ramadhan, maka pasti ia berkaitan dengan Al-Mahdi.

Seramai 227 ribu orang menjadi korban di Acheh  pada tahun 2004. Ia merupakan gempa bumi era moden yang pertama yang bermagnitud sedemikian pernah berlaku di Wilayah Timur di bahagian dunia kita dan kami benar-benar percaya ia adalah gempa bumi di Timuryang pernah disebut oleh Rasulullah (Iran 2003 tidak dikira kerana ia bukan terletak di Timur dari Mekah). Golongan Muslim dalam Watcher Group kemudiannya bersetuju bahawa pemboleh ubah yang hilang itu sudah dikenal pasti. Kami kini percaya bahawa bencana itu hasil perbuatan tangan manusia dan bukannya alam ghaib yang akan menyebabkan tiga gempa bumi yang pernah disebutkan dalam hadis. Ia sememangnya masuk akal kerana Allah tidak akan menzalimi umatnya dengan menghantar gempa bumi pembinasa ke atas umat yang tidak berdosa semata-mata untuk membuktikan sesuatu. Illuminati pula sebaliknya tidak mempunyai masalah untuk membunuh berjuta-juta manusia sebelum memulakan sarapan pagi.

Ia menjurus kita untuk membuat jangkaan tentang gempa bumi kedua di BARAT dan yang ketiga di SEMENANJUNG ARAB. Oleh kerana gempa bumi pertama Acheh adalah buatan manusia, maka Watchers Group percaya bahawa gempa bumi kedua di BARAT juga bakal menjadi buatan manusia, dan turut membawa kami mengimbau kembali apa yang telah kami ketahui sejak 1979 – Illuminati sedang merancang bencana berskala besar-besaran untuk menghapuskan bandar-bandar utama di dunia.

BATU PANDUAN GEORGIA (American Stonehenge)

Pada Jun 1979, seorang atau orang-orang yang tidak dikenali di bawah nama samaranR. C. Kristianmengupah Elberton Granite Finishing Company untuk membina Batu Panduan Georgia. Satu hipotesis popular adalah nama penaung itu mungkin satu penghormatan kepada Rosenkreuz Kristian, pengasas Freemasona abad ke-17 versi persaudaraan Jerman iaituPersatuan Rahsia Rosicrucianism (The Rosicrucianism Secret Society).

Mesej pertama yang pahat pada batuan itu adalah kata-kata .”untuk mengekalkan kemanusiaan di bawah 500,000,000 dalam keseimbangan kekal dengan alam semula jadi” Dalam erti kata lain, mereka merancang untuk mengurangkan populasi 7 bilion penduduk dunia kepada 500 juta sahaja. Apa yang terpahat pada batu ini pada dasarnya adalah hasil Simposium Illuminati pada tahun 1957 apabila mereka memutuskan bahawa tindakan untuk mengurangkan populasi dunia perlu diambil terlebih dahulu atau tidak lama selepas tahun 2000.

Keputusan tahun 1957 itu adalah sebab mengapa pemerhati Illuminati seluruh dunia tahu kepentingan abad ke-21. Itulah sebabnya kami tahu bahawa krisis mata wang tahun 1997 adalah perlu bagi mereka. Seperti yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, mereka perlu menyusup masuk ke sistem kita sebelum tahun 2000.

Sejak tahun 1957, Illuminati telah memikirkan pelbagai idea mengerikan untuk membunuh 90% daripada penduduk dunia. Pada mulanya mereka mempertimbangkan idea untuk meledakkan senjata nuklear yang telah pun ada tersedia dalam simpanan. Tetapi perang nuklear akan menyebabkan permukaan bumi tidak dapat di diami sekurang-kurangnya sehingga 20 tahun dan kesannya akan turut dirasai mereka. Jadi, mereka meneruskan rancangan dengan tindakan yang mereka telah lakukan sejak Perang Dunia 1 lagi seperti senjata biologi, pembunuhan beramai-ramai, rusuhan, peperangan dan terkini… bencana buatan manusia atau lebih tepat lagi;GEMPA BUMI.

Saya tidak akan menjelaskan terperinci di sini tentang bagaimanakah mereka kini mampu mencipta bencana tersebut. Cukup sekadar menyebut bahawa Amerika Syarikat dan Rusia telah pun selesai membangunkan “scalar interferometers”(juga dikenali sebagai” Longitudinal Wave Interferometers”) sejak akhir abad ke-20. Berikut adalah tip untuk semua pembaca saya.. Sentiasalah mencari awan-awan yang berwarna-warni di langit. Jika anda melihat awam berwarna warni itu terpampang di langit, segeralah KELUAR dari rumah anda dan LARI ke ruang terbuka yang berdekatan. Awan-awan maut ini adalah tanda bahawa Senjata Skalar telah dihalakan ke arah bandar anda. Awan berwarna ini telah dikesan 30 minit sebelum gempa bumi Sichuan itu, 1 hari sebelum gempa Haiti, dan 2 hari sebelum Acheh.

Apakah pula perkaitan Malaysia dengan semua ini?

Hadis ada menyebut tentang gempa bumi kedua yang akan berlaku di Barat, saya percaya bahawa ia akan menjadi satu yang besar. Barat yang kita ketahui adalah kawasan yang menaungi sebilangan ibu pejabat di Illuminati. Oleh itu jika mereka memutuskan untuk menggegarkan rantau mereka sendiri, maka ia pastinya amat berbaloi untuk mereka. Hanya satu alasan yang dapat dirumuskan oleh Watcher Group… gempa itu (atau apa jua bencana yang dirancangkan) mestilah bersaiz gergasi yang mungkin merupakan ibu kepada semua gempa bumi moden. Mereka mungkin mahu menggegarkan kawasan itu dengan sebegitu hebat sehingga ia dapat menghapuskan penduduk dunia

Bolehkah ia dilakukan? Ya, secara teori ia boleh dilakukan. Jika anda antara yang pernah menonton filem “2012″ dibintangi oleh John Cusack, pasti anda masih ingat dengan adegan super gunung berapi meletus di Yellowstone National Park di Amerika Syarikat. Adegan ini adalah berdasarkan pada realiti kerana di bawah Yellowstone terletaknya GUNUNG BERAPI SUPER terbesar di dunia yang telah meletus hanya tiga kali sejak 2.1 juta tahun lalu. Malah, pada tahun 1995 imej satelit mula menunjukkan bahawa kaldera Yellowstone telah menaik dan menjuruskan kepada ramalan bahawa gunung berapi super yang terbesar di dunia itu boleh meletus dalam masa terdekat. Untuk membangunkan gergasi pemangsa ini, apa yang mereka perlukan hanyalah dengan meletupkan bom nuklear bawah tanah untuk mencetuskan letusan. Apabila itu berlaku, ia akan meletup dengan kuasa seribu kali lebih berkuasa berbanding Gunung St Helens pada tahun 1980 dan menyebabkan sebahagian besar benua Amerika Utara berada di bawah timbunan abu. Ia juga akan menghalang sinar matahari dari sampai ke permukaan bumi yang menyebabkan berlakunya penurunan suhu bumi sehingga beberapa darjah dan seterusnya menyebabkan kemusnahan tanaman di seluruh dunia. Abu-abu itu seterusnya akan menyebar merentasi Atlantik ke Eropah yang terus melonjakkan lagi angka kematian. Letusan super di Yellowstone akan membunuh lebih ramai manusia berbanding semua letusan gunung berapi sejak manusia mula berjalan di bumi ini.

Bencana super itu akan diikuti oleh gegaran di seluruh dunia. Oleh kerana ia merupakan gunung berapi super, maka gegarannya sahaja mencukupi untuk menyebabkan keruntuhan bandar-bandar utama lain, terutama yang berhampiran dengan Lingkaran Api Pasifik.

Malaysia, seperti yang anda lihat daripada graf di atas, dengan uniknya dilindungi oleh Indonesia dan Filipina daripada kesan subduksi zon-zon Lingkaran Api Pasifik (walaupun menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, kita turut terangkum dalam zon tersebut). Boleh dikatakanb bahawa kita ‘dikelilingi oleh’ oleh Indonesia, Thailand dan Filipina dan seterusnya menyukarkan keberkesanan 100% teknologi scalar terhadap kita.

