Umno Blogger Directory

AKAN

HUBUNGAN ALYAH DAN RAMLI MS YANG DIBONGKAR AKAN DISIASAT KEMBALI

Pengarah muzik Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.

“Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

“Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka.

Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.

Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan.

“Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35.

“Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan,” jelasnya.
UtaraNews – The News Portal
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Saya Akan Mohon Menghadap DYMM Sultan Selangor Berkenaan Status Menteri Besar

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Dengan perkembangan… more »
AIDC
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Empat ADUN PKR Akan Ikut Jejak Khalid Ibrahim?

Siapakah mereka? Apakah mereka ini adalah Castle, Queen, Bishop dan Knight pilihan Khalid untuk “Check Mate” Anwar dalam Langkah Kajang. Dalam permainan Langkah Khalid vs Langkah Kajang sekarang ini, Langkah Khalid sedang mendahului. 

Setelah 4 hari dipecat oleh PKR pada 9 Ogos 2014, Khalid Ibrahim terus mengorak langkah dengan lebih agresif dan berani berbanding Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi Ramli. Kini ramai menantikan apakah langkah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh Khalid dalam Langkah Khalid. (baca seterusnya)

ANGIN PERUBAHAN
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

LEPAS DIPENJARA DI SWEDEN, AZIZUL-SHALWATI AKAN DIHALAU KELUAR..???

Kita dimaklumkan media semalam tentang pasangan Azizul – Shalwati yang dikenakan hukuman penjara terlebih dahulu sebelum dihalau keluar dari Sweden sekiranya didapati bersalah di mahkamah negara itu nanti…
Itu yang dijelaskan oleh peguambela pasangan tersebut, Kristofer Stahre. Kalau dilihat dari satu sudut, penjelasan itu menunjukkan peguambela pasangan tu macam tak confident nak menang dalam kes tu…
Pelik betul. Takde langsung diceritakan apa yang akan terjadi kalau kedua pasangan itu didapati tidak bersalah. Bersalah saja yang disebut, tapi tidak bersalah depa tak sentuh langsung… apahal? 
Kalau Azizul – Shalwati menang, boleh tak kalau undang-undang negara tu dan Kerajaan Sweden tu mintak maaf kat Azizul – Shalwati, Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia?

Macam tu la undang-undang dunia. Tak kira la kat Sweden ke.. kat Brazil ke.. kat Malaysia sekali pun, dah tentu ada kelemahan. Maklumlah.. ciptaan manusia. Nak harapkan PAS nak buat hudud? Depa buat draf pun “lobang sana, lobang sini”… bising je pandai.. nak buat tak reti!
Undang-undang kat Malaysia ni misalnya, dah sepakat dah sahkan fakta air mani jumpa dalam salur anus tu milik siapa.. tiba-tiba hanya disebabkan kononnya “tak ikut prosedur pakar Ostolia” (padahal prosedur biasa pun dah memadai!), tiba-tiba penjenayah boleh lepas??? Itu contoh saja… bukan betul pun… heh!
Berbalik pada pasangan Azizul – Shalwati, rasanya kita perlu bersedia dengan berita buruk. Expecting the worst, hoping for the best. Kita buat solat hajat ramai-ramai kalau boleh. Konsisten doakan saudara kita kat sana yang sedang diuji Allah demi memastikan anaknya sujud padaNya…
Selain tu, kita pun kena la rajin solat. Mana yang tak cukup tu, cukup-cukupkan la… Mana yang dah cukup tu, tambah la dengan yang sunat… mana yang dah ada extra bekalan tu, boleh la ajak kawan-kawan tambah bekalan sama-sama… innamal mukminuuna ikhwah..kan?

P/s: Kalau kita mintak pada Allah dan Allah kabulkan, mahkamah mana sekali pun tak boleh lawan punyaaa…

Pejabat Pendakwaraya Sweden telah mengemukakan permintaan agar kedua-dua pasangan dari Malaysia yang didakwa melanggar integriti anak-anak mereka supaya dihantar pulang.
Pendakwaraya, Anna Ardell telah meminta untuk dakwaan itu dikenakan kerana kedua-dua pasangan tersebut disyaki telah melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka.

