Umno Blogger Directory

Protes GST Tetap Di Dataran Merdeka, Apa Zahid Berani Buat?

zahidhamidi

zahidhamidi

Kumpulan anti-GST tetap akan mengadakan perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei di kawasan Dataran Merdeka biarpun polis meminta ia diadakan di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka.

Menurut Malaysiakini.com, Penganjur perhimpunan tetap akan berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

“Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang,” kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

“Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium,” kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.

“Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat,” kata beliau.

Menurut Arutchelvan, himpunan dijadualkan bermula jam 2 petang dan hadirin diminta berkumpul di empat tempat utama iaitu Bangunan KLCC, Kompleks Membeli Belah Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam memberi amaran kepada penganjur agar tidak menggunakan padang berkenaan kerana peralatan pembinaan di kawasan itu boleh menyebabkan bahaya. Polis turut mengesyorkan penggunaan Padang Merbok dan Stadium Merdeka sebagai tempat alternatif.

Apa yang dikatakan oleh penganjur demontrasi ini ialah, kami peduli apa undang-undang dan arahan Polis.

Soalnya, Apakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekadar mengulangi taktik Menteri Dalam Negeri sebelumnya yang terkenal dengan Menteri Amaran?


MYKMU.NET
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.