LEPAS DIPENJARA DI SWEDEN, AZIZUL-SHALWATI AKAN DIHALAU KELUAR..???
Kita dimaklumkan media semalam tentang pasangan Azizul – Shalwati yang dikenakan hukuman penjara terlebih dahulu sebelum dihalau keluar dari Sweden sekiranya didapati bersalah di mahkamah negara itu nanti…
Itu yang dijelaskan oleh peguambela pasangan tersebut, Kristofer Stahre. Kalau dilihat dari satu sudut, penjelasan itu menunjukkan peguambela pasangan tu macam tak confident nak menang dalam kes tu…
Pelik betul. Takde langsung diceritakan apa yang akan terjadi kalau kedua pasangan itu didapati tidak bersalah. Bersalah saja yang disebut, tapi tidak bersalah depa tak sentuh langsung… apahal?
Kalau Azizul – Shalwati menang, boleh tak kalau undang-undang negara tu dan Kerajaan Sweden tu mintak maaf kat Azizul – Shalwati, Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia?
Macam tu la undang-undang dunia. Tak kira la kat Sweden ke.. kat Brazil ke.. kat Malaysia sekali pun, dah tentu ada kelemahan. Maklumlah.. ciptaan manusia. Nak harapkan PAS nak buat hudud? Depa buat draf pun “lobang sana, lobang sini”… bising je pandai.. nak buat tak reti!
Undang-undang kat Malaysia ni misalnya, dah sepakat dah sahkan fakta air mani jumpa dalam salur anus tu milik siapa.. tiba-tiba hanya disebabkan kononnya “tak ikut prosedur pakar Ostolia” (padahal prosedur biasa pun dah memadai!), tiba-tiba penjenayah boleh lepas??? Itu contoh saja… bukan betul pun… heh!
Berbalik pada pasangan Azizul – Shalwati, rasanya kita perlu bersedia dengan berita buruk. Expecting the worst, hoping for the best. Kita buat solat hajat ramai-ramai kalau boleh. Konsisten doakan saudara kita kat sana yang sedang diuji Allah demi memastikan anaknya sujud padaNya…
Selain tu, kita pun kena la rajin solat. Mana yang tak cukup tu, cukup-cukupkan la… Mana yang dah cukup tu, tambah la dengan yang sunat… mana yang dah ada extra bekalan tu, boleh la ajak kawan-kawan tambah bekalan sama-sama… innamal mukminuuna ikhwah..kan?
P/s: Kalau kita mintak pada Allah dan Allah kabulkan, mahkamah mana sekali pun tak boleh lawan punyaaa…
Pejabat Pendakwaraya Sweden telah mengemukakan permintaan agar kedua-dua pasangan dari Malaysia yang didakwa melanggar integriti anak-anak mereka supaya dihantar pulang.Pendakwaraya, Anna Ardell telah meminta untuk dakwaan itu dikenakan kerana kedua-dua pasangan tersebut disyaki telah melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka.
Kristofer Stahre, peguambela yang mewakili Shalwati Nor Shal berkata bahawa kedua-dua anak guamnya termasuk suami Shalwati, Azizul Raheem Awaluddin hanya akan dihantar pulang sekiranya mereka didapati bersalah dan telah menjalani hukuman di penjara.
Stahre menambah, jika anak guamnya itu didapati bersalah oleh mahkamah, maka ia akan tertakluk di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada mereka akan menjalani hukuman itu di Sweden atau Malaysia.
Kadangkala, perjanjian dua hala antara negara-negara menetapkan sama ada atau tidak seseorang warga negara asing itu boleh menjalani hukuman di negara dimana mereka didapati melakukan kesalahan itu.
Namun, itu adalah sesuatu perkara yang lazimnya diangkat di peringkat politik dan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.
Apabila ditanya pandangannya mengenai persoalan kemungkinan Shalwati dan Azizul dihantar pulang dari Sweden dengan kadar segera sebelum mereka dihadapkan untuk perbicaraan semula yang dijangka akan memakan banyak kos kewangan.
Stahre berkata kewangan tidak menjadi isu dan semua individu adalah sama disisi undang-undang Sweden.
Mahkamah Sweden dan pendakwa raya di Sweden tidak pernah mengambil kira kos kewangan demi untuk keadilan dimana ini membawa maksud bahawa setiap individu adalah sekata di sisi undang-undang.
Tidak kira sama ada, individu itu kaya atau miskin dan dari mana juga dia berasal, kesemuanya akan diberi layanan yang sama di Sweden.
Shalwati dan Azizul dijangka akan dihadapkan secara berasingan ke mahkamah untuk perbicaraan yang akan bermula pada 18 Februari 2013.
Shalwati, adalah seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pengarah Tourism Malaysia telah didakwa di Mahkamah Stockholm pada Isnin atas tuduhan memukul anak mereka.
Pada 1979, Sweden menjadi negara yang pertama mengharamkan hukuman yang berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak. - Mynewshub.my
THE DUKE’S BLOG
Klik Sumber Blog diatas untuk layari lain-lain artikel laman web tersebut. Hanya blog popular ranking Alexa kurang dari 100,000 yang menyokong Umno disiarkan oleh admin.
Leave a Reply