2012?

Anda semua pastinya pernah mendengar mengenai NIBIRU? Malah, isu turut diperdengarkan di Parlimen kita pada Disember 2010 apabila Senator Datuk Shamsudin Mehat  mengemukakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Datuk Dr Maximus Ongkili mengenainya. Sebelum anda mula berasa teruja, saya menegaskan di sini bahawa Nibiru hanyalah sebuah cerita 1001 malam. Peristiwa pergolakan planet yang sehebat itu pasti akan disebut dalam Al-Quran dan Hadis jika ia benar. Lebih mengarut lagi adalah cerita mengenai Anunnaki sebagai penduduk Planet Nibiru yang menciptakan manusia. Kisah Nibiru ini jelas bertentangan dengan sejarah Adam & Hawa dan harus diketepikan.

Nibiru tidak pernah mendapat tempat dalam  senarai perbincangan Watcher. Walau bagaimanapun, berlaku satu kejadian yang mendapat perhatian kami. Sewaktu saya mula-mula menulis untuk laman web Anwargate pada September 1998, saya diberitahu oleh seorang rakan (yang kemudian memberitahu saya mengenai Watchers Group) mengenai panggilan telefon yang disiarkan setahun lebih awal pada 12 September 1997. Panggilan telefon itu dibuat dari Pahrump, Nevada dalam rancangan perbualan setiap malam Bell’s “Coast-to-Coast”. Panggilan telefon itu datangnya dari seorang lelaki yang jelas tidak keruan dan ketakutan dan mendakwa merupakan bekas Area 51 yang baru-baru ini dihentikan kerja atas sebab-sebab “perubatan”. Pemanggil kemudiannya menyebut tentang “makhluk antara dimensi” yang jahat di Area 51 dan  bencana yang bakal berlaku dan diketahui oleh kerajaan. Bencana ini bakal melenyapkan “bandar-bandar utama”  Panggilan ini terputus tanpa diketahui sebabnya.

Berikut merupakan antara isi perbualan perbualan tersebut:-

Art: Jadi anda tidak boleh menghabiskan banyak masa di telefon, kalau begitu cepat beritahu kami sesuatu!
 

Pemanggil [suara terputus-putus dengan nada tangisan yang jelas menahan tangisan]: OK, um, um, OK, Art apa yang kita fikir sebagai makhluk asing, sebenarnya mereka makhluk antara dimensi , bukan seperti yang didakwa telah melakukan kontak oleh pelopor awal program angkasa. Mereka bukan seperti apa yang mereka dakwa. Mereka telah menyusup dalam banyak aspek, di dalam, di dalam pertubuhan tentera, terutamanya Area 51.
 

Mengenai bencana yang akan datang, mereka, pihak tentera, saya minta maaf, kerajaan tahu mengenai mereka. Dan ada banyak kawasan selamat di dunia yang mereka boleh mula pindahkan para penduduk sekarang  , Art.
 

Art: Jadi mereka tidak melakukannya, tidak melakukan apa-apa.
 

Pemanggil: Mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka mahukan bandar-bandar utama dihapuskan supaya hanya tinggal beberapa kawasan yang akan lebih mudah dikawal …. “

Amatlah melegakan untuk mengetahui bahawa rakaman itu berjaya sampai ke Youtube dan terselamat daripada penapisan kerajaan sehingga hari ini. Perkara-perkara yang menjadikan panggilan telefon ini “unik” adalah bahawa pemanggil tidak menggunakan perkataan “makhluk ruang angkasa” (UFO). Sebaliknya dia menggunakan perkataan “makhluk antara dimensi” yang dalam bahasa mudahnya bermakna Din dan Iblis (Malaikat juga ditakrifkan sebagai makhluk antara dimensi tetapi dari jenis yang baik). Ini mengingatkan saya tentang perdebatan oleh ilmuwan MUHAMMAD ISA DAWUD yang percaya bahawa punca di sebalik fenomena UFO adalah Jin.

Pemanggil juga bercakap mengenai bencana masa hadapan untuk tujuan New World Order. Dia kemudiannya menyebut tentang “KAWASAN SELAMAT DI DUNIA INI”

Kita sudah tahu tentang kemungkinan kawasan selamat. Oleh kerana bencana itu tidak mungkin kejadian Kiamat, oleh itu masuk akal jika seburuk mana pun ia, beberapa kawasan akan bertahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang akan datang. Walau bagaimanapun, kecuali Mekah dan Madinah yang pastinya akan bertahan terhadap apa jua serangan Illuminati, tidak ada siapa pun kecuali Illuminati yang tahu kawasan mana menahan bencana buatan manusia itu.

Persoalan ini membawa kita kembali ke   MALAYSIA

Apakah mungkin Malaysia mempunyai potensi untuk menahan bencana tersebut? Adakah Tuhan telah merancang supaya negara kita ini letaknya di tengah-tengah Asia Tenggara supaya Indonesia, Filipina dan Thailand boleh menyerap kesan kemusnahan gempa bumi dan dengan itu menyelamatkan nyawa kita?
Jika benar, maka ia boleh menjelaskan mengapa Illuminati mahu Singapura kekal di kawasan ini kerana mereka memerlukan hab untuk mengawal rantau ini selepas bencana itu. Entah apa perancangan Allah untuk negara ini yang umat Islam dalam PAS, PKR dan UMNO sentiasa bertelagah semata-mata kerana politik? Adakah kita yang mahu diselamatkan oleh Tuhan atau adakah negara kecil Brunei?

Anda mungkin fikir artikel saya tiada hujung pangkalnya. Tetapi inilah sebab-sebab yang dispekulasikan oleh golongan sekular dalam Watchers group. Saya percaya bencana itu akan tiba kerana terdapat banyak hadis dan ayat-ayat yang mengatakan kedatangannya sebagai tanda-tanda awal Kiamat. Kita semua telah mengetahui bahawa kesemua 14 tanda-tanda kecil Kiamat telah sempurna pada hari ini dan hal ini amat membimbangkan saya kerana dua orang anak perempuan saya masih lagi bayi. Kini setiap malam saya membaca surah Yaseen setiap malam dan berdoa kepada Allah pada waktu pagi dan senja bahawa agar Allah akan melindungi mereka daripada yang paling buruk yang akan berlaku.

AFTERDARK WRITES!
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Good Relations Between Malaysia And US Will Be Strengthened – Awang Adek

WASHINGTON DC, April 25  - The effort to improve and strengthen Malaysia’s relationship with the United States (US), which is also its fourth-largest trading partner, is among the main focus of Datuk Dr Awang Adek Husin as the new Malaysian Ambassador to the US.

Awang Adek, who is also Malaysia’s former deputy finance minister, said active trade relations between industry players in the two countries would also be given more attention as it would boost the economic growth and create more jobs in the two countries.

He said the embassy would also “intensify efforts to provide explanations and answers to all the negative reports by western media about Malaysia’s political situation, as well as issues related to the MH370 disappearance.”

Speaking to Bernama at his office here on Wednesday, he said the issue of Trans-Pacific Partnership (TPP) Agreement, which involves 12 countries, including Malaysia, also required serious attention from him.

In fact, Awang Adek, said bigger responsibility awaited him as Malaysia was set to assume the Chairmanship of Asean next year.

Awang Adek is scheduled to meet with US President Barack Obama at the White House to present his instrument of appointment next month. Obama is scheduled to spend three days visiting Malaysia from Saturday as part of his Asia tour.

This will be the first official US President’s visit to Malaysia after that of former President Lyndon Johnson 48 years ago.

Awang Adek, said since he arrived in the US two years ago, he had convened meetings with various quarters, including officials from the US Department of State, Congress, World Bank, Agriculture Department, Asean member-country envoys, businessmen and non-governmental organisations.

“I’m very grateful to our former ambassador, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, who introduced me to many of his contacts here so that we can maintain and strengthen our relationships,” he said.

He said he would also visit several districts and meet with Malaysian students here in the very near future.

Awang Adek also said he would use his experiences as former lecturer, assistant governor of Bank Negara and chairman of Tenaga Nasional, to discharge his new duties as an ambassador.

