Saman Menanti Rafizi Kerana Fitnah Syabas. Padan Muka!!!
JUMAAT, 21 FEBRUARI 2014
KERJANYA tak habis-habis menfitnah orang. Nama je Pengarah Strategik, hasilnya tak nampak apapun, tapi penuh dengan fitnah. Padan mukanya apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengemukakan saman terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai pencemaran “ammonia” di Sungai Langat baru-baru ini. Menurut Syabas, tugas mengawal kadar ammonia di sungai dan empangan Selangor merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.
Menurut jurucakap dari Syabas segala kenyataan daripada Rafizi itu adalah tidak tepat dan tidak berasaskan. Ekoran dari itu, Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi kerana fitnah terhadap Syabas adalah tidak benar. Sebelum ini, Rafizi menyelar Syabas berikutan gagal menaiktaraf fasiliti dan menyebabkan gangguan bekalan air pada musim panas bulan ini. Tak ada kerja lain ke si mamat PKR seko ni?
Dah le tu berlagak pulak macam seorang pakar air mendakwa cuaca kering menyebabkan kadar ammonia di dalam air mentah meningkat dan loji rawatan air Syabas tidak mempunyai peralatan secukupnya bagi menangani masalah tersebut. Tambah beliau, ianya mengakibatkan loji Batu 11, Cheras dab Bukit Tampoi, Dengkil, ditutup. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahadzir Khalid telah mengesahkan kedua-dua loji rawatan air itu ditutup sejak 28 Januari lalu.
Kadang-kadang IBM hairan melihat telatah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ni. Kerja yang sepatutnya mereka buat atau selesaikan tidak mereka lakukan. Sebaliknya kerja mereka hanya mencari kesalahan orang. Nak jadi hero le konon. Begitu jugalah dengan Pengarah Strategik PKR ni. Bidang air ni bukan bidangnya. Tanpa selidik atau bertanya perkara sebenarnya, beliau terus membuat statement di dalam akhbar yang mana statmentnya adalah berupa fitnah. Maka, akan menyusulah saman dari Syabas. Padan muka. See you in court Wasallam.
“TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA”
Aku Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya (Perjuangan yang belum selesai )
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Leave a Reply