Umno Blogger Directory

Agensi perlu bertanggungjawab

image (1)

KUALA LUMPUR 30 April – Pergerakan Wanita UMNO meminta kerajaan bertindak tegas memastikan agensi pembantu rumah asing bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes amah yang melarikan diri atau bermasalah dalam tempoh kontrak selama dua tahun.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, agensi berkaitan perlu menggantikan pembantu rumah yang baharu kepada majikan tanpa mengenakan sebarang kos dan fi.

Selain itu katanya, Wanita UMNO juga sebulat suara mahu kerajaan menghapuskan bayaran denda sebanyak RM250 yang dikenakan terhadap majikan apabila pembantu rumah melarikan diri.

“Amat tidak munasabah jika pembantu rumah lari, majikan pula terpaksa keluar duit lagi untuk mendapatkan pengganti malah bukan sahaja perlu keluar duit kepada agensi tetapi didenda.

“Wanita UMNO mohon supaya kerajaan mengambil perhatian serius dalam perkara berbangkit ini. Isu ini perlu diselesaikan segera jika tidak wanita atau isteri yang me­nerima kesannya,” katanya di sini

Dalam hubungan itu kata Shahrizat, Wanita UMNO mencadangkan sebuah pusat sehenti agensi pembantu rumah diwujudkan bagi mempermudahkan urusan berkaitan amah termasuk kes me­larikan diri selain sebagai tempat pengambilan, latihan dan kebajikan.

Katanya, pusat itu diyakini boleh mengatasi banyak ketirisan yang berlaku dalam urusan pengambilan dan pemulangan pembantu rumah kepada agensi.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan seramai 105,119 pembantu rumah asing telah melarikan diri dari 2008 hingga 2013 dan melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.

Mengulas lanjut katanya, ang­ka pembantu yang melarikan diri daripada majikan itu terlalu besar sekali gus menunjukkan isu amah turut mempengaruhi ekonomi negara.

“Exco Wanita UMNO mencadang­kan kadar maksimum pengambilan pembantu rumah asing dapat ditetapkan pada kadar RM4,000 hingga RM5,000 sahaja berbanding RM7,000 hingga RM8,000. Jika isu ini tidak diselesaikan dengan baik kita bimbang ramai wanita terpaksa berhenti kerja dan perkara ini tentunya menjejaskan ekonomi,” katanya.

 

Sumber – Utusan

Laman Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2013. All Rights Reserved.