Having graduated with a Bachelor’s degree in Mathematic and Economy from Drew University in New Jersey before obtaining his post-graduate degrees from Wharton School, University of Pennsylvania, Awang Adek said his experience as a student in the US would give him the advantage to perform.

When asked whether he had ever expected the appointment, the father of five said: “It was suggested to me a few times before but I said no. To be an ambassador was the last thing on my mind.

“Then one day, I got a call from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. I told him I’m honoured (with the offer) and will discuss with my family first,” he added.

UMNO Online
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

6 gambar detik-detik cemas pemain golf Sepanyol diserang sekumpulan lebah di Terbuka Malaysia..


Pemain golf, Pablo Larrzabal dari Sepanyol terpaksa terjun ke tasik selepas diserang lebah pada pusingan kedua Golf Terbuka Malaysia di KLGCC.

Menjawablah kau Sime Darby selaku pemilik lapangan golf tersebut kerana tidak menyelenggara dengan baik apatah lagi ia membabitkan kejohanan bertaraf dunia. 

Tapi nak salah pengurusan tak boleh juga kan? Takkan setiap inci pokok nak kena kelebet apa yang anda? Benda dah nak jadi..





















Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

MH370: Pemimpin dunia hargai usaha Malaysia, sedia teruskan bantuan

NLD03_250314_TPM-NSS

THE HAGUE 26 Mac – Usaha yang dilakukan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370 mendapat pujian pemimpin-pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat dan China.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang ditemui pada pertemuan tidak rasmi di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) 2014 yang berakhir semalam, bukan sahaja mengakui keadaan yang dihadapi Malaysia sebagai rumit dan luar biasa, malah menyatakan komitmen berterusan membantu negara dalam urusan selepas ini.

Beliau menambah, Presiden China, Xi Jinping yang ditemui pula berharap, peristiwa malang itu tidak akan menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.

“Dia (Jinping) faham keadaan sebenar dan sebab itu tidak ada kenyataan yang agak luar jangkaan kerana operasi yang dijalankan juga membabitkan pasukan negara China sendiri.

“Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman itu dan ini sebenarnya bukti hubungan baik (kedua-dua negara) walaupun isu ini khusus melibatkan sebahagian warga China,” katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia sempena NSS 2014 semalam.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Pegawai Tourism Malaysia Dipenjara 10 Bulan, Isteri 14 Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Dis lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 Sept 2010 dan 17 Dis 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Jan lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tragedi MH370 Tidak Jejas Nama Baik Malaysia Pada Penganjuran Sukan F1 – Khairy

KUALA TERENGGANU, 27 Mac – Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedy menyayat hati itu.

“Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu,” katanya pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Nerus di sini hari ini.

Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedy kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.

Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Superman Malaysia Sanggup Berkorban Demi #mh370 #prayformh370

Prof Dr Datuk Mahfuz pakar segala hal hari mengemparlan dunia dengan menawarkan diri untuk dijadikan tembusan.
image

Yang menghairankan dari mana Prof Mahfuz ni tahu pesawat #MH370 kena rampas? Adakah beliau mahu bersaing dengan maharaja bomoh VIP yang sekarang ini mendahului carta nombor 1 paling bangang didunia..

Pisau berharap agar pihak berkuasa terima tawaran Mahfuz kerana kuasa super power yang beliau miliki mungkin mampu menandingi kekuatan tamparan buaya oleh bomoh Mat Zain..

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat sedia menawarkan diri sebagai “tebusan” jika pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas. Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau mengesyaki rundingan berkaitan telah bermula.

Justeru, jika pesawat itu berada di suatu tempat, beliau meminta diberitahu lokasinya supaya mereka dapat menjadi pengganti kepada 239 ‘tebusan’ di dalamnya.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu -sumber

Pisau kata ” Mahfuz lagi power dari bomoh boya kot”

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Superman Malaysia Sanggup Berkorban Demi #mh370 #prayformh370], All Right Reserved. 2014.
.::Pisau.Net::.
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

ISMA Serah Laporan & Tandatangan Rakyat Malaysia Tolak Comango Isnin Ini

BANGI, 28 Feb – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menyerahkan laporan dan tandangan rakyat Malaysia menolak Comango kepada Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Hamzah Zainudin di Wisma Putra, Putrajaya, 3 Mac Isnin jam 11 pagi. Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penyerahan ini adalah bukti sokongan majoriti rakyat negara ini yang membantah segala [...]
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Rakan Akrab Pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden pula tampil menceritakan hal kebaikan sebenar!

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..

Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden – September 2011..

Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Senyuman terukir
dengan hasil tangkapan
Bersama warga Malaysia yang lain pada
Hari Raya Aidilfitri @
Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..


Mereka selalu ceria
untuk ke sekolah :D
Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden
Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato’ Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato’ Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..

Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato’ Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2.. 

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza..”

Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..
Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..
Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg

Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Arif tertidur sewaktu
konvoi beraya..
Ammar dan Adam
selalu bermain dan tidur di bilik aku

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa.. Credit photo to – Uncle Wan Batu..

Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan “Miss Shal” semasa di Sekolah Seri Putri..

Uncle Azizul (Kanan).. Bersama Kakitangan dan pelajar..
Auntie Shal (kiri) bersama pelajar dan warga Malaysia
Di  Sukan ASEAN – Pretoria, South Africa

Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah  dan insyallah bila kita susah  Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih.. - TIMETRAVELAFIF

Anak Seberang
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Hotel Di Madinah

Medina hotel fire kills 15 pilgrims, injures 130

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, kata Kementerian Luar Ahad.

“Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang manakala 130 lagi cedera. – BERNAMA

:SembangHaji.Com:
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Brazil jadi Kutub Utara, India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka beku 2015?


Sabda Nabi saw :Apabila mendengar berita tentang “Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur”, segeralah kamu, walau terpaksa merangkak di atas “salji” maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas “salji” (salji tebal).

Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.

Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.

Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas beralih menjadi negeri bersalji. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.

Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga mungkin akan menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti.

Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: “matahari akan keluar dari Barat” akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya.

Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.

Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa pula berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan ” flip” di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan ” flip” peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku “flip” pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan “sun spot”.

Manakala “flip” juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Wallahualam.

sumber: abatasa2 blog


]


.


A Palestinian man walks near palm trees as snow falls in Jerusalem’s

Anak Seberang
Source Blog

MALAYSIA DI MATA DAJJAL (TERJEMAHAN)

Nota Pembuka: Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seorang pembaca saya iaitu saudari ‘BLACK DRAGON’ kerana menterjemahkan artikel saya ini yang sebelumnya saya tulis dalam bahasa inggeris pada 22 Januari 2011 (klik sini jika ingin membaca versi asal dalam bahasa inggeris).

Saya ada juga menerima beberapa emel dari anda yang mencadangkan agar lebih banyak artikel ditulis dalam bahasa melayu. Saya cadangkan agar anda mencadangkan terus perkara ini kepada saudari ‘Black Dragon’. Malangnya saya tidak boleh menyiarkan alamat emel beliau namun anda bolehlah copy+paste di ruangan komen ayat berikut “U/P: Black Dragon yang cantek rupawan. Mohon translate artikel ………. (nyatakan artikel yang anda mahukan) dengan segera. Maaf sebab you kerja takde gaji but tenkew tenkew anyway. Sekian”.

Dan kepada mana-mana pembaca yang nak hentam saya lepas ni, saya ucapkan “Selamat Hari Raya dan Lantak Kaulah. Dah terlambat pun sebab artikel di dah ada dalam blog saya 2011 haha..”

TERJEMAHAN: MALAYSIA DI MATA DAJJAL
Tulisan: Afterdark
Terjemahan: Black Dragon

Artikel berikutnya ini akan membincangkan tentang beberapa ramalan. Kecuali beberapa ramalan yang telah dinyatakan dalam hadis, yang selebihnya adalah tidak diketahui asal usulnya. Oleh itu, perlulah diingatkan supaya anda berasa ragu terhadap ramalan-ramalan ini. Artikel ini ditulis bukanlah untuk meyakinkan anda tentang kebenaran ramalan-ramalan berikut. Saya hanya ingin anda melihat ramalan-ramalan ini dari sudut pandangan Illuminati. Ia mungkin berguna dalam pertempuran di masa depan jika kita tahu apa yang difikirkan oleh pihak-pihak musuh.

