Umno Blogger Directory

Ketaksuban Kaptan Zaharie kepada Anwar luar tabii?

Pada mulanya, The Unspinners enggan kaitkan politik dalam kisah kehilangan psawat MAS MH370, tetapi sejak Perdana Menteri Dato Najib menyebut dalam kenyataannya bahwa usaha akan ditumpukan terhadap anak kapal dan penumpang, ianya sedikit sebanyak telah membabitkan politik.

Kapten Zaharie diketahui adalah rapat dan penyokong kuat PKR.

Ini diperakui sendiri oleh Sivarasa, Naib President PKR yang mana bersama Tian Chua disuspek terlibat dalam membiayai pengganas Suluk untuk menyerang Lahad Datu.

Laman FB nya pun menunjukkan dia sangat mengkuti kegiatan dan bberita PKR.

Semalam pihak polis telah pergi ke rumah Kapten Zaharie dan pembantu juruterabang untuk menyiasat terutama simulator Kapten Zaharie sendiri. Khususnya diharapkan simulator Kapten Zaharie dapat memberi tunjuk arah bagi penyiasatan seterusnya,

Selama ini Unspinners pun agak hairan bagi seseorang perlu membelanjakan sampai RM18,000 untuk punya simulator sendiri di rumah. Bukankah sebagai pelatih Boeing 777 dan seorang yang paling pakar dalam pesawat jenis tersebut, simulation boleh dilakukan di pejabat?

Ini menimulkan syak bahawa Kapten Zaharie mahu mengelak dari simulation yang ingin dilakukan diketahui pihak majikan MAS dan pejabat?

Ekoran kenyataan Dato Najib yang mendedahkan pesawat tersebbut berpatah balik dan kemudiannya mematkan dua transponder perhubungan, ini yang membuat penyiasatan kini menumpukan kepada latarbelakang anak kapal dan penumpang.

 
Dato Najib belum mengesyahkan pesawat MH370 diculik tapi maksud tersirat ada sedemikian. Pelbagai teori disebut tentang ke mana kapalterbang itu hilang. Namun Dato Najib ada menyebut kemungkinan psawat itu menghalakan ke turkmenistan atau Kazakhtan.

Ada teori mengatakan pesawat tersebut mungkin ada mengambil minyak untuk dapat terus terbang ke Rusia atau Ukraine. Ada pula teori mengaikan dengan kebangkitan puak Islam Uigar di CHina.

Namun begitu berita yang mengejustkan pagi ini adalah berita dua akhbar Britain yang melihat Kaptan Zakarie yang mungkin bersikap emosi setelah Anwar dihukum salah dan penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Berita-berita Mail Mail dan Mirror ini boleh diperolehi di  SINI dan SINI.

Secara susunan, Zaharie telah bertolak bekerja selepas menghadiri Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Kemungkinan dia dalam rasa jiwa tertekan akibat keputusan tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar Ibrahim bersalah.

Adakah keadaan emosi sedemikian yang membuat ia sengaja menutup transpnder komunikasi pesawat? Transponder yang oleh ditutup hanya satu dan sebaik ditutup, Transponder back-up akan berkuatkuasa secara otomatik. Oleh kerana transponder kedua pun tertutup, kemungkinan wayar transponder kedua dipotong.

Kapten Zaharie adalah juruterbang Boeing 777 terhebat dalam MAS dan merupakan pelatih. Dia sangat pakar tentang pesawat Boeign 777. Adakah dia yang potong wayar transponder ke dua atau ada orang lain?

Mengapakah kapten Zaharie terbang juga pada pada hari tersebut sedangkan dia hanya on standby saja? Jika benar dia begitu taksub dengan Anwar, adakah hingga sampai egitu emosi hingga mahu hijack kapalterbang?

Ketaksuban politik tidak cukup untuk kelakuan sedemikian. Mungkinkah keidolannya pada Anwar Ibrahim melampau hanya seorang pengikut atau penyokong parti pada pemimpin? 

Pihak pembangkang termasuk Wan Azizah berkelakuan tidak munasabah untuk beriya-iya menyerang kerajaan dalam hal bencana kehilangan peswat MH370 padahal usaha yang dijalankan tidak ada cacat celanya. Kerajaan tidak cuba menjadi populis dan politikal tapi hanya professional dalam pengendalian.

Namun begitu, Anwar hanya berdiam diri dalam hal kehilangan pesawat MH370. Hanya baru-baru ini Anwar menyindir pihak kerajaan.

Adakah Anwar cuba mengelak dari menarik sebarang kritikan terhadap diri? Padahal, ini hanya siasatan saja. Macam ada sesuatu luar tabii…
The Unspinners
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.