Kristofer Stahre, peguambela yang mewakili Shalwati Nor Shal berkata bahawa kedua-dua anak guamnya termasuk suami Shalwati, Azizul Raheem Awaluddin hanya akan dihantar pulang sekiranya mereka didapati bersalah dan telah menjalani hukuman di penjara.

Stahre menambah, jika anak guamnya itu didapati bersalah oleh mahkamah, maka ia akan tertakluk di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada mereka akan menjalani hukuman itu di Sweden atau Malaysia.

Kadangkala, perjanjian dua hala antara negara-negara menetapkan sama ada atau tidak seseorang warga negara asing itu boleh menjalani hukuman di negara dimana mereka didapati melakukan kesalahan itu.

Namun, itu adalah sesuatu perkara yang lazimnya diangkat di peringkat politik dan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

Apabila ditanya pandangannya mengenai persoalan kemungkinan Shalwati dan Azizul dihantar pulang dari Sweden dengan kadar segera sebelum mereka dihadapkan untuk perbicaraan semula yang dijangka akan memakan banyak kos kewangan.

Stahre berkata kewangan tidak menjadi isu dan semua individu adalah sama disisi undang-undang Sweden.

Mahkamah Sweden dan pendakwa raya di Sweden tidak pernah mengambil kira kos kewangan demi untuk keadilan dimana ini membawa maksud bahawa setiap individu adalah sekata di sisi undang-undang.

Tidak kira sama ada, individu itu kaya atau miskin dan dari mana juga dia berasal, kesemuanya akan diberi layanan yang sama di Sweden.

Shalwati dan Azizul dijangka akan dihadapkan secara berasingan ke mahkamah untuk perbicaraan yang akan bermula pada 18 Februari 2013.

Shalwati, adalah seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pengarah Tourism Malaysia telah didakwa di Mahkamah Stockholm pada Isnin atas tuduhan memukul anak mereka.

Pada 1979, Sweden menjadi negara yang pertama mengharamkan hukuman yang berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak. - Mynewshub.my

THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

GEGARRR..!!! SESUATU AKAN BERLAKU PADA BULAN 9 NI…

Pada 16hb September tahun ni, mungkin sesuatu yang luar biasa akan berlaku… Sesuatu yang akan menggemparkan seluruh negara… Malah mungkin satu dunia akan “pengsan” jika berlaku perkara ni…
Sesuatu yang akan mengharu-birukan semua rakyat khususnya di Malaysia…Nak tahu apa yang akan berlaku?

Cuba tengok kat bawah ni…

Pada 16hb September ni…
Mungkin “Tuhan” Harun akan menuntut Andrew Lawrence supaya memasukkan namanya di dalam Bible berbahasa Melayu sebagai salah satu “God”? Mungkin Harun akan bertindak memfailkan saman pada Andrew dan pihak Kristian jika gagal penuhi kehendaknya…
Mungkin Ayah Pin akan naik ke langit dan mengherdik “Tuhan” Harun supaya sedar dirinya yang tak mampu naik ke langit menandakan Harun bukan “Tuhan”…Kononnya Kerajaan Langitnya lebih hebat dari “Tuhan” Harun yang ngada-ngada nak jadi “Tuhan”…
Mungkin Hj Kahar pula akan memfailkan saman pada JAKIM, ulama-ulama dan seluruh umat Islam yang tidak masukkan namanya dalam senarai Rasul yang diutus Allah. Hj Kahar akan membuktikan “mukjizat”nya dengan terbang seperti Superman berseluar dalam diluar? Arrggghhh!
Mungkin juga Hasbul Jalil pula akan menabalkan dirinya sebagai DYMM Yg DiPertuan Agong dari dalam penjara. Bersaksikan abang-abang polis, dia akan tabalkan diri. Sidang media pula akan dilakukan selepas “majlis pertabalan” selesai.. Siapa nak komplen, dia akan saman! Heh!”
Raja Noor Jan Shah pula mungkin akan dapat “mufti” baru. “Sultan” Melaka ni sekarang dalam proses “tawar-menawar” dan “pancing-memancing” bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA, untuk dijadikan “Mufti”nya… Tak caya? Tengok perbualan twitter kat bawah…

Haaaa… yang ni paling hebat… dah banyak kali dah 16hb September berlalu, tapi dia masih lagi tak jadi PM… tu yang haru tu. Abih dia manipulasi “macai-macai”nya ke jalanraya buat kacau.. Selagi tak jadi PM, selagi tu la dia dok sebut 16hb September… heh! PAS pun percaya tarikh tu wooo..!!!