* * * * * * *

Antara soalan yang paling kerap ditanya mengenai kehadiran Illuminati di Malaysia adalah “Mengapa mereka berada di sini?”. Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya, malahan sejak saya menyatakan dalam artikel yang terdahulu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Freemason; dan bahawa kita sedang bergerak ke arah Negara yang dikawal oleh Illuminati. Dalam artikel 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT yang saya terbitkan sebelum ini, saya menyatakan bahawa kejatuhan domino telah berlaku, dan saya bimbang ia masih lagi berlaku.

Baiklah, sebelum anda meneruskan lagi pembacaan anda, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bukanlah sepenuhnya berkaitan politik. Malah, setiap perkataan yang terkandung selepas ini adalah sepenuhnya bersifat spekulatif. Hanya masa akan menentukan sama ada ia akan menjadi satu kenyataan atau tidak. Oleh itu dengan seikhlas hati, saya menasihati anda supaya menganggap artikel ini hanyalah sebagai bahan bacaan ringan semata-mata.

Baiklah, mengapa Illuminati begitu tertarik kepada negara kita yang jumlah penduduknya hanya setakat 27 juta orang? Berbeza dengan negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak, negara kita tidak dikurniakan dengan minyak atau emas atau apa-apa jenis sumber alam yang melimpah ruah cukup untuk menarik minat mereka Daru sudut politik pula, Tun Mahathir adalah satu-satunya tokoh yang berjaya meletakkan Malaysia pada sasaran Illuminati dan ia hanyalah semata-mata kerana beliau banyak menimbulkan kemarahan mereka dan Tun Mahathir dianggap satu-satunya lawan yang setanding dari rantau ini.

Terdapat juga teori kedua yang datangnya dari golongan sekular di dalam kumpulan kami dan bagi saya ia bagaikan mimpi yang teramat ngeri…

Oleh itu, untuk santapan bacaan anda, saya kemukakan teori pertama.

SERANGAN MATA WANG 1997 & GEMPA BUMI 2004

Petunjuk pertama menunjukkan bahawa kita memiliki sesuatu yang mereka mahukan (atau tidak mahu, bergantung kepada perspektif anda) adalah ketika mereka melancarkan serangan hebat ke atas Ringgit Malaysia pada tahun 1997. Hal ini telah pun saya dibincangkan dalam artikel sebelumnya PRABOWO, THAKSIN, ANWAR IBRAHIM DAN KRISIS MATA WANG PADA TAHUN 1997. Cukup jelas pada ketika itu, di samping mengaut keuntungan, mereka perlu menanam proksi-proksi mereka di dalam kerajaan untuk mengawal sistem kita. Tidak dapat dipastikan negara-negara Asia manakah yang menjadi sasaran sebenar mereka. Perlu diingatkan bahawa semua negara-negara Asia pada masa itu (sebelum serangan), Thailand, Indonesia, Brunei dan Malaysia adalah antara negara-negara yang tidak menganggap dirinya sebagai sekutu Amerika Syarikat. Thailand misalnya, walaupun bergantung kepada US Dolar melalui industri pelancongan dan seks, masih memuliakan Raja mereka sebagai orang yang suci dan menghayati sejarah negara mereka sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih belum dijajah. Malaysia dan Indonesia cukup dikenali sebagai anti-Uncle Sam sehingga kini, dan walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan khusus sejauh mana hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, saya yakin umat Islam di Brunei berkongsi sentimen yang sama terhadap Amerika Syarikat.

Jika serangan mata wang tahun 1997 adalah petunjuk bahawa mereka ‘perlu’ untuk menanam diri mereka jauh ke dalam sistem kita, gempa bumi 26 Disember 2004 merupakan petunjuk bahawa mereka begitu terdesak untuk menghapuskan ‘sesuatu’ atau ‘seseorang’ di Acheh, sehari selepas Krismas. Mengapa? Sebabnya adalah:-

Bertentangan dengan kepercayaan umum, Isa dari Nasaret tidak dilahirkan pada 25 Disember. Gereja Kristian awal pula tidak meraikan kelahiran Isa kerana mereka tidak tahu bilakah hari keputeraan baginda dengan tepat. Sehinggalah pada tahun 440 Masihi, barulah gereja Roman secara rasmi mengisytiharkan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa a.s. Ini bukanlah berasaskan kepada sebarang bukti keagamaan tetapi sebaliknya ia berlandaskan pada perayaan pagan Saturnalia. 25 Disember dijadikan sebagai sambutan hari lahir Tuhan Matahari (Iblis a.k.a Lucifer), iaitu tarikh yang diperhatikan agak dekat dengan solstis musim sejuk. Jadi, bagaimanakah golongan Pagan meraikan Tuhan Matahari? Tepat sekali, melalui pengorbanan manusia. Menjelang hari ke dua puluh lima setiap bulan, kultus pagan akan melakukan korban di altar holokus. Malah, semasa Acara Pengorbanan Besar-besaran sebelum ini, paderi pagan telah membuat 25 Jenis petanda Salib (3 tanda salib untuk persembahan, 5 untuk menyediakan transubstansiasi, 1 untuk memberkati roti, 1 untuk memberkati Wain, 15 tanda salib lagi untuk baki doa yang dibaca). Apa yang berlaku di Acheh hanyalah pengorbanan manusia pada skala moden yang telah pun dilaksanakan sekian lama sejak Lucifer diturunkan ke bumi. Setahun sebelum Acheh, upacara yang serupa berlaku di Iran apabila gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter telah meragut 26 ribu nyawa.

Ia membawa kita kepada soalan kedua. Mengapa Acheh?

Jawapannya adalah, alang-alang mereka memutuskan untuk menggembirakan Lucifer dengan pembunuhan besar-besaran, jadi mengapa tidak cuba membunuh orang yang paling penting? Ironinya dalam situasi ini adalah, penyembah Lucifer yang sebenar-benarnya menerima ramalan mengenai tarikh kelahiran Imam Mahdi. Oleh kerana ramalan itu menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan lahir pada tahun berlakunya gerhana Matahari dan Bulan pada bulan Ramadan yang sama, mereka yakin bahawa Imam Mahdi telah dilahirkan pada November 2003 apabila berlaku dua gerhana pada 14 dan 28 Ramadhan tahun tersebut. Berdasarkan logik yang hanya diketahui oleh mereka, mengorbankan nyawa 226 ribu warga Acheh seolah-olah berkaitan dengan membunuh seorang bayi lelaki berusia setahun yang teramat sangat penting. Yang pasti, mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari sebatang jarum di dalam timbunan jerami. Oleh itu, berlandaskan logik bahawa seekor lebah boleh dihapuskan dengan membakar seluruh hutan, mereka memutuskan untuk membedil peluru nuklear di dasar Jurang Sumatra menggunakan dengan sebuah kapal selam nuklear.

Sesiapa sahaja yang membaca akhbar-akhbar perdana selepas tsunami sejak 4 tahun lalu tidak akan dapat mengaitkan bahawa masyarakat dunia telah heboh memperkatakan tuduhan mengenai penglibatan kapal selam nuklear Amerika Syarikat (USS San Francisco) dalam serangan itu. Keganjilan gempa bumi itulah yang membongkar rahsia pengeboman itu. Penemuan saintifik telah mendapati bahawa plat tektonik Indo-Australia telah bergerak selama lebih 10 minit semasa gempa bumi Acheh, sedangkan anomali dari sudut geologi menganggap bahawa gempa bumi terkuat dalam sejarah pada iaitu 9 skala Richter hanya bertahan selama satu minit atau lebih sahaja. Ahli geologi turut mengesahkan pada bulan Mei bahawa gempa bumi 26 Disember menyebabkan seluruh bumi bergetar selama beberapa minggu selepas gempa bumi awal, dan setiap titik di planet ini berpindah secara menegak sekurang-kurangnya 3 sentimeter (1/4 inci). Ini merupakan tanda-tanda bahawa peristiwa tersebut telah dicetuskan oleh senjata nuklear, menyebabkan plat tektonik yang secara teorinya harus telah mengalami gempa kecil “amaran” untuk memberi laluan pada satu gegaran besar yang mendadak.

Hakikat bahawa manusia telah berjaya mencipta senjata yang mampu meniru kemusnahan gempa bumi bukan satu perkara baharu. Nicola Tesla pernah memperkenalkan idea mesin gempa bumi yang menurut beliau telah diuji oleh dirinya sendiri pada tahun 1897. Pada April 1997, daripada Setiausaha Pertahanan William S. Cohen, membuat kenyataan yang misteri iaitu “Pihak lain terlibat bahkan dalam eko keganasan, mereka boleh mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi atau gunung berapi dari jauh, melalui penggunaan gelombang elektro magnetik”. Malah, pada Jun 2000, New Zealand Herald telah mengesahkan bahawa berdasarkan pendedahan dokumen sulit bahawa tentera AS dan NZ telah melakukan beberapa siri letupan air mencetuskan pasang surut tsunami mini di Whangaparaoa pada tahun 1944 dan 1945 sebagai sebahagian daripada ‘Projek Seal’ rahsia untuk melihat bagaimana buatan manusia tsunami boleh dijadikan senjata.

Saya pula, secara peribadi telah bertelagah dengan rakan-rakan dalam Watchers Group bahawa adalah sangat tidak mungkin Al-Mahdi akan lahir di Acheh. Menggunakan kaedah harafiah dalam pentafsiran ramalan itu, saya menegaskan bahawa Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa Al-Mahdi adalah cerminan imej Rasulullah. Oleh itu, jika Al-Mahdi mengikuti profil Rasulullah, maka bukankah Al-Mahdi dilahirkan di Mekah atau Madinah?

Walau bagaimanapun, saya masih lagi memikirkan cadangan alternatif yang dinyatakan oleh saudara Muslim saya dalam Watchers Group bahawa serangan itu mungkin diarahkan untuk menghalang Kebangkitan Panji-panji Hitam.

KEBANGKITAN PANJI-PANJI HITAM

Jika anda pernah meluangkan sedikit masa untuk membaca mengenai Al-Mahdi, maka anda semestinya pernah mendengar bahawa tenteranya yang berasal dari Timur yang dikenali sebagai tentera panji-panji hitam. Ramalan itu telah menyatakan bahawa tentera itu bukanlah dibentuk secara peribadi dan ditubuhkan oleh Al-Mahdi. Sehingga pada hari beliau dikejar sekeliling Kaabah dan diisytiharkan sebagai Imam, beliau sendiri tidak tahu bahawa dialah Al-Mahdi yang sekian lama dinanti-nantikan itu. Oleh itu, lebih dapat diterima akal apabila seseorang dari Timur membentuk ataupun secara tidak sengaja menubuhkan tentera ini dengan harapan untuk berkhidmat kepada Al-Mahdi apabila tiba masanya kelak. Jadi, mungkin boleh dikatakan bahawa Allah turut mengutus seorang individu penting untuk melakukan persediaan awal kepada Al-Mahdi. Di kemudian hari, Al-Mahdi juga akan menyediakan tapak persediaan awal untuk Isa Al-Masih. Begitu juga, Dajjal turut meniru strategi yang sama. Apabila akhirnya Dajjal memunculkan dirinya, sebenarnya sudah ada pihak yang menunggu kedatangannya. Golongan Illuminatilah yang melakukan persediaan awal sebagai menjangkakan kedatangan Dajjal. Oleh itu apabila Dajjal akhirnya tiba, tidak perlu baginya untuk bertatih dari awal.

Jadi siapakah ‘insan terpilih’ yang akan menjadi permulaan kebangkitan Panji Hitam?

Setiap umat Islam di setiap daerah mungkin mendoakan supaya insan ini datang dari kalangan mereka. Rakyat Afghani memang telah diketahui akan memberitahu kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengar bahawa perkataan “Khurasan” yang tersebut dalam ramalan sebenarnya merujuk kepada Afghanistan itu sendiri. Dakwaan itu akhirnya menarik minat Illuminati yang seterusnya mendedikasikan abad ke-20 dan ke-21 menyembelih warga Afghanistan dan membumihanguskan tanah mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat hujah-hujah menentang pendapat ini. Salah satu hujah yang kukuh merujuk kepada hadis “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka pergilah kepada mereka dengan segera, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya di kalangan mereka adalah Khalifah, Al Mahdi”. ini memerihalkan bahawa Al-Mahdi telah pun mengetuai panji-panji hitam apabila Peperangan Afghanistan bermula.

Kesimpulannya, ramalan ini merujuk pada tempoh masa yang Al-Mahdi telah pun disertai oleh Panji-panji Hitam (iaitu selepas pengisytiharan di Kaabah). Persoalannya yang masih belum terjawab adalah mengenai identiti orang yang merintis kemunculan Panji-panji Hitam sebelum pengisytiharan di Kaabah.

Nasib baik (atau tidak – bergantung kepada perspektif anda), beberapa ramalan juga menjurus ke arah Malaysia dan Indonesia. Adakah kita cukup beruntung untuk dirahmati dengan penghormatan tersebut? Atau adakah ia sekadar angan-angan kosong? Baiklah, oleh kerana Illuminati amat dikenali dengan sikap menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, ramalan-ramalan ini akhirnya turut sampai ke pengetahuan mereka. Sebab itulah, kini mereka berada di Malaysia dengan Anwar Ibrahim yang mengetuai persiapan di sini, cuba untuk memastikan supaya penghormatan itu bukan milik kita.

Pendapat saya, kisah Al-Mahdi yang didatangi oleh sembilan lelaki yang membawa baginda keluar walaupun baginda enggan dan dibai’ah di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim a. s. bukan lagi rahsia. Menurut legenda Indonesia yang disampaikan dari mulut ke mulut, seorang tokoh mistik bernama Sabdo Palon telah membuat ramalan bahawa sembilan lelaki itu akan diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Syeikh Malaya. Ramalan ini begitu popular kerana ia menyebut bahawa Sabdo Palon adalah pelajar Wali Songo yang terkenal.

Tetapi, sama ada ramalan ini benar-benar wujud atau tidak adalah di luar pengetahuan saya. Saya tidak dapat mengesahkannya kerana saya hanya mendengar mengenai ramalan ini dari rakan Watcher Group yang berasal dari Indonesia. Setakat yang dapat saya kaji sendiri, Sabdo Palon adalah tokoh mistik yang dikatakan muncul dalam abad ke-15 semasa perang antara kerajaan Hindu Majapahit melawan Islam Demak. Ia adalah peperangan keagamaan, yang amat didorong oleh faktor agama sehingga Raden Patah sebagai pemerintah Demak turut dibantu oleh pasukan legenda Wali Songo. Legenda mengatakan bahawa Sabdo Palon merupakan nujum untuk pemerintah Majapahit Prabu Brawijaya dan Raja itu membawa Sabdo Palon bersamanya semasa pertemuan dengan Sunan Kalijaga (salah seorang Wali Songo). Semasa pertemuan inilah dikatakan bahawa Prabu Brawijaya telah memeluk agama Islam manakala Sabdo Palon pula menunjukkan keengganannya malah menyumpah seluruh rakyat Jawa kerana meninggalkan agama Hindu. Sumpahan terkenal beliau disebut dalam buku lama “Serat Jangka Jayabaya Sabdo Palon”.

Setelah mengkaji banyak cerita berkaitan Sabdo Palon, saya berasa amat ragu jika dikatakan Sabdo Palon pernah menuntut ilmu dengan Wali Songo. Malah, melihat kebenciannya terhadap Islam, hinggalah cara dia hilang di dalam kabus, dan cara dia mengumumkan bahawa dia akan muncul semula 500 tahun kemudian untuk menggantikan Islam dengan agama lain cukup meyakinkan – saya bahawa Sabdo Palon itu sendiri adalah Syaitan. Kemudian, ada cerita mengatakan bahawa Sabdo Palon pernah muncul di Bali pada 1489 di bawah nama Danghyang Nirartha dan kemudian menukar namanya sebagai Haji aji Duta Semu. Di sana, beliau terus menyesatkan dengan ajaran “Islam Telu” yang pengikut hanya boleh bersembahyang tiga kali sehari.