Dah parah dah niiii… kesian..heh!

THE DUKE’S BLOG
Source Blog

DIKERAT SEPULOH PUN DAP TAK AKAN BUAT PEMILHAN CEC SEMULA KATA LGE!! SAH!! DAP ADALAH PARTI HARAM JADAH..

SELASA, 06 OGOS 2013

KERANA takut kalah sekiranya diadakan semula CEC, Lim Guan Eng serta geng-geng DAP yang lain tetap dengan keputusannya sebelum ini yang enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti perlu berbuat demikian. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata DAP tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah. Guan Eng begitu marah dengan ROS dan berkata, siapa ROS, apa dia ingat di Raja kah? . Hehehe…memang Guan Eng tengah terdesak. Katanya ROS langsung tak beri sebab dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat. Bengang betul nampaknya cinabeng DAP ni.


Seperti biasa, Lim cuba memberi alasan dan menyalahkan pihak lain diatas kesilapanya dan permain kotornya itu,  berkata DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Disember lepas. Semalam Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan berkata DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh ROS kerana itu keputusan terbaik dan mencerminkan permintaan akar umbi DAP. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan dendam politik. Bagi pandangan IBM, Guan Eng patuttanyalah diri sendiri, siapa menginaya siapa?

Katanya lagi, DAP juga (akan terima arahan) jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC diberikan. Masih tak mengaku akan kesilapan yang dilakukan, beliau berkata walaupun DAP terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih. Bersih??..Puiii!! Disamping itu beliau katanya, akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa organisasi media tempatan yang dikatakan telah mengeluarkan laporan palsu terhadap DAP. Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Apapun, memang jelas, Lim Guan Eng dan geng-gengnya yang lain, termasuk pengerusinya, Karpal Singh dan penasihatnya. Lim Kit Siang, memang tak ada telo dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Dulu, mereka-mereka ini mendabik dada memperlekehkan parti orang lain termasuk Umno yang kononya mengamalkan politik kotor, rasuah dan tidak telus. Tapi, apa jadi dengan mereka sekarang, ada ketelusan ke? Malah lebih teruk dari apa yang mereka cakap. Cakap tak serupa bikin, meludah kelangit terkena muka sendiri. Kalau IBM jadi pengerusi ROS dah lama IBM batalkan pendaftaran DAPigs ni. Padan muka ~ IBM
DAP MEMANG PARTI RASIS. INGAT DAP INGAT KOMUNIS
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Source Blog

HOT..!!! RoS AKAN TERUS BURU GUAN ENG DAN BAPANYA..???!!!