Sekarang, mari kita lupakan sama ada Sabdo Palon Raja Syaitan atau tidak. Saya mungkin membincangkan lebih lanjut mengenai Sabdo Palon dalam artikel “Laluan Syaitan” yang masih lagi dalam perancangan. Saya akan cuba menerangkan jejak-jejak kehadiran syaitan di seluruh dunia (kini sepanjang 10 muka surat yang panjang dan bakal bertambah.. saya begitu letih untuk meneruskan..)

Pada ketika ini apa yang penting adalah, entah bagaimana ramalan tentang “Syekh Malaya” ini telah tersebar di luar sana dan kini beredar di arus perdana internet. Dalam artikel terdahulu, saya telah menjelaskan bahawa Illuminati merupakan kumpulan manusia yang paling paranoid yang menganggap serius apa jenis ramalan pun. Mereka dikatakan membiayai jabatan khas hanya untuk mengawasi mana-mana ramalan di seluruh dunia. Teori “RAHMAN” yang banyak diperkatakan hanyalah semata-mata kata-kata dari mulut ke mulut tetapi terbukti benar di Malaysia walaupun tiada seorang pun yang pasti siapakah yang mula-mula mengutarakannya. Oleh itu, jika orang-orang seperti saya dan anda dan warga Indonesia boleh mendengar tentang Syeikh Malaya, maka sudah tentu sampah Illuminati juga sudah mengetahui tentang berita ini.

Sekarang, mari kita andaikan untuk seketika bahawa Syeikh Malaya memang wujud atau akan wujud, apakah pula maknanya perkara ini kepada Illuminati? Rakan saya pula berpendapat bahawa ramalan itu hanya menunjukkan satu perkara, iaitu Panji-panji Hitam sememangnya akan mengibarkan benderanya pertama-tama di Malaysia sebelum memulakan perarakan terpanjang dalam sejarah ke Mekah. Lain-lain ramalan penting mengenai baginda Al-Mahdi telah pun menunjukkan bahawa sembilan orang yang mula-mula menghubungi Al-Mahdi di Mekah sudah mengetahui tentang tentera Panji-panji Hitam yang semakin hampir, maka adalah masuk akal bahawa beberapa ataupun sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka adalah ahli atau pengasas Panji-panji Hitam itu sendiri. Ramalan Sabdo Palon menyebut tentang Syeikh Malaya sebagai tokoh terkemuka di kalangan orang-orang ini. Jadi apakah maknanya perkara ini mengenai Malaysia? Mari kita lihat semula pemboleh ubah yang terkandung dalam ramalan Sabdo Palon ini.

Syeikh Malaya sebagai pemimpin sembilan lelaki + Malaya bererti Malaysia + Panji-panji Hitam yang menghampiri = Adakah anda faham?

Satu lagi perkara yang memberikan sedikit kredibiliti remeh kepada ramalan “Syeikh Malaya” adalah nama “Syeikh Malaya” itu sendiri. Hakikat bahawa insan ini menamakan dirinya sempena nama negaranya memberitahu kita bahawa ramalan ini telah dibuat untuk menyesuaikan teka-teki yang disebut dalam ramalan mengenai panji-panji hitam.

“Panji-panji hitam akan datang dari Timur, diketuai oleh para lelaki yang gagah perkasa, dengan rambut panjang dan janggut, nama keluarga mereka diambil dari nama-nama bandar asal mereka dan nama-nama mereka yang pertama adalah dari “Kunya”.

Watcher Group (dan Illuminati) telah pun mengetahui profil paling asas Tentera Panji-panji Hitam. Dengan mengguna pakai peraturan pertama teknik tafsiran ramalan Illuminati, bahawa ramalan semua mesti ditafsirkan secara literal, maka Illuminati telah membuat kesimpulan bahawa : -

(a) setiap anggota tentera akan menggunakan negara mereka sebagai nama keluarga dan

(b) sebab utamanya adalah kerana para anggota tentera ini bersifat multinasional, yang datangnya dari pelbagai negara-negara dan kampung halaman yang berbeza

(c) para tentera ini akan mara menuju ke Mekah melalui jalan tanah, dan akan melalui banyak negara dan bandar-bandar, yang mana mereka akan disertai oleh umat Islam dari pelbagai tempat-tempat ini yang menyebabkan bilangan mereka semakin bertambah

Atas sebab ini, Illuminati sudah pun meragui idea bahawa gagasan tentera Panji-panji Hitam hanya terdiri daripada orang-orang Arab atau Afghanistan sahaja.

Bagi saya, dengan idea bahawa tentera ini boleh bermula dari Malaysia adalah mungkin tetapi masih terpencil. Selagi asal usul ramalan Sabdo Palon masih dipersoalkan pada masa ini, maka kita perlu mengambil sikap berhati-hati kerana ia mungkin juga watak palsu yang dicipta oleh orang-orang tertentu di Internet. Tetapi, terdapat 10% bahagian diri saya yang ingin melayan idea ini, terutamanya apabila menyedari makna sebenar tafsiran literal perkataan ‘Timur’. Baiklah, sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang hal ini, tetapi jika anda menggunakan Google Earth untuk mencari Mekah, selaraskan kedudukannya dengan betul kepada ‘Utara Benar’ dan kemudian tekan butang papan kekunci anda untuk bergerak ke kanan (Timur), anda akan mendapati bahawa anda akhirnya akan berakhir di tempat yang sangat berhampiran Brunei. Anda tidak akan dapat melihat ‘kebetulan’ ini pada peta 2D biasa kerana utara yang ditunjukkan bukan ‘Utara Benar’ tetapi ‘Utara Grid’. Google Earth mengguna pakai ‘Utara Benar’ dalam pengaturcaraannya, jadi anda boleh lihat ‘kebetulan’ ini hanya dengan menekan butang yang betul di papan kekunci anda. Saya, bagaimanapun tidak akan membuat spekulasi tentang maksud kebetulan ini.

(Google Earth dan Google Maps (https://maps.google.com) adalah tidak sama. Google Earth adalah perisian yang boleh dimuat turun di earth.google.com)

Walau apa pun, Asia Tenggara adalah rantau Islam yang paling jauh di timur dari Mekah. Oleh itu mungkin juga masuk akal bahawa perarakan itu boleh bermula dari sini. Jika benar, perarakan ini akan bergerak melalui Thailand, Myanmar, Bangladesh, sempadan India dan China, kemudian masuk ke Pakistan, Afghanistan, Iran, Iraq, dan terus ke Mekah sebelum membaiah kesetiaan mereka kepada Imam Mahdi. Satu perkara yang pasti, ia sememangnya deretan banyak negara untuk dilalui oleh tentera itu. Jika saya merupakan komander tentera bagi sebuah pasukan tentera multinasional seperti itu, saya mungkin akan melakukan perkara yang sama dengan memanggil semua anggota dalam pasukan tentera saya dengan nama-nama seperti Syeikh Malaya, Hussin Jakarta, Abdul Pakistan dan nama-nama yang serupa seperti itu.

Ayuh kita berehat seketika.. Saya akan menulis bahagian kedua artikel yang tidak masuk akal untuk keseronokan membaca anda. Nasihat saya adalah supaya anda supaya menganggap ia sebagai bahan bacaan ringan. Dalam bahagian kedua, saya akan menulis tentang teori kedua dari kumpulan sekular dalam Watcher Group mengapa Illuminati berminat dengan Malaysia kita yang tercinta ini. Teori kedua yang penuh dengan perbincangan ringkas tentang bencana ramalan yang kadang-kala menyebabkan saya tidak dapat tidur. Jadi, bahagian kedua merupakan berita buruk jika kebenarannya terbukti. Tetapi, ia juga menyokong idea mengapa Panji-panji Hitam akan muncul dari rantau kita.

AFTERDARK WRITES!
Source Blog

Reaksi YBhg. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Berkenaan Pengumuman YAB Presden UMNO, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, menjadikan Pergerakan Wanita UMNO Sebagai Tulang Belakang UMNO

1) Pengumuman YAB Dato’ Seri Najib, Presiden UMNO pada pagi ini 5 hb Disember 2013 di mana beliau mengiktiraf Pergerakan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang dan bukan lagi sebagai sayap dalam UMNO adalah satu detik bersejarah dalam UMNO dan pembuka era baru perjuangan Wanita UMNO untuk pembangunan Wanita Msia .  

2) Setelah berjuang selama 66 tahun perjuangan Wanita UMNO berjaya diarus perdanakan dalam parti . Jasa bakti pengorbanan kekuatan komitmen Wanita UMNO di ktirafkan .                          

3 ) Saya amat bersyukur dgn pengiktirafan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang UMNO ini oleh YAB Dato’ Seri Najib kerana sejak Merdeka lagi Wanita UMNO memimpin merintis dan menjadi penggerak pembangunan wanita berbilang kaum di Malaysia . Dengan pengiktirafan ini maka wanita dalam mana-mana parti politik di Malaysia ada harapan untuk berdiri sama tinggi dengan kaum bapa berjuang dan membuat keputusan bersama .                            

4) Pengiktirafan ini oleh YAB Dato’ Seri Najib ada lah satu isyarat yang jelas bahawa wanita di Malaysia di mana jua mereka berada tidak di boleh diremehkan lagi , diketepikan mahupun diganaskan . Wanita mesti dihormati dan dihargai.

Terima kasih dan syabas kpd YAB Dato’ Seri Najib di atas pengiktirafan ini . Hanya seorang pemimpin yang mempunyai visi, jiwa besar , kayakinan diri dan kekuatan dalaman sahaja berani membuat pengiktirafan ini . Wanita tidak akan mempersiakan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang UMNO. Kami akan terus berjuang dangan penuh kesetiaan dan komitmen .

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Naib Ketua Dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia dilantik Ahli MT

azizah rosni

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik empat pemimpin daripada tiga sayap UMNO sebagai ahli tambahan MT manakala sembilan yang lain akan diumumkan minggu depan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang pertama malam tadi, selepas pemilihan pada 19 Oktober lalu.

Beliau berkata, dua wakil Pergerakan Wanita yang dipilih ialah Naib Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Datuk Rosni Sohar.

“Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan turut dilantik,” katanya di sini malam tadi. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Source Blog

Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi

Ikuti wawancara khas akhbar Utusan bersama Ds Zahid Hamidi..

MUKADIMAH

DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI dianggap calon paling popular untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ketegasan beliau mengemudi Kementerian Dalam Negeri dikatakan memungkinkan populariti itu dikecapi, namun bukan itu yang diburu oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HUSSAINI AMRAN di kediamannya di Kajang, kelmarin, Menteri Dalam Negeri tersebut memberi pandangan berhubung pelbagai isu berkaitan kementerian itu dan pemilihan UMNO kali ini.

MINGGUAN: Datuk Seri dikatakan meninggalkan calon-calon lain yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO jauh di belakang. Adakah persepsi ini satu bebanan kepada Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Adalah tidak adil untuk saya menilai populariti yang dianggap oleh kebanyakan perwakilan sebagai sesuatu yang boleh memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Tetapi kalau itu dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan, saya lebih daripada sukacita menerimanya. Dalam hal ini, ia bukan menjadi bebanan kepada saya kerana mungkin apa yang dilakukan sewaktu saya menyandang jawatan Naib Presiden selama satu penggal ini dan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah banyak dinilai oleh para perwakilan dan apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan pemilihan ini. Sebaliknya, ia merupakan tugas yang saya terjemahkan pelaksanaannya dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesemua jabatan serta agensi di bawah KDN. Penilaian masih terserah kepada orang ramai khususnya para perwakilan untuk melihat daripada apa yang telah dan sedang saya lakukan.

Ketika Datuk Seri di Jabatan Perdana Menteri, timbul isu kalimah Allah. Semasa di Kementerian Pertahanan timbul Ops Daulat manakala di KDN pula Ops Cantas. Ketiga-tiga perkara itu telah melonjakkan populariti Datuk Seri. Adakah ia berlaku secara kebetulan atau sebaliknya?

AHMAD ZAHID: Mungkin ia bertunjangkan kepada keseriusan saya melaksanakan tugas di mana sahaja kementerian saya diberikan kepercayaan. Kalau ia merupakan satu kebetulan mungkin itu dianggap isu-isu bermusim. Sedangkan isu kalimah Allah sebelum itu adalah isu semasa yang saya tangani sewaktu menjawab persoalan ini yang dibangkitkan pihak pembangkang khususnya Pas di Dewan Rakyat. Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera.

Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan negara kita khususnya bumi Sabah yang boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak luar dan kita masih berunding ketika itu. Keadaan ini tentu mencabar kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan kita. Saya tidak boleh menangguhkan sebarang tindakan setelah mendapat restu daripada Perdana Menteri apabila saya menyampaikan hasrat daripada Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan yang kita lakukan adalah ada wajar bagi sebuah negara yang diceroboh oleh pihak luar. Walaupun ia seolah-olah dianggap sebagai isu politik, ini adalah soal maruah negara dan saya bertanggungjawab untuk mempertahankannya.

Akibat ketegasan Datuk Seri di KDN, ada pihak melihat secara tidak langsung menyebabkan Hishammuddin dipandang negatif?

AHMAD ZAHID: Tidak adil untuk membandingkan antara saya dan Hishammuddin. Saya mempunyai persamaan yang banyak dengan beliau dalam bidang tugas. Namun, apa yang saya lakukan digariskan dalam undang-undang, akta atau enakmen. Terdapat 42 kuasa yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri dan ada perkara-perkara yang boleh dilaksanakan.

Namun, saya membahagikan tugas ini kepada tiga. Dalam soal dasar, saya yang menentukan setelah berunding dan mendapat nasihat daripada ketua-ketua jabatan. Dari segi pentadbiran, saya serahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian. Tetapi dari segi operasi, saya serahkan kepada Ketua Polis Negara dan semua ketua pengarah jabatan serta agensi di bawah KDN. Penyelarasan dan tindakan susulan saya lakukan supaya kesemuanya terselaras sebagai satu tindakan yang sepadu di bawah KDN. Bukan caca-marba kerana seolah-olah ada semacam pemecahan kuasa yang dibuat oleh agensi dan jabatan masing-masing.

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan. Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan. Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu? Mengapa tiada pembelaan? Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah. Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenayah.

Ramai yang bercakap soal meremajakan UMNO. Datuk Seri berusia 60 tahun. Adakah faktor umur ini relevan atau tidak untuk menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

AHMAD ZAHID: Saya mengambil contoh terbaik ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Walaupun beliau ketika mengambil alih kepimpinan melepasi umur 50-an dan ketika hampir tamat perkhidmatan, beliau telah berumur 70 tahun tetapi peremajaan UMNO itu terus dilakukan oleh beliau.

Ertinya, bukan faktor umur menjadi penanda aras pada peremajaan. Yang penting idea baharu, pendekatan yang relevan dan mengenalpasti kumpulan sasaran. Peremajaan UMNO ini bergantung kepada agenda, pengisian program dan bagaimana idea daripada sayap-sayap terutamanya Pemuda dan Puteri dapat dijadikan sebagai elemen di dalam program-program yang dijalankan oleh UMNO. Biarpun Presiden melepasi waktu, melebihi umur setengah abad. Di dalam hal ini, saya sering berinteraksi dengan kumpulan generasi muda dalam UMNO dan idea saya laksanakan biarpun usia ‘setengah abad’ ini mungkin dianggap sesetengah pihak agak tidak relevan. Tetapi pemikiran saya masih tetap relevan terutama dalam usaha untuk meremajakan UMNO.

Berhubung dengan ‘tiga serangkai’, ada yang berpandangan status quo ini perlu dikekalkan. Ada juga yang berpandangan, ia tidak menunjukkan UMNO itu dinamik. Pandangan yang mana sepatutnya diberi perhatian?

AHMAD ZAHID: Ia adalah pandangan subjektif dan kedua-dua pandangan ini harus dianalisis melalui beberapa pendekatan terutamanya apabila Presiden dan Timbalan Presiden perlukan ketiga-tiga Naib Presiden yang mempunyai ‘chemistry’ (keserasian) yang baik bagi bukan sahaja membantu dalam bentuk idea tetapi melunaskan pertanggungjawaban apabila kerja-kerja parti mahu disampaikan di peringkat akar umbi atau bahagian. Melaksanakan tugas-tugas pilihan raya kecil atau umum dan juga melakukan beberapa agenda untuk diterjemahkan terutama peremajaan UMNO dan agenda-agenda yang harus diperturunkan ke bawah. Dalam hal ini, bagi saya, hak sebenar untuk menentukan sama ada pilihan pertama atau pilihan kedua ialah para perwakilan keseluruhannya. Saya sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang keputusan yang akan ditentukan para perwakilan.