L1310225
Tak tahulah di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng letakkan mukanya apabila tewas teruk dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Meskipun terpilih sebagai salah seorang anggota CEC, bilangan undinya merosot teruk.
Terpampang di dada akhbar menyiarkan tentang kemerosotan undi yang diperoleh oleh anak Lim Kit Siang itu. Malah dia yang dulu bermegah terpilih di kedudukan kedua tertinggi di belakang bapanya hanya mampu berada di kedudukan ke-5 setelah hilang sebanyak 272 undi dari perwakilan DAP.
Tapi mungkin mahu “cover” rasa malunya, semalam dia tunjuk garang depan media dengan memberi amaran keras pada Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal DAP.
Dia berhujah, dengan mematuhi nasihat RoS untuk mengadakan semula pemilihan CEC baru-baru ini, keputusan pemilihan itu berjaya mengekalkan 20 calon yang dipilih pada pemilihan CEC tahun lalu yang tidak diiktiraf sebelum ini.
Selamba saja dia menuduh RoS menyalahgunakan kuasa yang ada untuk mengganggu DAP. Pada Guan Eng, tindakan RoS itu adalah cubaan sabotaj dari agensi tersebut pada partinya…
Amboi! Sedap mulut saja Setiausaha Agung DAP itu berbicara. Apakah dia tidak tahu tentang tugas-tugas dan bidang kuasa RoS sehingga terfikir untuk memberi amaran yang begitu bongkak dan dayus bunyinya?
Sebagai Pendaftar Pertubuhan, RoS bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan penubuhan DAP sebagai sebuah parti politik di Malaysia. Cuba bayangkan kuasa yang ada pada RoS. Jika boleh mengesahkan sesebuah pertubuhan, sudah tentu RoS boleh membatalkan pertubuhan itu, bukan?
Fakta dari mana yang Guan Eng pakai untuk menuduh RoS cuba sabotaj DAP? Bukti dari siapa yang Guan Eng peroleh sehingga dia tergamak menuduh RoS secara sengaja menyalahguna kuasa yang ada untuk mengenakan DAP?
Tolonglah adil dan rasional. Pada saya, RoS adalah sebuah badan bebas yang tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak. UMNO pernah diharamkan dan begitu juga dengan banyak pertubuhan yang diharamkan ekoran tidak memenuhi syarat pertubuhan yang ditetapkan.
RoS cuba ganggu DAP? Siapa yang ganggu DAP sebenarnya? Guan Eng perlu rujuk pada fakta sebenar sebelum menuduh RoS sebagai sebuah badan yang sengaja mengganggu DAP.
L1310180
Logik kata, kalau tidak punya sebarang masalah, takkanlah RoS nak campur hal ehwal DAP? Ingat RoS kemaruk sangat nak cari pasal dengan DAP? RoS ada banyak lagi kerja yang perluu diuruskan dari menyebokkan diri untuk memantau DAP…
Sebenarnya, ramai ahli dan pemimpin akar umbi DAP telah membuat aduan rasmi pada RoS berhubung kontroversi pemilihan DAP pada akhir tahun lalu. Berdasarkan laporan itulah RoS menyiasat dakwaan tersebut. Tidak timbul soal sabotaj pun…
Memandangkan ada kesangsian dalam siasatan berhubung proses pemilihan CEC yang lalu, DAP diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula. Itu saja, tidak lebih dari itu pun. RoS hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya…
Pun begitu, kini berlaku pula sesuatu yang sangat pelik pada pemilihan CEC pada 29 September baru-baru ini. Bagaimana Janice Lee yang dipecat dari DAP dibenarkan mengundi pada pemilihan tersebut? Bukan ahli DAP boleh mengundi dalam pemilihan DAP, kah?
Janice Lee dipecat Karpal pada 22 April lalu kerana memprotes namanya yang tidak terpilih sebagai calon pilihanraya pada PRU ke-13. Malah Janice boleh dikatakan terpecat sendiri kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU, Mei lalu.
Setahu saya, Janice tidak pernah merayu untuk diterima semula dalam DAP. Dia tidak dijemput ke mesyuarat DAP meskipun dia merupakan ahli DAP seumur hidup. Jelaslah DAP sudah berpatah arang dengan Janice.
Tapi tiba-tiba Janice hadir mengundi pada pemilihan CEC baru-baru ini? Undang-undang apa yang DAP pakai? Perlembagaan mana yang digunakan DAP? Perlembagaan komunis, kah?
Nampaknya RoS berkemungkinan besar akan “mengganggu” DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Kalau ada di kalangan ahli dan pemimpin DAP yang mengadu pada RoS tentang “keajaiban” itu, sudah tentu RoS akan “langgar” DAP lagi…kan?
Justeru itu, Guan Eng tidak wajar salahkan RoS atau mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan RoS atau ahli DAP yang bertindak membuta tuli, tapi dia sendiri yang “buta kayu” tentang perlembagaan parti sendiri, kan?
Sumber: Mykmu.net

THE DUKE’S BLOG
Source Blog

Copyright © 2013. All Rights Reserved.