Adakah Datuk Seri merasakan gandingan sedia ada ini sudah cukup baik berbanding sebelum ini?

AHMAD ZAHID: Pengalaman sepenggal lalu membuktikan ia telah cukup baik tetapi saya tidak dapat menilai diri sendiri. Tidak adil untuk saya menilai kawan-kawan saya yang lain tetapi tentunya perwakilan melihat dari sudut pandang yang berbeza. Setakat ini, tentunya saya berpuas hati dengan sumbangan yang telah kami berikan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada kepimpinan atasan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Ada suara-suara nakal mengatakan tiga Naib Presiden sekarang bimbang dengan `ancaman’ Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk pemilihan akan datang seandainya beliau dibawa masuk sekarang. Pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Tidak harus ada kebimbangan jika ada mereka yang di bawah umur 50-an mahu menawarkan diri. Sekali lagi, tentunya perwakilan akan menilai melalui sudut pandangan berbeza. Namun, apa yang diperlukan oleh UMNO keseluruhannya ialah kemantapan kepimpinan di peringkat atasan supaya tidak timbul sebarang permasalahan kini atau akan datang kepada pengukuhan landasan di dalam kepimpinan parti.

Dalam PRU-13, UMNO dikatakan mendapat pengajaran cukup bermakna apabila dikatakan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam sehingga menyebabkan NGO mengambil alih. Ke manakah hala tuju UMNO selepas pemilihan ini?

AHMAD ZAHID: Harga yang telah dibayar terlalu mahal. Biarpun UMNO meraih tambahan kerusi, prestasi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya cukup membimbangkan. Apa yang perlu kita lihat ialah kerajaan yang terbentuk di Putrajaya adalah atas sokongan orang Melayu. Kita tidak boleh menolak agenda untuk memperkasakan penguasaan orang Melayu dalam banyak sektor khususnya ekonomi harus dilakukan dengan tidak berhasrat mengambil peluang atau pegangan ekonomi kaum lain. Tetapi yang penting, sebagai sebuah negara majmuk, UMNO tidak pernah meminggirkan mana-mana kepentingan selain orang Melayu.

Ini harus difahami tetapi kita lihat pendekatan pembangkang telah berjaya meracuni pemikiran lebih 50 peratus rakyat. Mereka menanam budaya kebencian yang cukup mendalam terhadap kerajaan. UMNO belum cukup berjaya untuk menangani persepsi ini. Justeru, pengurusan persepsi hendaklah dilakukan dengan drastik oleh kepimpinan UMNO. Jika persepi ini tidak dapat diubah, maka kekhuatiran saya dalam PRU-14 ini, kita bukan sahaja menghadapi masalah yang sama tetapi mungkin akan menghadapi masalah yang lebih parah.

Sejauh manakah UMNO boleh bertahan sebab di dalam BN sendiri, sebagai contoh apabila Perdana Menteri melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini, parti-parti komponen menganggap perkara itu sebagai diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain?

AHMAD ZAHID: Tidak timbul soal berlakunya ketidakadilan kepada kaum lain. Yang ditekankan oleh Perdana Menteri bukan soal kesamarataan. Mustahil untuk mendapatkan kesamarataan. Tetapi beliau mahu memberi keadilan untuk orang Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun kita telah merdeka lebih 56 tahun. Jangan lupa bahawa bumiputera di Sabah dan Sarawak juga harus diambil kira. Keberadaan mereka dalam lingkungan bumiputera yang melebihi 60 peratus tentu harus diberi keutamaan. Jika kumpulan majoriti dipinggirkan, kesan yang paling dalam adalah terdapat kegelisahan sosial dalam kalangan majoriti rakyat. Walaupun kerajaan mempunyai pendekatan mesra perniagaan atau mahu memberi keselesaan kepada komuniti perniagaan, namun kita jangan melupakan bahawa `hutang’ negara kepada orang Melayu dan bumiputera masih belum terbayar sepenuhnya. Ini harus dilakukan oleh kerajaan yang didukung oleh orang Melayu.

Mengapa wujud suara seperti itu dalam BN sendiri? Adakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan?

AHMAD ZAHID: Parti-parti di dalam BN berasaskan kaum. Tentu mereka mahukan pendekatan heroistik kepada kumpulan yang mereka wakili. Jadi, di dalam perkara ini mereka harus tahu apa yang dilakukan oleh UMNO biarpun memperjuangkan soal Melayu dan bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum-kaum lain. Ini harus terus difahami oleh kepimpinan utama parti-parti komponen BN. Kita tahu bahawa pihak pembangkang memerhatikan gelagat untuk meraih dividen politik. Dalam hal ini, parti-parti komponen BN hendaklah sedar bahawa kesatuan pemikiran harus dilakukan dan UMNO sebagai sebuah parti politik bukan sekadar sebuah parti tetapi sebuah institusi sosial orang Melayu dan mereka harus menghormati prinsip ini.

Bagaimana kita hendak menonjolkan semula UMNO sebagai tonggak perjuangan Melayu?

AHMAD ZAHID: Saya melihat UMNO telah menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Saya secara peribadi merasakan tidak adil jika kita memperkatakan soal perjuangan hak Melayu sebagai rasis atau perkauman. Kalau kita mahu memperjuangkan soal bahasa, kita dianggap berada dalam kepompong yang sempit. Jika kita memperkatakan tentang hak istimewa orang Melayu, seolah-olah kita telah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi semasa.

Saya dianggap sebagai ultra Melayu kerana pandangan saya masih kukuh sebagaimana ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO pada 1988. Bagi saya, orang-orang bukan Melayu jangan khuatir dengan UMNO. Kita tidak pernah mengambil hak mereka. Yang kita dambakan ialah memperkukuhkan hak Melayu dan bagi saya, UMNO keseluruhannya harus berfikiran begitu. Kepimpinan UMNO di semua peringkat harus berfikiran begitu dan jangan ada tanggapan mengizinkan orang lain berada di garisan hadapan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terdapat kawasan-kawasan Parlimen yang menyaksikan orang Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, perpecahan kaum lain tidak sebegitu teruk. UMNO memerlukan sokongan orang Melayu. Tidakkah pendirian sebegini membawa kesan dalam PRU-14?

AHMAD ZAHID: Saya ingin memperjelaskan bahawa hak bangsa lain tidak akan diusik dan kita tidak pernah mengambil pun secebis peluang daripada mereka. Jika mereka mengatakan bahawa kaum lain harus berada di dalam perkhidmatan awam, kita mahu bertanya, dalam sektor swasta, berapa ramai orang Melayu yang diletakkan di pengurusan atasan? Berapa ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam organisasi syarikat-syarikat yang tersenarai? Berapa ramai kakitangan pengurusan yang diletakkan? Kalau mereka mahu keadilan dalam sektor awam, mereka juga harus terbuka untuk mengambil orang Melayu dalam sektor swasta. Ramai orang Melayu yang profesional dan ramai yang boleh serta mampu menjadi pengurus terbaik. Terbukti dalam GLC yang ada.

Tetapi apabila jawatan-jawatan yang diiklankan diutamakan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, ertinya siapa? Ertinya, mereka tidak mahu orang Melayu dan bumiputera. Adakah itu satu keadilan? Saya tidak mempertikaikan itu hak keluarga mereka atau hak peribadi mereka. Tetapi kalau mereka mahu kerajaan liberal, mereka juga harus liberal. Mengapa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam menentukan dasar dan BN melaksanakannya dipertikaikan? Mereka tidak terbuka sebagaimana mereka mahu UMNO itu terbuka.

Tags:  

Del.icio.us


Facebook
TweetThis
Digg
StumbleUpon


Copyright © .::Pisau.Net::. [Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera-Zahid Hamidi], All Right Reserved. 2013.
.::Pisau.Net::.
Source Blog

July 2014
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Copyright © 2013. All Rights Reserved.